apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

13.2.10

45. marathon

salam...
mesti ada yang cakap macam ni bila nampak entri terbaru aku ni....
'alaaa...sofi ni bila nak sambung citer? cs x masuk n3 baru, terasing pun sama...hisy, geramnyerrrrrr'
hehe..
janganlah marah, kawan-kawan mayaku...
insyaallah cuti dua hari ni aku akan masuk entri baru untuk ke dua-dua citer tu cuma malam ni nak berkongsi dengan anda tentang....novel.
teruskan membaca, okey!
aku baru sahaja tamat marathon....
iya, marathon membaca buku cerita dari dua orang penulis yang bagi aku, penulis baru yang hebat...amat hebat dan aku kagumi mereka.
tiga buah buku ini aku dapat daripada muzri, p2u..thanks, muz... 
tajuknya?
1. baju pengantin mak andam
2. biarlah ym berbicara
3. pergilah air mata
baju pengantin mak andam yang aku baca dulu. mengapa? sebab penulisnya orang ipoh..areila sahimi..sukakan gaya bahasanya yang santai...penuh dengan loghat perak dan ceritanya lawak, gelak saja aku bila membacanya. tapi gelak-gelakpun, kat hujung2 tu nangis gak. hehe..biasalah tu, kan.
kemudian aku sambung baca buku BYMB. hebat, memang hebat! waktu aku membaca episod-episod awal cerita ini kat penulisan2u, aku dah jatuh cinta. baca versi cetaknya...bertambah-tambah suka. patutlah ia diulang cetak, ya Hanni..
ya memang hebat tulisan hanni ramsul ini. walau novel pertama, gaya santainya memang memikat. sebab itu dia dah jadi penulis best seller, kawan-kawan!!
tak percaya, bacalah pula novel keduanya, pergilah air mata...
bila aku tengok pada ketebalannya, aku terkejut. banyaknya idea! novel biasa cuma 500 mukasurat sahaja tapi hanni mampu menulis melebihi 700 muka. dah tu, tidak jemu kita meniti dari satu helaian ke helaian seterusnya. seronok!!
mungkin ada yang kata... apa-apa ajelah sofi ni. dah tua pun baca novel, layan novel...
korang kutuk pun aku hanya mampu tersengih aje. dah ini hobi aku, nak buat camne, kan. aku suka baca dan suka tulis cerita............
sebenarnya, internet ni bagus jugak. internet memperkenalkan aku kepada penulisan2u. bagi yang tak tau dan tak kenal tapi suka baca novel dan cerpen, jenguklah ke halaman http://www.penulisan2u.my/ 
banyak novel kat situ. yang penting, banyak yang bermutu. ditulis oleh sebahagian besarnya, anak-anak remaja, dan golongan penulis amatur seperti akulah, hehe. 
namun, apa yang menarik ialah....hasil tulisan kita ada yang sudi mengomen dan aku amat yakin komen-komen yang diberi cukup ikhlas. suka atau tidak, tulisan kita mendapat maklum balas. kalau dipuji...wah memang seronok! tapi bila pedas dikritik, akulah..kan...memang malu..hehe. tapi tak kan kenal erti kalah. atau mengalah. aku terus jugak hantar karya ke situ. 
untuk pengetahuan kawan-kawan semua, ketiga-tiga buku di atas bermula dengan penulisan2u. karya dihantar ke laman itu, banyak komen diterima, ramai yang memuji dan p2u pula membawa manuskrip itu ke penerbit, dan akhirnya...karya-karya  novel versi cetak terhasil. terima kasih penulisan2u istimewanya anda, wan mohd muzri. inisiatif anda kebanggan kami! tahniah! teruskan berinovatif. 
cheerio. 

2 ulasan:

  1. Selamat marathon membaca novel ...
    Saya dah katam semuanya he he he
    Ni nak gi bercuti dgn penulis baju pengantin andam eila he he he

    BalasPadam
  2. wah, noor..kirim salam kat eila, ya

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.