Langkau ke kandungan utama

Kau bukan dia akhir



Walau jam sudah melewati angka 11.00 pagi, suasana di pejabat itu amat tenang. Hanya sesekali kelibat beberapa orang kakitangan akan kelihatan berbual-bual atau berbincang. Selepas beberapa ketika perbincangan itu pun tamat dan mereka bersurai. Keadaan akan kembali damai.


Di luar, cuaca panas bulan Februari berterusan. Hendak dikatakan kemarau, tidak juga! Namun teriknya seakan-akan membakar diri. Keringat pasti menyimbah tubuh andai seorang berjalan di ruang pejalan kaki yang sesak itu. 

Siti Umairah melemparkan pandangan di sepanjang jalan yang dipenuhi dengan kenderaan. Kereta, motor, bas mahupun lori merangkak perlahan-lahan akibat kesesakan yang tidak pernah tidak berlaku di persimpangan Jalan Pinang di hadapan. Rasa kasihan menular di dalam hati melihat betapa setia dua orang anggota polis bahagian trafik yang bersungguh-sungguh mengawal di situ. Panas atau hujan bagaikan sudah terbiasa. Tugas yang diamanahkan cuba dilakukan sebaik mungkin demi sesuap nasi untuk keluarga yang tersayang.

Keluarga? Mereka punya keluarga. Bila pulang ke rumah, ada anak, ada isteri yang setia menanti mereka di rumah. Aku? Suamiku dah tak ada. 

Sampai bila meratapi nasib?

“Macamlah Maira sorang ada masalah. Orang lain semua tak ada.” 

Pedihnya kata-kata yang Helmi ucapkan kepadanya, masih terngiang-ngiang di telinga.

Arghh, Helmi Qushairi Ali. Ikut sedap mulutnya sahaja hendak mengata. Apa yang dia tidak berkenan tentang Siti Umairah binti Hj Ramli akan terus sahaja diberitahu. Amat berterus terang tanpa mengambil kira sama ada apa yang diucapkan itu akan menyakitkan wanita itu ataupun tidak. Kata-kata tidak langsung beralas. Tergurislah hati, peduli apa dia.

Mengenangi sikap lelaki itu, hatinya sakit sangat. Semakin sakit sejak kebelakangan ini. Sejak dua minggu yang lalu. Sejak Helmi menjemputnya pulang daripada menziarah pusara Amir dulu. Helmi bagai tidak mempedulikan kewujudannya di dalam pejabat ini. Helmi tidak lagi menegurnya. Tidak pernah bertanya tentang khabar beritanya. Sakit demamnya. Apakah dia sudah makan atau belum? Apakah kerja yang diberikan sudah dibereskan. 

Tidak! Helmi tidak langsung mengambil tahu! 

Sepanjang dua minggu ini juga, Helmi sering pulang awal dari pejabat. Setiap kali jam berdenting ke angka lima petang, dia pasti akan bersiap-siap untuk keluar kerana sudah ada yang datang menjemput dan menunggu dirinya di kereta. Oleh siapa? Siapa lagi kalau bukan si cantik manis yang bernama Karina Ariff Abdullah itu. Tidak dia menoleh ke arah Umairah. Tidak pernah mahu tahu tentangnya lagi.

Siti Umairah kegelisahan. Kalau tadi dia akan menjeling ke arah jam setiap lima belas minit, kini, sepasang mata miliknya seolah-olah sudah melekat pada jam itu. Menatap pergerakan jarum yang seakan-akan mati.

“Ke mana dia pergi ni? Kenapa masih tak sampai-sampai lagi? Dah pukul 11.30 dah. Dia ada appointment, ke?” soal hati. Organizer dibelek-belek sekali lagi. Masuk yang ini sudah dekat sepuluh kali rasanya jadual itu diteliti.

“Ahh, memang dia free pagi ni! Tapi, dia ada hal apa, ya? Aku ni pembantu dia. Kalau dia ada hal, sepatutnya dia bagitahulah, kan? Ini tidak... Makk aii! Kenapalah dengan si dia ni? Sakit ke?” gumamnya lagi.

Nombor telefon bimbit Helmi Qushairi Ali ditekan semula. Dan seperti tadi, panggilannya masih dijawab oleh suara merdu perempuan itu. 

“The number you have dialled...”

Tuhan! Rasa ingin sahaja Siti Umairah membaling telefon bimbitnya itu ke dinding. Biar pecah berderai. Asal dapat dilepaskan rasa geram ini. Ya! Dia benar-benar geram kepada lelaki itu. Kalaulah Helmi Qushairi Ali ada di hadapannya sekarang?

Akhirnya dia duduk termangu di atas kerusi. Bertongkat dagu. Melepaskan sebuah keluhan yang berat. Keluhan yang menggambarkan betapa kecewa dirinya dengan sikap dan tingkah seseorang. Keluhan penuh kesal terhadap sikap mengasingkan diri Helmi terhadap dirinya.

“Maira!”

“Maira!”

“Hoi! Kau dah pekak ke, Maira!”

Hah, ambik kau! Kan dah panas telinga mendengar ayat si Lela? Wajah Umairah yang kelat ditatap dalam-dalam. Lela bingung. “Apa pulak kali ni?”

Memandang Lela, Umairah segera bertanya, “Lela, kau nampak tak bos aku?”

“Laa, kau menung ni sebab teringatkan Encik Q ke, Maira? Kenapa? Perempuan tu dah bawak dia lari ke?” 

Gelak tawanya seakan-akan mengejek. Pertanyaannya pula begitu beria-ia. Dia ingin benar mendengar Siti Umairah menceritakan apa yang wanita itu tahu tentang Q kerana hubungan di antara Q dan Karina sememangnya sedang meniti dari bibir ke bibir para pekerja syarikat tersebut. 

“Kau kenapa, Lela? Lain yang aku tanya, lain yang kau jawab.” Marah Siti Umairah. Bulat matanya dijegilkan ke arah Lela yang tersengih memandang dirinya. 

“Kau kan pembantu dia? Kenapa pulak kau tak tahu ke mana dia pergi?” Lela menyindir.

“Iyalah, mana tahu kut-kut kau ada jumpa dia kat kantin ke? Kat ofis Haji Ramli ke? Ada tak ni?” 

“Kalau ada, aku dah ikat dia dah!” 

Melihat Umairah mengetap bibir, Lela ketawa mengekeh-ngekeh. 

“Okey, sorry! Kau ni... aku nak gurau sikit pun tak boleh sekarang, ya?” 

“Nak buat lawak, pergi masuk rancangan Ratu Lawak kat Astro tu!” Sergah Umairah.

“Eh, ada ke rancangan tu? Aku nak masuklah!” Sekali lagi Lela dengan selamba mengenakannya. 

Siti Umairah kehilangan kata-kata. 

“Itulah! Bila aku cakap, kau marah. Dah berbuih-buih mulut aku ni suruh kau goda Jejaka Idaman Malaysia tu! Tapi kau? Kau buat endah tak endah aje dengan aku. Dah berkali-kali jugak aku pesan. Pergi pikat Encik Q tu, Maira. Apa kau buat kat aku? Kau bulatkan bijik mata kau tu besar-besar! Tapi, tengoklah sekarang, apa dah jadi?”

“Apa?” Umairah berpura-pura bertanya.

Lela ketawa. “Yalah! Dah Encik Q asyik bebenor dengan perempuan anggun yang cun melecun tu. Kan ke kau dah macam cacing panas, aku tengok! Macam kucing nak beranak! Dah tak senang duduk? Cemburu, kut?” dia meneka.

“Tak kuasa!” balas Umairah pantas. 

Sengihan Lela bertambah luas. “Hmm!”

“Lela, kau dah salah faham! Aku sikitpun tak ada perasaan pada dia, okey!” tegas Umairah.

“Ek eleh! Aku tak cakap apa-apa pun, kan?” tanya Lela. Tersengih lagi.

“Aku tak tahan tengok kau asyik tersengih macam tu! Macam menyindir aku aje!” 

“Terasa? Kalo kau tak ada perasaan apa-apa pun pada Encik Q tu, kenapa nak terasa pulak?” sindir Lela dengan wajah yang serius. 

Siti Umairah terdiam. Kelu lidahnya dengan hujah Lela. 

“Cinta ni macam gitulah! Bila orang tu kat depan mata, buat tak peduli. Tapi bila dia merajuk dan pergi tinggalkan kita, baru menggelabah. Puan Siti Umairah, aku ni bukan apa. Aku tak nak tengok kawan aku sedih lagi.” 

Wajah Umairah ditatap. 

“Dulu kau hilang suami. Itu takdir, nak buat macam mana, kan? Tapi kenapa sekarang, bila Encik Q hulur tangan dia, kau tengok aje? Kau biarkan? Kau tak sambut? Lama-lama, tentu lenguh dia! Tentu letih! Sebab tu, bila ada yang sudi mengisi ruang yang kau tak mahu tu, dia beralih arahlah!”

“Lela, berapa kali aku nak cakap, aku sikitpun tak ada perasaan pada dia, tahu! Jadi, aku tak kisah kalau dia nak bercinta dengan si Karina tu. Kalau dia nak kahwin sekali pun peduli apa aku?” bentak Umairah dengan wajah yang merah.

Lela bangun untuk beredar dari situ. Dia geram pada wanita di hadapannya ini. Sakit hatinya mendengar penafian yang berapi-api itu. 

“Yalah! Suka hati kau lah! Dah kau tak ada perasaan pada dia, siapa aku nak suka-suka tuduh kau cinta dia, kan? Dah kau memang tak cinta dia, siapa aku nak paksa kau mengaku, kan? Dah kau tak nak mengaku apa yang ada kat dalam hati kau tu, siapa aku ni yang pandai-pandai buat andaian itu ini, iya tak? Sebenarnya Maira, semua orang dah tahu yang Encik Q dah letak jawatan! Hairan jugak aku, macam mana kau seorang aje yang tak tahu? Tuan Haji tak cakap ke?”

Serta merta sepasang mata Siti Umairah berkaca. 

“Dia dah berhenti? Dia dah letak jawatan? Tapi kenapa aku tak tahu pun? Kenapa dia tak cakap pada aku? Kenapa dia... Sampai hati dia!” 

“Weh! Kau nak pergi mana tu?” Lela menyoal bila Umairah sudah melangkah ke arah lif. Tentu sahabatnya itu hendak pergi ke pejabat ayahnya. Dalam diam, sekuntum senyuman terukir. Tangan segera mencapai gagang telefon yang terletak di atas meja. Sebaik mendengar suara di hujung talian, dia memberitahu. 

“Set! Maira nak naik dah. Kejap lagi dia terjengullah kat pejabat uncle.”
................

“Masuk!” 

Umairah melangkah lemah memasuki bilik pejabat ayahnya. 

“Abang long pun ada?” soalnya bila dia mendapati bahawa Akif, abang sulungnya turut berada di dalam bilik itu. Wajah tampan yang sedang memandang dirinya tanpa senyuman.

“Maira, apa yang Maira dah buat ni?” 

Tanpa menunggu jawapan, Akif terus menyerang lagi. “Maira tahu tak betapa susahnya abang long nak pujuk Q balik kerja di sini? Maira tahu tak macam mana Q asyik mengelak bila abang long offer dia kerja dengan kita? Maira tahu tak banyak mana alasan Q bila ayah mintak dia pertimbangkan hasrat ayah ambil dia kerja di sini?”

Umairah diam. Hanya renungan meniti dari wajah ayah kepada wajah abang dan balik ke wajah ayahnya yang tenang. Akhirnya dia bersuara. 

“Maira tak tahupun dia dah berhenti. Dia tak cakap...”

Akif melenting. “Macam mana nak cakap? Maira asyik kecikkan hati dia. Maira asyik menolak dia. Maira asyik kenang cinta kasih sayang Maira pada Amir sampai tak bagi langsung peluang pada Q nak buktikan pada Maira yang dia jugak boleh jadi suami Maira yang baik, malah mungkin lebih baik daripada Amir, tahu tak?” 

“Abang long...”

“Hah, menangislah! Menangis ajelah yang Maira tahu buat! Selfish girl!” 

Umairah tersentap. “Sampai hati abang long cakap Maira macam tu. Tergamak abang long cakap Maira ni pentingkan diri.”

“Habis tu?”

“Sumpah! Maira tak ada niat nak lukakan hati abang Helmi tu. Sumpah, Maira tak sangka jadi macam ni. Abang long ingat Maira suka sangat ke dia pergi? Sampai hati dia! Sikitpun dia tak bagitahu Maira yang dia nak berhenti kerja.” 

Umairah mula menangis lagi. Manik-manik halus menuruni pipinya.

Haji Ramli mendekati anak perempuan kesayangannya. Duduk di hadapan Umairah sambil menyeka air mata yang menitis. Sedih rasa hati melihat anak yang sedang berduka.

Akif menarik nafas dalam-dalam. Dengan berhati-hati dan suara yang sudah dapat dikawal, dia berkata, “Maira, kalau abang long jadi Q pun, abang long akan chao macam gitu aje! Malu, tau tak? Berkali-kali luah perasaan pada Maira tapi Maira dah jadi macam patung hiasan kat butik tu. Kaku, beku, bisu. Tak pernah nak balas perasaan dia. Maira buta ke apa? Maira tak ada hati? Tak ada perasaan?” 

Tangan diangkat untuk menghentikan apa juga yang Umairah ingin lafazkan.

“Jangan nak cakap tentang arwah Amir. Semua orang pun tahu yang Maira sayang dia. Tapi, dia dah mati! Dan Maira masih hidup. Muda pulak tu. Maira masih perlukan seorang lelaki dalam hidup Maira. Maira masih perlukan perlindungan dalam hidup berkeluarga. Maira tak teringin ke nak ada anak? Maira tak teringin ke nak bergembira balik? Abang long bukan memaksa! Abang long tak rasa apa yang abang long cakap ni, benda merapu! Semua ni untuk kebaikan Maira! Untuk masa depan Maira! Ayah dengan umi dah tua. Maira suka ke tengok dia orang susah hati, pecah kepala fikirkan Maira aje? Tu ayah dengan mak mentua Maira. Sampai bila Maira nak sesakkan hidup dia orang?” Panjang lebar ujarannya.

“Maira, ayah sanggup Maira menjanda kalau itu yang Maira nak. Ayah rela biarkan Maira hidup sorang-sorang, kalau tak ada yang nak pada Maira. Tapi, Q sayang Maira. Bukan sekarang, tapi dari dulu lagi. Sejak dia mula tahu bercinta, Maira aje dalam hati dia. Umi tentu dah cerita banyak pada Maira, kan?”

Umairah mengangguk.

“Bila dia dapat tahu Maira nak kahwin dengan arwah, tak tentu hala dia jadinya masa tu. Abang long kesian tengok dia. Abang long suruh dia luahkan perasaan dia pada Maira tapi dia tak mahu. Dia kata Maira berhak hidup bahagia. Arwah Amir pilihan Maira, maknanya Maira cintakan Amir sungguh-sungguh. Jadi dia tak akan ganggu hidup Maira. Dia sanggup korban perasaan dan cinta dia untuk Maira, nampak tak?”

Siti Umairah menangis. Semakin teresak-esak. Semakin bertambah sebak. Begitu besar pengorbanan Helmi Qushairi demi cinta terhadapnya. 

“Abang long ingat, bila dia dah ada peluang, Maira akan beri dia ruang untuk dicintai. Tapi? Maira tetap menolak dia. Cuba kalau Maira kat tempat dia? Apa Maira rasa bila orang yang Maira cinta, orang yang Maira sayang asyik sebut dia cinta, dia sayang pada yang dah tak ada? Kecik tak hati? Mestilah, kan? Q pun sama jugak!” 

Akif sengaja ingin menyakitkan hati adiknya lagi. 

“Sekarang, abang long rasa dia dah boleh terima penolakan Maira. Lagipun, Karina yang dah lama sukakan dia tu masih kat situ. Q cakap aje, pasti dia datang. So, dah masanya Q sedar yang tak guna dia harapkan Maira lagi. Sebab tu dia letak jawatan. Hari ni, rasanya kejap lagi dalam pukul dua, flight dia ke London akan berlepas. Q dah dapat offer hebat sebagai Human Resource Manager kat satu Jabatan Kerajaan kat sana.”

“Abang Helmi nak ke London? Hari ni?”

“Hmm, pukul 2 nanti?”

Umairah merenung jam. Pukul 11.15 pagi. Wajahnya pucat. 

“Tapi...maknanya dia dah kat airport dah! Entah-entah dah masuk balai berlepas! Ayah, macam mana ni? Abang long? Maira nak jumpa dia.” 

“Nak buat apa?”

“Please!!! Maira nak jumpa dia, abang long. Tolonglah! Bawak Maira jumpa dia. Abang long!!!” Rayu Siti Umairah bersama linangan air mata.
...............

Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA

1 jam kemudian...

Umairah tidak lagi peduli. Akif ditinggalkan di tempat letak kereta. Dia kini sedang berlari pantas menuju ke ruangan balai berlepas. Air mata? Usah cakaplah! Berjujuran menuruni pipi. Tidak dipedulikan pandangan hairan orang yang melihat. Tidak dia meminta maaf kepada mereka yang dia terlanggar sepanjang pergerakannya itu. Dalam hati, dalam minda, hanya ada Helmi Qushairi Ali.

Dari jauh, dia dapat melihat tubuh tegap lelaki yang dicarinya itu. Dari jauh, dia dapat melihat kemesraan di antara Q dan Karina. 

Hati terluka. Benar-benar terluka! Kemesraan itu terlalu mendera hati dan perasaannya. Senyuman manis yang Karina ukirkan di bibir membuat jiwa Umairah tidak tenteram. Kebahagiaan pada seraut wajah itu mengguris seluruh raganya. 

‘Tuhan! Aku sudah terlambat! Aku sudah terlambat! Aku sudah terlambat!’

Seperti Q yang tidak sanggup merosakkan hubungan di antara dia dengan Allahyarham suaminya, Siti Umairah juga bertekad untuk tidak menghancurkan kebahagiaan yang dapat dilihatnya pada wajah Karina. Dia tidak mahu memusnahkan impian dan angan-angan gadis itu. Cinta Q yang baru berputik terhadap Karina tidak akan mungkin diganggu. 

Bersama sekeping hati yang hancur berkecai, Siti Umairah berpaling. Dia ingin pulang. Pulang kepada kesepian. Pulang kepada kesunyian. Tanpa Amir Asyraf. Tanpa Helmi Qushairi. Dia mampu hidup tanpa Amir, tapi hatinya tertanya-tanya, mampukah dia hidup tanpa Helmi? 

Waktu dia mendongak, Akif berada di hadapannya. Memerhati wajah muram Umairah. Namun mengapa ada senyum yang tersungging di bibir itu?

“Maira?”

Umairah terpempan mendengar suara garau Helmi Qushairi. Lembut dan pastinya panggilan itu penuh dengan perasaan. Sayang, kasih, segala-galanya!

“Maira?” 

Semakin dekat suara itu di telinganya. Umairah tahu, kalau dia berpaling, pastilah dirinya akan berada dalam dakapan lelaki itu. 

Helmi merenung tajam wajah Akif yang kini sudah tersengih memandangnya. 

“What did you say to her? Why does she cry like this? What have you done, Akif?” Tegas Helmi meminta penjelasan.

Akif menjungket bahu.

“Aku bagitahu dia yang kau nak ke London. Dengan Karina.” 

“Apa? Kau gila ke, Kif? Bila masa pulak aku nak...” 

Wajah Umairah yang basah ditatap. Wajah yang kini penuh tanda tanya setelah menangkap biji butir percakapan di antara kedua-dua lelaki itu.

“Abang long? Abang Helmi? Apa semua ni?” soal Umairah setelah dia cuba bertenang.

“Biar saya yang beritahu awak, Siti Umairah.” Karina mencelah. 

“Tapi tak boleh detaillah sebab saya dah nak kena naik flight ni. Actually, Q hantar saya ke sini. Yang nak ke London, saya aje. Bukan Q! We, saya dengan Akif, planned all this so that you mengaku isi hati you pada Q. And Q, I rasa you tak perlu sedih-sedih dah. Maira dah ada di sini. Maknanya, dia takut you tinggalkan dia lagi. Dia tak mahu you pergi lagi. So, Maira, take this chance. Jangan jadi bodoh lagi, okey. Peluang tak akan datang berkali-kali. I harap you faham. Come, hug me. Last call dah tu! Come!”

Umairah dan Karina berpelukan. Erat sekali. 

“Terima kasih, Karina.”

“You owe me one, okey!”

Umairah ketawa. Mengangguk. “Insya-Allah, ada ubi ada batas, ada hari akan saya balas.” bisiknya.
................

Mereka kini sedang berada di Menara Kuala Lumpur. Sedang menjamu selera. Di atas meja, penuh dengan hidangan yang menyelerakan. Namun, dua insan ini masih perlu bercerita. Tentang hati dan perasaan masing-masing. 

“Maira, macam manalah Maira boleh terkena dengan dia orang semua?” tanya Q sambil tergelak kecil.

Umairah turut ketawa. 

“Sebab abang pernah cakap yang abang tak akan ganggu Maira lagi.” balasnya.

“Hei, kalau abang nak pergi kali ni, abang tak akan jadi pengecut sekali lagi, tahu! Abang pasti akan jumpa Maira dan bagi tahu. Bukan pergi senyap-senyap macam tu aje.” sela Helmi.

“Maafkan Maira, bang. Maira...”

“Jangan mintak maaf, sayang. Abang dah cukup bersyukur dah. Tak apalah kalau abang jadi nombor dua dalam hidup Maira. Abang rela. Asalkan abang dapat hidup dengan Maira. Bina keluarga bahagia dengan Maira. Ada anak-anak dengan Maira. Cukuplah semua tu. Tak ada apa lagi yang abang nak.” Bisik Helmi penuh perasaan.

“Dulu, Maira tertanya-tanya kenapa Maira tak mampu nak beritahu arwah Abang Amir tentang perasaan Maira pada dia. Hari ini, Maira dah ada jawapannya, bang.”

“Iya ke?”

“Ya!” Penuh yakin Siti Umairah melafazkan, “Ya. Sebab jauh di sudut hati Maira ni memang dah ada orang yang memilikinya. Cinta Maira pada dia wujud sejak Maira mula tahu apa erti cinta. Bila dia tinggalkan Maira, hati itu tertutup sehinggakan Maira tak dapat nak buka dan beri bahagian itu kepada Abang Amir sekalipun. Bila abang datang balik, Maira jadi takut. Takut, kehilangan abang sekali lagi. Takut ditinggalkan! Abang tak akan tinggalkan Maira, kan?”

“Hanya maut!”

“Jangan! Jangan cakap macam tu!” desah Umairah. 

“We live each day as it is. Menikmati hidup yang Allah beri dan mengingati mati seperti yang patut kita buat. Tapi abang tetap nak mintak Allah panjangkan umur kita sebab kalau boleh abang nak bersama Maira, selagi Dia mengizinkannya.”

Senyuman manis terukir di bibir. Tanda kebahagiaan. Tanda keriangan. Semoga berpanjangan. Semoga tiada halangan. Semoga direstui. Semoga diberkati. 
..........
daripada kak sofi: semoga cerita ini mampu membuat anda tersenyum. kalau ada salah silap, harap dimaafkan. kalau anda rasa ada yang ingin anda komen, silakanlah. 

Ulasan

  1. hohohoho...
    pengakhiran yg baik...
    akhirnya maira ngn q brsama jg...
    sukenya....
    hehhe...
    thniah cikgu sofi...
    crta ni best...

    BalasPadam
  2. adeh..
    saspen jerk sofi balas komen sblm ni!
    anyway tq... :D

    BalasPadam
  3. kak...ada typo la
    "Maira, kalau abang long jadi Akif pun, abang long akan chao macam gitu aje"

    rasanya bukan Akif tapi Q kan?

    btw, cerita ok cuma scene kt airport tu cam lapuk la kak. kena cari scene baru yg lebih fresh. jgn marah tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita guna scene dkat stesen teksi la kak.. hahaha~~~

      Padam
  4. salam,
    epy, thanx again

    missnera, hehe dah wat ke belum?

    yunix, thanx atas teguran. dah dibetulkan. and.. lapuk ya? dah habis dah pun hehe. biarlah....
    pepun, thanx. your honesty dialu2kan.

    BalasPadam
  5. abes dahhh..
    happy ending.. =)

    BalasPadam
  6. sesak dada bace!hahaha.. nice j0b.. hampir menangis!nak2 lagu anuar zain plak..ish..hahaha

    g00d j0b kak!=p

    BalasPadam
  7. yeayy,,
    happy ending..
    tpkan,,spe karina tuh?siap cium2 pp lagikk..
    haiissyyhh..meragukan btol..
    haha..

    BalasPadam
  8. saya tersenyum sorang-sorang bila baca ending story ini, tengah-tengah story, muka berkerut..dah nak dekat lagi la berkerut...last sekali...la..ish..ish..mengena rupanya..good one! Keep it up Kak Sofi ;-)

    BalasPadam
  9. nice..klu pjgkn sikit ag bes..heee

    BalasPadam
  10. salam,

    misz nana, happy ending, yes!

    terataibungaindah, mmm..suka anak pak zain rupa-rupanya hehe

    zatie, hanya watak sampingan

    nomie..kau bukan dia istimewa untuk awak, okey!

    farnasence, dah abis...

    BalasPadam
  11. best gilak r...x yh smbung lg dh...ending ni dh elok dh..nnti kalo smbung kang meleret2 plak..heheh(sesuka ati aku je)...

    BalasPadam
  12. salam....
    anna nur'ain, thanx
    biey, mmg berakhir di sini

    BalasPadam
  13. best cite..... nak tahu jugak penerimaan ayah dan ibu mertua Maira tu

    BalasPadam
  14. salam anonymous,
    rasanya cukup sampai di sini kut hehe

    BalasPadam
  15. puas hati bace. hehe sblom ni geram je terus ngan maira tu..haha

    BalasPadam
  16. Ala..sape karina tu?napa dia suka2 je kiss W?

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…