apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

23.2.10

47. Dia redha.....


salam....
aku memang suka sangat baca ruangan dcck, di celah-celah kehidupan, yang disiarkan setiap hari minggu di akhbar mingguan malaysia. hanya sekarang ini, masa kurang terluang. sibuk apa ntah hehe.
http://blog.dcckmona.com/kehidupan/596/7-tahun-sudah-aku-hidup-bermadu.html
article yg aku linkkan dekat atas tu aku syorkan kawan-kawan yg dah berumahtangga baca. yg belum kahwin? bacalah jugak! memang sangat bagus isi kandungannya.
bg yg malas baca? hah, meh sini aku cerita. ia ttg siti aishah, itulah nama wanita yang bercerita itu. ttg luahan hati, suka, duka, rajuk, rencah-rencah kehidupan bermadu.


tapi aku suka ketabahannya. sudah 7 tahun dia bermadu. tidak dia memburukkan madunya di dalam tulisan itu. malah dipujinya. hanya kebaikan sahaja yang dia tulis. senyum madunya..... layanan madunya yang baik terhadap suami malah dia kagum bila suami ketawa mendengar celoteh si madu berbanding celotehnya. 
aduh! hebat wanita ini!!! 
Terlalu hebat!!!
mungkin sebab suaminya memang baik dan adil. 
ya, itulah agaknya.
aku salut anda, siti aisyah. kalaulah dapat ku kenal dikau...i
yalah! ingin juga belajar mengemudi perasaan seperti wanita ini, kan...
jadi, kesimpulannya....., 
hidup bermadu memang 'pahit' namun masih ada yang mampu menangani 'stress' dan masih ada yang mampu menelan 'pahit' itu kerana mencari keredaan Tuhan. 
wallahualam.

3 ulasan:

  1. salam sofi..
    saya ada kisah sahabat yang bermadu.. mmg unik kehidupan mereka. Walaupun sgt jarang berjumpa dan bertegur sapa tapi hubungan mereka tidak berantakan.

    Cuma satu kesimpulan yang dpt dibuat, semuanya bergantung kepada NAKHODA!

    BalasPadam
  2. salam nik,
    bukan calang-calang orang boleh bermadu. akak mmg cukup hormat wanita-wanita ini. mmg betul, akak pun rasa, suami kena bijak menjaga dan mengawal emosi isteri-isterinya.

    BalasPadam
  3. Ya, semuanya bergantung kepada NAKHODA. NAKHODA yang faham agama, bijak dan tidak bersikap mementingkan diri sendiri atau mengambil kesempatan atas kebaikan isteri tidak sesekali menipu dan berbohong demi nafsu. Bersikap telus, berani buat, berani tanggung.

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.