Langkau ke kandungan utama

48. abah

salam.


sekarang ni masa-masa sibuk untuk seorang sofi. aku terpaksa pandai2 agihkan masa antara rumah, sekolah, blogging, anak2, suami, novel, anak murid, dan abah. ya, abah... satu-satunya orang tua yang masih lagi ada dalam hidup aku ini (yang lain2 dah meninggal, emak, mak mentua, bapak mentua...) tinggal abah sorang aje!!!


biasalah, bila usia sudah menjangkau 71 tahun, apakah lagi yang bisa kita elakkan? abah pun camtu gak. di usia tua ni, macam-macam penyakit ada mendatangi tubuhnya walau sebenarnya, abah seorang yang amat menjaga pemakanannya. dia tak suka kari, tak suka makan benda-benda manis. makannya sayur rebus aje. nescafe tak minum. tapi, bila dimasukkan ke wad kecemasan 5 hari yang lalu...nah, kencing manisnya dah ke angka 16! darah tinggi pun naik. yang pasti,  di usia ini, segalanya bagai tidak mahu berfungsi secara normal lagi. antibodi dan segala macam yang patut melemahkan kuman dalam badan dah retire agaknya.




apa yg berlaku pada abah buat aku tersedar sendiri. aku macam mana ya, kalau berjaya mencapai usia 71 tahun itu? kalau nak dibandingkan antara aku ngan abah? mak aiiii, aku langsung tak berdisiplin dlm soal makan minum ni. hah, baru rasa nak insaf sikit. takut gak dapat penyakit tiga serangkai tu. kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang. kencing manis terutamanya, memang menakutkan. kata sepupu aku semalam (anak dia nurse dan terer bab nutrition nih!) bila dah tangkap lentok ngan kencing manis, segala macam benda nak kena pantang. hanya betik dan epal hijau sahaja buah yang boleh dimakan. sunkist...jgn haraplah! itu buah! nasi? kuih? tak ada harapanlah nak dijamah. urut pun tak boleh sangat takut luka. tak luka kat luar, pecah darah kat dalam, tahu2 dah buruk kaki tangan segala! itu yang ramai nak kena potong bila kdn dah serius!


setakat nih, mmg aku dlm kumpulan bernasib baik lg. belum ada tanda2 semua penyakit tu ada dan harap2 tak adalah. aku bukan apa....aku selalu membayangkan keadaan aku bila sakit. sape nak jaga? anak2? dia orang ada komitmen masing2. macam abah aku, dia nasib baik. mak tiri aku masih muda dan tak kerja jadi dapatlah menjadi isteri solehah yang setia menjaga dia sepanjang saat. aku sebagai anak dah jadi macam tetamu aje di hospital tu. datang waktu melawat aje. kadang-kadang pergi gak jenguk waktu malam. kesian gak ngan makcik tapi bila suruh dia balik ke rumah, tak hendak dia. mungkin rasa tanggungjawab terhadap suami (abah aku le tu). memang aku kagum ngan pengorbanannya. sape kata mak tiri jahat? mak cik aku ni antara contoh ibu tiri mithali. dia memang baik dan sambal tumis yang dia masak...huh! memang kelas!!!


doaku, agar abah cepat sembuh. aku dan adik2 masih memerlukan kehadirannya bersama-sama. masih lagi memerlukan bimbingan dan nasihatnya. masih memerlukan kasih dan sayangnya. walau dia garang, walau dia tidak banyak bercakap, walau dia terlalu serius, dia tetap abah yang selama ini menjadi tunggak dan tunjang dalam kehidupanku. dengan didikannya jadilah aku apa yang diriku sekarang. aku masih belum rela berpisah dengannya. semoga Tuhan merestui permintaanku ini.


abah, saya sayang abah!

Ulasan

  1. kak sofi..
    selagi namanya anak, kita ni masih mengharapkan kasih seorg ayah.. pendek kata kita tetap 'anak kecil' di dalam jiwa.

    Semoga ayah kak sofi diberikan kesihatan oleh-Nya

    BalasPadam
  2. terima kasih, nik.
    alhamdulillah, dah balik rumah petang tadi dah.
    sihat nampaknya.
    betul tu..kita ttp anak kecil yg sentiasa dahagakan kasih sayang abah atau emak.

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…