Langkau ke kandungan utama

Munir Munirah

1
Bulat mata Aida memandang wajah rakan baiknya. Terkejut besar mendengar pengakuan berani mati Munirah sebentar tadi. Masakan tidak, apa yang baru sahaja dilafazkan itu adalah sesuatu yang benar-benar di luar dugaan. Yang tidak disangka-sangka. Tidak pernah terfikir sama sekali.
“Kau biar betul, Muni! Hisy, tak percaya aku!” Dahi Munirah dirasa dengan belakang telapak tangannya. “Tak demam pun!” keluh Aida lagi.
Munirah tersenyum pahit. Wajah Cikgu Aida dipandang dalam-dalam. Sahabat baik sejak zaman persekolahan itu nampaknya masih tidak dapat menerima berita yang baru saja dikhabarkan.
“Cikgu Munirah, kau dah gila ke?”
Munirah menghembus nafasnya perlahan-lahan. “Eda, kau ingat aku suka dengan apa yang aku rasa sekarang? Kau ingat aku seronok?”
“Pulak? Tadi kau jugak yang cakap, mamat tu dah ngaku ‘I lap you’. Kenapa kau tak syok pulak?” Aida memulangkan paku buah keras. Geram benar lagaknya terhadap kawannya yang seorang ini.
Munirah mengeluh. “Kau boleh tak turunkan volume suara kau, Eda? Kau nak satu sekolah ni tahu yang Cikgu Munirah kesayangan SMK Simpang Empat ni ada affair? Kau nak bagi aku malu?” Marahnya sambil mengetap bibir. “Semua ni salah Afiq! Kalau dia ada masa untuk aku, aku tak akan jatuh cinta dengan Munir, tahu!”
Aida mula rimas melihat air mata yang sedang bergenang di tubir mata Munirah. Dia sendiri pun dah mula sebak. Maklum sahajalah, dah namanya kawan baik. Sedih Munirah, sedihlah dia. Nangis Munirah, menangislah dia. Dia kawan setia. Kawan masa susah dan masa senang Munirah.
“Muni, kan aku dah nasihatkan kau? Bincang dengan Afiq. Jangan pendam apa yang kau rasa. Masalah rumah tangga korang ni dah nak kronik. Apa yang kau buat? Siapa Munir tu? Mana ada cikgu sekolah kita ni namanya Munir? Mana kau jumpa dia? Aku tak pernah jumpa pun kau dating ngan dia, Mujur! Nauzubillah! Tup-tup, kau bagi bom kat aku yang Munir ni dah jatuh cinta, kasih, sayang segala. Apa kes?”

Dalam tangisannya, Munirah masih dapat mengukir segarit senyum bila Aida sudah mula membebel. Membedilkan peluru berpandu bertubi-tubi ke arahnya.
“Apa senyum? Kau dah habis kelas, kan? Aku pun! Jadi, aku nak tahu semuanya. Kau jangan nak sorok-sorok ngan aku, Muni. Masalah kau masalah aku! Jap! Aku nak call Izuan. Nak suruh dia gi ambik budak-budak kat sekolah dulu. Ambik dengan anak-anak kau sekali, ya!” Bila Munirah mengangguk, Aida lantas menelefon suaminya, Cikgu Izuan, Guru Kanan Bidang Bahasa di sekolah yang sama.
Munirah senyum. “Kau ni, Eda. Pergi ajelah ke bilik Wan tu! Buat apalah nak sedekah pada Celcom duit? Hisy, tak faham aku.” Perlinya.
Aida menjegilkan sepasang matanya namun bila panggilannya disambut oleh suami, suara bertukar lembut sekali. Memberitahu apa yang perlu suaminya lakukan nanti. “Bawak diorang makan pizza, bang. Lepas tu usung semuanya balik ke rumah kita. Nanti, Muni ambiklah anak-anak dia. Okey, bye! Hisy, ngada! Ya, sayang! Bye!”
Air wajah Munirah sedikit berubah mendengar kemesraan Aida dan Izuan. Kalaulah Afiq juga begitu....
2
Semuanya bermula tiga bulan yng lepas. Waktu itu Mohd Afiq Khairi sudah memegang jawatan Ketua Jurutera di JKR selama hampir setahun. Jawatan yang menyebabkan lelaki berusia hampir 40 tahun itu terlalu sibuk. Perginya ke pejabat selepas Subuh, baliknya pula paling awal pukul lapan malam. Kata orang tua-tua, Keluar dengan bulan, balik pun dengan bulan juga.
“Bang, minggu depan sekolah cuti seminggu, tau. Cuti sambutan Tahun Baru Cina. Jomlah kita bawak anak-anak pergi jalan-jalan. Dah lama dah kita tak holiday.”
Bisu. Tiada jawapan daripada suami. Munirah segera memandang. Aduhai, geramnya. Suaminya sedang tenggelam dengan fikiran dan segala gambar seta lakaran projek, kerja yang dibawa balik dari pejabat ke rumah. Workaholic lah katakan!
“Bang!” Kali ini Munirah sudah menjerkah. Hatinya sakit sangat. Bercakap dengan Afiq sekarang bagaikan bercakap dengan dinding. Dengan batu. Dengan kayu!
Afiq terpinga-pinga. “Muni.. tingginya suara! Sejak bila pandai menengking ni?” marahnya. Merasa geram bila konsentrasi kerjanya terganggu.
“Tau marah! Muni cakap baik-baik, tak dengar.”
“Sayang, abang sibuk ni! Dateline tinggal esok lusa aje lagi...”
Munirah mengeluh. “Abang ni nama aje Ketua Jurutera. Orang hebat tapi sebenarnya tak lah terror sangat pun. Kalau dah nak mengurus masa pun tak reti-reti, get lostlah!”  memang lembut ayat dituturkan tetapi bagi Afiq yang mendengar, tersentak juga jadinya.
“What did you just say, Siti Munirah Hj Taib?” Tengking Afiq. 
"Muni cakap, tumpu sangatlah pada kerja tu! Usah pedulikan anak bini. Biar satu hari, bila abang dah tak ada apa nak buat kat ofis tu, abang balik rumah, kitorang dah jadi makhluk asing. Dah tak tau nak bercakap dengan abang. Dah tak kenal abang. Tak reti nak mesra dengan abang. Entah-entah masa tu, Muni dah ada kekasih pun. Yang sanggup dengar luahan hati Muni. Yang sanggup bagi 1 minit pun jadilah daripada masa 24 jam dia untuk beri Muni kasih sayang dia.” Munirah meluahkan apa yang terbuku.
Afiq memandang wajah isteri yang sudah dinikahi 12 tahun lamanya. Terpegun mendengar ledakan perasaan kali pertama sejak mereka berumah tangga. Terpempan kerana sifat ini, sifat garang ini tidak pernah ada sejak dia mengenali Siti Munirah. Terasa lucu pula bila melihat wajah putih bersih itu berubah merah. Marah sungguh! 
Afiq menggaru kulit kepala. Gatal pulak rasanya sekarang. “Muni, Muni! Mengamuk betul sayang abang ni, ya. Abang kerjalah sayang. Bukannya abang pergi menggatal kat ofis tu!” tukasnya. 
Munirah memandang wajah suami yang masih kacak baginya itu. Suami yang tidak memahami apa yang cuba dia luahkan. Suami yang tidak mengerti apa yang cuba dia sampaikan. 
“Abang, Muni ni bukan cikgu BM tau. Muni cikgu Maths. Tak reti nak susun ayat bagai. Tapi, boleh tak abang faham apa yang Muni bagi tahu ni? Read my lips, my dear hubby, Read! Muni dengan anak-anak abang yang tiga orang tu, Fikri, Asyura dengan Husna, kami semua rindukan suami dan ayah masing-masing. Sejak abang naik pangkat, abang tak ada masa untuk kami, tahu! Abang sibuk 24 jam sehari semalam. Abang suka ke kalau Muni cari orang lain ganti tempat abang?” 
“Muni! Kenapa biadap sangat cakap ngan abang ni? Abang ni suami Muni tau! Mohd Afiq Khairi ni masih hidup, jangan nak cakap yang bukan-bukan macam gitu. Mintak maaf, sekarang!” 
Munirah mendengus kasar. Namun melihat kemarahan suami, rasa bersalah itu hadir tentunya. 
“Bila orang cakap, pandai marah!” perlinya sambil mencium tangan suami tanda meminta ampun. Fikirnya, Afiq akan menarik dirinya ke dalam rangkulan seperti selalu. Tapi itu tidak berlaku. Afiq terus kembali ke meja kerja. 
Munirah ditinggalkan termangu. 
3
“Habis, bila pulak Munir ni hadir?” Aida bertanya, bagaikan pegawai penyiasat yang menjalankan soal-siasat di dalam lokap lagaknya. 
“YM.” 
“YM? Kau kenal mamat tu dalam komputer?” Aida mula tersengih. 
“Kau kenapa? Tak pernah dengar ke kisah cinta dunia siber? Ada baca buku cerita yang aku bagi kau pinjam tu? Bila YM Berbicara. Ada?” Munirah tidak puas hati melihat bibir Aida yang tersenyum sinis terhadapnya.      
“Ceritalah macam mana kau kenal dia?” Aida cuba mengorek, cuba mengurangkan suhu kemarahan Munirah.  
“Dia yang hulurkan salam perkenalan kat aku. Dia kata dia suka nama aku. Fiqa.” 
“Lepas tu?” 
“Mula-mula aku tak layan. Seganlah, kan. Tapi, dia cakap kami kawan. Boleh cerita apa-apa aje. Dia pun cakap dia dah kahwin. Isteri dia baik.” 
“Tapi tentu dia cakap dia ada masalah rumahtangga, tak gitu? Selalunya, gitulah, kan? Masing-masing ceritakan masalah masing-masing. Isteri dia camni, suami kau camtu... Hisy, kau dah gila ke, Muni? Mana boleh ceritakan keburukan suami pada sesiapa?” 
Munirah sudah berdiri. Dia hendak balik. Tuduhan Aida meremukkan hatinya. 
“Weh, kau nak pergi mana tu? Cerita tak habis lagi ni!” Aida menjerkah lantas menarik tangan Munirah sehingga akhirnya wanita itu kembali duduk di atas kerusi. Menyisip air limau yang masih ada setengah gelas lagi. 
“Aku ceritakan yang benar aje pada Munir. Tentang kesibukan Afiq. Aku tak pernah cerita yang buruk-buruk. Aku cuma cakap yang Afiq tak ada masa untuk aku dan anak-anak, itu aje.” Bisik Munirah lemah. 
“Muni, buat gitu pun masih dikira berdosa, gak. Aib Afiq kalau dia tahu!” Tekan Aida. 
“Habis tu? Dah ada orang tempat aku nak cerita, nak ngadu, Eda. Munir tu pendengar yang baik. Dia tak pernah pulak mengapi-apikan aku, kau tahu! Dia suruh aku cakap terus terang dengan Afiq. Dia suruh aku goda Afiq balik. Dia suruh aku buka lembaran lama kisah cinta aku dengan Afiq.” 
“Amboi...baiknya! Dah macam tu, macam mana pulak boleh terkeluar cerita yang dia sayang, cinta, kasih pada kau pulak? Jawab!”      
Wajah Aida, Munirah tatap dalam-dalam. “Aku yang confess dulu!” 
“Apa?” 
“Eda, tiga bulan lamanya dia dekat dengan aku. Tiap kali window aku online dia mesti tanya khabar aku. Dah makan ke belum. Sihat ke tidak. Okey ke hari ni? Dah sembahyang ke belum....” Munirah menyeka air mata yang membasahi pipi. “Sesuatu yang Afiq dah tak buat dah sekarang ni.” 
Aida beristighfar. Mengucap panjang. “Kau  ni dah diistilahkan isteri curang! Kau tahu tak ni, Siti Munirah Hj Taib?” Tengking Aida. Bila nama Munirah disebut sekali dengan nama ayahnya, Munirah amat tahu dan faham bahawa Aida sedang teramat marah. Nasib baik mereka berdua sedang duduk berdua-duaan dalam bilik persediaan Makmal Fizik. Jika tidak mahu pecah tembelang. 
“Aku tahu.” Munirah menjawab lemah. “Sekarang ni, nak tengok muka Afiq pun aku tak berani. Aku takut. Aku berdosa.” 
“Kau kena lupakan dia. Lupakan si Munir tu.” 
Munirah segera memintas. “Tak boleh!” 
“Kenapa ni, Muni? Kau dah gila cakap macam gitu? Hei, orang perempuan mana boleh kahwin dua, kan?” Dalam marah sempat juga Cikgu Aida bergurau. 
Mata Munirah terkebil-kebil. Wajah Aida ditatap seperti orang bingung. 
“Kau tak ada pilihan. Kau mesti lupakan dia jugak.” 
“Aku tak sanggup.” 
“Muni!” 
“Eda, aku tahu batas aku sebagai seorang isteri. Memang aku dengan Munir cakap saling sayang. Saling cinta. Tapi kami jugak tak akan lukakan hati pasangan kami. Kami dah janji yang kami tak akan lebih-lebih. Hanya setakat di dunia maya aje. Aku tetap dengan keluarga aku. Dia dengan famili dia. Semua tetap sama...” 
“Hanya hati yang berubah!” 
“Aku rasa hidup sekarang, Eda. Dulu aku stress fikirkan Afiq. Tapi sekarang, aku tak kisah dah. Dia nak balik awal ke? Dia nak outstation? Dia tak balik? It doesnt hurt anymore........” 
“Sampai bila?” 
4
Munir : hello sayang, how r u
Fiqa   : i ok. byk keje kat skool
Munir : dont overdo it. nnt kl syg i sakit, ssh hati i. x leh nak tlg urut.
Fiqa   : hehe. mcm2 u ni. u ok?
Munir : nope
Fiqa   : y?
Munir : rindu kat u
Fiqa   : ......
Munir : i rindu u sgt2. x pernah i rasa mcm ni
Munir : u there?
Munir : syg....
Munir : sayanggggggggg
Fiqa   : tukar topik leh?
Munir : y? u takut?
Fiqa   : mmm
Munir : y? i miss u. i nak u
Fiqa   : munir, pl....
Munir : u mintak cerai dr dia syg. i nak kahwin ngan u 
Window spontan ditutup. Gementar sungguh perasaan. Apa yang ditakuti oleh Aida sudah tejadi. Perkara yang berapi-api dinafikannya boleh terjadi, kini terjadi. Munir benar-benar berubah. Munir inginkannya dalam dunia realiti. Tidak lagi mahu berangan-angan dalam dunia siber, dunia maya yang tidak boleh digapai.  
“Mak, ayah tepon.” Suara anaknya Asyura yang berusia 7 tahun bergema. Terkocoh-kocoh Munirah pergi menuruni tangga rumah banglo yang besar itu. Dia mendengar suara riang anaknya berceloteh. 
“Nak, nak! Ayah nak bawak  pergi mana? Ala....” Demi melihat ibu yang sedang menuruni tangga, anak dara yang sedang teruja itu terus sahaja memberitahu, “Mak, ayah nak bawak kita pergi dinner. Nah, nah. Cakap ngan ayah. Kita nak gi pakai baju baru.” 
Munirah melihat kegirangan yang luar biasa pada wajah Asyura. Tidak terkecuali Fikri dan Husna. Masing-masing kelihatan amat gembira. Berlumba-lumba untuk mandi dan bersiap. Mengundang rasa sebak dalam dada Munirah. 
“Sayang....” 
Semakin gundah perasaan bila suami memanggilnya begitu. Tuhan...sudah terlalu lama! 
“Muni sayang, abang dah nak balik dah ni. Muni siap. Nanti lepas Maghrib kita gi makan kat Cemara. Abang dah siap booking tempat. Dah order makanan kegemaran Muni dan anak-anak kita pun. Hey... kenapa senyap aje? Mana ucapan terima kasih? Muni? Yuhooo!!” 
“Hehe....” Air mata gembira yang menitis dilap segera. 
“Sayang abang menangis ke tu?” 
“Mana ada?” 
“Ala, abang faham! Dah lama sangat abang tak pedulikan sayang, kan. Tu yang kecik hati tu. Terkejut beruklah malam ni bila abang nak belanja, ek?” 
“Orang okey ajelah!” 
Afiq ketawa di hujung talian. “I love u, Siti Munirah. You are my beloved wife. Muni nyawa abang. Satu-satunya perempuan yang abang cinta separuh mati, tahu!” bisiknya penuh romantik. 
Sebaik gagang diletakkan, Munirah menangis teresak-esak di tepi meja. Hatinya sedang berbolak balik. Perasaannya sedang gundah. 
Afiq, kenapa? Kenapa berubah? Kenapa tak terus saja dengan sikap tidak peduli itu? Kenapa ucapkan kata-kata itu yang terlalu lama tidak ku dengari? Kenapa? 
Dan kau, Munir? Apa maksudmu? Mana janjimu untuk tidak memaksa? Mana janjimu untuk tidak beralih arah? Dunia siber kita.... masakan boleh dijadikan hidup. Aku ada komitmen, kau juga! 
Ampunkan aku, Tuhan! 
5
“Mak tengok, kamu ni makin kurus, Muni. Kenapa? Anak mak si Afiq ni ada buat kamu makan hati ke?” Hajah Rafidah bertanya. Sepasang mata memandang tajam wajah menantu yang kelihatan pucat. Kini perhatian beralih pula kepada anak lelaki sulungnya. Afiq ketika itu sedang memaut tubuh isteri ke dalam dakapan. “Kamu ni, Fiq. Apa yang kamu dok sibukkan lagi? Sampai kurus kering bini kamu ni. Muka tu pucat. Dah bawak ke klinik?” 
“Muni sihat aje, mak. Kerja banyak kat sekolah, itu aje!” 
“Kamu jangan nak cover line, Muni. Berapa kali mak cakap, kalau ada kamu tak puas hati dengan dia ni, cakap kat mak. Biar mak pulas telinga dia tu!” 
Afiq ketawa. 
“Ada ke, sayang? Ada ke abang buat sayang kecik hati? Tak ada, kan? Abang dah tak balik lambat. Dah tak bawak balik kerja ke rumah. Hujung minggu, kita ada aje program. Pantang cuti aje, kita dah siap booking hotel. So, apa lagi? Tell me!” 
Munirah menggelengkan kepala. 
“Memang tak ada, bang. Muni dah dapat suami Muni yang dulu-dulu balik.” Bisiknya manja. 
Afiq memandang tepat wajah ibunya. “Mak dah dengar, kan? Menantu mak ni kurus bukan sebab Afiq, okey?” 
“Habis tu? Kenapa?” 
“Dia tengah rindu kat seseorang kut!” 
Ujaran itu begitu bersahaja namun luluh jiwa Munirah yang mendengar. Rasa terputus nafasnya. Wajah suami ditatap seolah-olah tembus ke dasar otak untuk mengetahui sebab ayat itu diucap. 
“Kenapa abang cakap macam tu?” tanya dia. 
“Sayang, abang main-main ajelah!”   
6
“Aku jumpa Munir esok!” 
Aida yang sedang menikmati mi hailam tersedak. Berair sepasang matanya. Pedih tekak. 
“Kau dah habis fikir ke, Muni?” soalnya bila diri kembali seperti sediakala. 
“Dah. Dah dekat sebulan dia asyik merengek nak jumpa aku. Aku pun teringin nak jumpa dia. Nak kenal orangnya.” 
“Kau  ni memang dah gila! Laki kau kan dah berubah? Yang kau nak menggatal lagi tu kenapa?” Marah Aida tidak berlapik. Dia geram. Nasihat demi nasihat yang diberi tidak dipedulikan oleh teman yang sedang mabuk asmara ini. 
“Aku nak buat perbandingan...” 
“Apa?” 
“Syyy, kau ni kalau dapat menjerit? Sebab tu kau layak jadi cikgu disiplin. Asyik menjerkah aje...” 
Aida tersengih. Kata-kata yang memang tidak dapat dinafikan olehnya. 
“Kau jangan ngada, Muni. Kalau Afiq nampak macam mana? Dahlah keluar tanpa izin suami, jumpa kekasih pulak tu! Buatnya kau accident camne?” 
“Mak aiiiii, mulut tu! Kurang asam garam betul, ya!” 
“Aku cuma mengingatkan...” 
“Aku kena tamatkan kisah cinta aku, Eda. Munir patut lepaskan aku. Aku sayang Afiq. Lagipun, aku dah cerita semuanya pada laki aku tu. Aku dah mintak ampun pada dia.” 
“Betul ni? Afiq macam mana? Dia boleh maafkan kau macam tu aje? Dia tak cemburu?” 
“Dia marah jugaklah semalam. Tapi dah dia tahu itu salah dia, dia pun tak boleh nak nafikan, kan!” 
“Bukan main lagi kau, ya! Menyampah aku. Dah tua pun berebut orang nak kan kau!” 
Munirah tersengih. “Rezeki aku!” bisiknya. 
Aida mencebik. “Perasan!” 
7
Munir : jumpa di sutera bayu. u duduk meja 23.
Fiqa   : jgn lewat
Munir : hehe. nape? x sabar nak kenal I?
Fiqa   : u lewat, i balik.
Munir : noooooooo
Munir : sayanggggg i’ll be there 
Munirah menanti dengan dada yang bergetar hebat. Menunggu kekasih mayanya tiba. Waktu dirasakan terlalu lambat berdetik. Dia bagaikan sudah tidak sabar-sabar lagi untuk mengenali Munir.  
Penantian memang satu penyeksaan. 
Untuk mengisi masa dan mengurangkan debaran hati, Munirah merenung kaca televisyen yang sedang menyiarkan siaran langsung Raja Lawak yang sama sekali tidak lucu baginya. 
“Assalamualaikum.” 
“Waalaiku...... abang?” 
Afiq Khairi tersengih. Wajah Munirah ditatap penuh kasih sayang. 
“aka....Munir, Cik Fiqa.” 
“Abang....Munir?” 
“Ya! Boleh saya duduk sekarang?”  
Dia duduk. Wajah isteri ditatap. Dia tahu, Munirah sedang menahan marah. Wajah itu sudah mencerlung. Masam mencuka. Silap-silap haribulan...masak dia dalam restoran kegemaran isterinya ini. 
“Abang boleh terangkan!” 
“Memang pun!” tegas suara Munirah. Mungkin itulah suara yang digunakan dalam kelas ketika hendakkan perhatian anak muridnya. 
“Abang nak flashback kisah beberapa bulan lepas. Bila Muni marah pada abang. Membebel macam mak nenek.....” 
“Apa? Nak kena ni..” 
“Tolong diam, ok! Bagi abang cakap dulu.” 
“Huh!”
Afiq ketawa. 
“Gelak pulak! Nak cakap ke tidak ni? Kalau tidak...” 
“Duduk!”
Terus terduduk Munirah dijerkah Afiq. Wajah itu dijeling geram. 
“Kata-kata Muni masa tu buat abang takut........
Sejak abang naik pangkat, abang tak ada masa untuk kami, tahu! Abang sibuk 24 jam sehari semalam. Abang suka ke kalau Muni cari orang lain ganti tempat abang?
Malam tu, Muni tidur bukan main lena tapi abang? Sepicing pun tidak! Abang tengok Muni. Abang tengok anak-anak. Abang geram kat Muni sangat-sangat! Sanggup Muni cakap macam gitu pada abang selepas 12 tahun kita kahwin? Hanya sebab abang sibuk sikit?” 
“Sibuk sikit? Sikit?” Munirah membidas keras. 
“Okey! Okey! Sibuk banyak!!!! Tapi, Muni tetap tak boleh cakap macam gitu. Mana boleh Muni berubah hati?” 
“Habis kalau dah tahu tak boleh, kenapa pulak abang pi menyamar tu? Siap mencurahkan perasaan lagi! Abang sengaja nak kenakan Muni, kan?” 
“Abang kena uji sejauh mana kasih Muni pada abang. Abang kena tahu sejauh mana kesetiaan Muni sebagai sorang isteri. Sejauh mana Muni sanggup berkorban untuk rumahtangga kita. Untuk anak-anak.” 
“Sebab itulah abang aka Munir asyik mendesak. Asyik memaksa ajak Fiqa kahwin. Abang tak terfikir ke, apa jadi kalau Muni lemah? Kalau Muni terima Munir? By the way, kenapa Munir? Banyak nama lain, kenapa Munir yang abang pilih?” 
Meledak tawa Afiq. “Sama macam Fiqalah! Kenapa pilih Fiqa? Banyak nama lain lagi, kan?” 
Wajah Munirah merona merah. “Dah, jangan nak mengada-ada. Soalan Muni abang tak jawab lagi.” 
“Sayang, kalau Munirah pilih Munir, dia pilih abang juga, kan!” 
“Abang ni main banyaklah!” 
Afiq segera mencapai tangan isterinya. Dibawa ke bibir dan dikucupi jari-jemari satu persatu. Sepasang mata menatap tajam seraut wajah yang amat dicintai. Walau sudah 12 tahun berkahwin, cinta itu belum surut. 
“Siti Munirah Hj Taib, suami awak ni mungkin sibuk. Namun, jika dia ada masa untuk melapangkan fikiran dia ni, wajah pertama yang bertamu kat mata ni, tak ada yang lain. Wajah awak ajelah. Lepas tu, wajah anak2 sorang sorang. Mula-mula Fikri, lepas tu Husna lepas tu Syura. Abang ngaku salah sebab lalai sekejap dulu, tapi abang rasa abang dah pun tebus balik hutang semua tu, kan? Kan?” 
Munirah mengangguk. Tersenyum bahagia. 
“Tapi abang sedih..........” 
“Kenapa?” Munirah resah menanti penjelasan. 
“Sebab dengan Munir, Muni bukan main lagi luah perasaan sayang kat dia. Hati abang terluka, tau! Masa dulu tu, jenuh abang nak luahkan perasaan, punyalah susah nak dapatkan cinta Muni. Berbulan-bulan Muni buat selamba derkk aje!” 
“Maafkan Muni, bang. Muni....” 
“Memanglah! Tapi, janganlah risau, okey. Abang dah lama maafkan Muni. Muni pun maafkan abang, ya.” 
Munirah mengangguk. Malam ini, dia rasa dirinya sudah terlepas dari belenggu dosa. Dia menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan. Kelegaan. 
8
“Eh, nak ke mana pulak ni, bang? Ini bukan jalan balik ke rumah ni.” 
Tangan kiri suami yang digenggam erat sedari tadi, ditarik-tarik untuk mendapat perhatian. Dirinya sedang mamai. Terlena sebentar tadi. 
“Dah sampai dah!” 
“Hisy, buat apa kat Hotel Seri Malaysia ni?” 
“Honeymoon.”
“Tak nakkkkkkkk!” 
“Pulak! Kenapa?” 
“Abang lupa janji!” 
“Janji” 
“Iya lah! Janji! Abang cakap kalau kita honeymoon lagi, abang nak bawak Muni ke Golden Palace. Tak aci! Tak aci! Muni tak nak masuk!” 
Afiq menoleh mengadap isterinya. Kepala tergeleng-geleng. Wajah masam mencuka. “Kalau janji abang, tuntut bukan main, ya. Cuba cakap, Golden Palace tu kat mana? Kita duduk kat mana? Fikir-fikirlah sikit kalau nak demand pun!” Marahnya. 
“Jom balik rumah. Kesian kat budak-budak tu. Nanti tercari-cari kita pulak. Itulah buat plan tak fikir.” 
“Muni ni dah pandai mengata abang, ya?” 
Munirah tersengih malu. 
“Sebenarnya, kat rumah tak ada sesiapa. Budak-budak, abang dah hantar rumah opah diorang.” Wajah isteri ditatap lagi. Sebuah senyuman mula tersungging. “Jadi, kita ni nak ke Hotel Palace of the Golden Horses ni?”
Munirah merapatkan diri kepada suami. Sengaja menggoda lagaknya. 
“Honeymoon?” 
Afiq angguk. 
“Kita berdua aje, kan?”
Sengihan Afiq semakin luas. 
“Kalau macam tu, kat sini pun ok.”
 ................................................................................................................................................
p.s: Tiba-tiba saja, idea datang untuk menghasilkan cerpen ini. Harap anda gembira membacanya. Dan...komenlah....komen!!!
cheerio.
sofi  

Ulasan

  1. not bad sofi...mmg cerita macam ni dah byk berlaku diluar sana...mungkin
    blh jd panduan bg couple yg ada masalah mcm tu.

    BalasPadam
  2. hihihi..
    best best

    BalasPadam
  3. kak,.....best la. walaupun isu dia berat tp senyum je baca....keep it up k

    BalasPadam
  4. best..santai jer cite dia..hsbn lizz pun camtu gak...tapi bukan ketua engineer..tapi still balik lmbt..selagi x masuk maghrib...x de la...kdg2 bila call..bukannya ada apa pun..minum ngan kwn..kite ni jd isteri kalo boleh nk balik cepat2 kan..byk keje menanti kt umah..bila baca cite ni..rasa cam nk try ym2 ni..hehe..bleh ker?

    BalasPadam
  5. salam.

    princess, mmg betul. citer ni dah byk kita dengar dan lihat di sekeliling kita.

    may lin, welcome, ya. selalu nampak nama awak kat blog miss nera aje. mekasih sudi dtg cini.

    fisha, teruskan tersenyum lagi.

    lizz, jgn nak cuba2 ym, k! nasib munirah baik sbb afiq cepat sedar kesilapannya, so dia yg goda. nnt awak digoda insan lain, camne? kalut weh! hehe. anyway.. thanx and gud luck!
    cheerio.

    BalasPadam
  6. rasanya dah komen yang ni.. tapi xkuar pun!! huhuhu...

    BalasPadam
  7. salam, nera.
    x da, ini aje yg kak sofi dpt komen awak. hehe. x pe boleh komen agi. silakan....

    BalasPadam
  8. salam... kak sofi, best cerita kak sofi ni... buat saya tersenyum dan gelak sorang2..

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…