Langkau ke kandungan utama

49. Cancer...mengapa mereka? Mereka terlalu muda!!

salam.


sejak jumaat, aku lost connection dgn dunia luar. mati kutu krn x dpt nak berinternet. gelisah krn x dpt berhubung dgn luahan, hmm..


kawan-kawan, ingat lagi tajuk pengorbanan? ttg seorg isteri yg sanggup menangguhkan rawatan utk penyakit yg dia tanggung demi melahirkan anak ketiganya? ya, anak sudah selamat dilahirkan, dan dia meneruskan perjuangan melawan cancer payudaranya. namun malang, kerana sudah diperingkat terakhir, dia koma dan akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir. 


ya, cancer sudah meragut satu nyawa, memisahkan seorang ibu daripada seorang anak yang baru dilahirkan.


semalam, aku menziarah seorang lagi yang baru didiagnose sebagai pesakit cancer. doktor belum dapat memberitahu cancer apa dan apa peringkatnya namun yang paling aku sedih ialah, dia ni masih terlalu muda. 




dia sebaya anak aku. umurnya baru nak masuk 22 tahun. dia kawan baik anak aku masa bersekolah di tingkatan empat dan lima dahulu.


melihat dia masih mampu tersenyum menyambut kedatanganku di hospital, buat hatiku sebak. melihat dia masih boleh bercerita kronologi kesakitannya, buat hati aku terusik. tubuhnya yang terlalu kurus buat aku rasa nak menangis. dari dulu, dia memang terkenal baik, sopan dan beradab. dia tokoh pelajar sekolahku. dan budak baik diuji sebegini, Masya-Allah...melihat wajah tenangnya, hatiku tertanya-tanya, redakah dia dengan apa yg dihadapi? 


semalam ku katakan kepadanya, bahawa, dia kena tabah. ku katakan kepadanya bahawa dia kena melawan penyakit ini. bahawa dia tidak boleh membenarkan penyakit ini menguasainya. bahawa dia tidak boleh tunduk   dengan kesakitannya. 


tapi...percayalah..
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. 
aku sudah mengalaminya, aku tahu!!!


buat ibu-ibu di luar sana, aku ingin berkongsi rahsia. berkongsi rasa. jika anak-anak anda semua sihat, bersyukurlah. tapi satu saja pesanku, jangan take things for granted. sebab once anak kita sakit, kita akan tersedar bahawa sebenarnya, dalam kita kata kita sayang anak kita, kita abaikan mereka. kita kurang bercakap dengan mereka. kita kurang membelai mereka. 


aku dulu begitulah....


hujung tahun 2007, anak keduaku syikin, selalu ngadu dia tak larat...mulanya mmg kesian! tp bila petang hari dia boleh pulak gi main bola keranjang ngan kawan2 dia, isy...mana nak percaya? so berminggu-minggu dia ngadu penat, letih..aku tersengih dan asyik menyindir. owhhh...main tak penat pun? tak letih pun?
tapi, bila badannya semakin lemah, bila dia mula demam tak kebah..hah waktu tu baru gelabah. bawak ke jabatan pesakit luar hospital pun terpaksa berkerusi roda sbb dia dah tak mampu berjalan. 


selepas 5 hari dlm wad, doktor panggil aku dan suami and said....
anak cikgu ni mengidap leukimia. kat teluk intan ni kami tak dapat buat apa2. so kami dah putuskan nak hantar dia ke hospital ipoh. confirm nak buat bone marrow and chemo...
mak aiii, direct doktor tu cakap, maka hujan air mata tak berhenti-hentilah. 


hari itu juga, kami naik ambulans. dlm ambulans, aku nangis sbb menyesal sangat krn selama ini aku leka. tp syikin mmg tabah. dia asyik pujuk aku.
mama, kin x pe. kin akan ok! kin akan fight!


ok stop...semua ni dah tercurah dlm post terdahulu.


cuma aku nak ibu2 tahu bahawa...antara tanda-tanda penyakit kanser ialah 
a. demam berlarutan tak mahu kebah
b. mudah letih
c. lesu
d. bg leukimia...gusi berdarah semasa gosok gigi


perhatikan anak anda. kalau ada tanda-tanda camtu, buat pemeriksaan darah. doktor pakar darah mengesyorkan kita buat di 'gribbles' kesahannya terjamin. 


lg satu..bila berubat, jgn satu line aje...cuba pelbagaikan. campurkan antara doktor dan alternatif. moden dan traditional. 


be open-minded tp ketepikan pandangan/pendapat yg negatif. sentiasa berfikiran positif kerana semua penyakit ada ubat kecuali mati!


lastly, banyakkan membaca terutama tentang penyakit dan vitamin. luaskan pengetahuan. dan sentiasa ingat


ALLAH MENGUJI INSAN YG DIPILIHNYA. DIA TAHU BAHAWA INSAN PILIHANNYA INI MAMPU MENANGANI UJIAN ITU.

Ulasan

  1. sedihnye pn sofi...hrp semuanya baik2 belaka

    BalasPadam
  2. hohohoh....
    sdihnya....
    hrp2 Allah beri ktbhan kpda pskit trsbut...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…