apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

19.2.10

46. pengorbanan

salam...
suami menyambut panggilan telefon dari seorang rakan baiknya beberapa hari lalu. selalunya, bila dia dengan kawan ini di talian, gurau senda mengisi ruang. aku pasti turut menumpang sengih. namun berbeza pula waktu itu membuat aku tidak sabar-sabar ingin tahu apa bicara mereka.
"Di (bukan nama sebenar) di hospital, menziarah seorang kenalan tadi." mukaddimah suamiku.
"Owh..."
"Perempuan tu sedang nazak, sakit kanser."


Wajah suami aku tatap. Kanser dan segala penyakit yang sepupu sepapat dengannya buat aku, suami malah seluruh keluargaku ini seriau (kaget/takut).
"Perempuan ni hebat!" 
Aku mendongak, menjelajahi wajah suami mencari maksud pujiannya. Dan cerita suami padaku, kucoretkan untuk tatapan anda semua. Bacalah. 
Aku tidak tahu nama wanita ini, jadi biar sahaja kupanggilnya Zainab. Zainab seorang isteri dan seorang ibu kepada dua orang anak yang comel. Lebih setahun dahulu, dia tersenyum riang bersama suami apabila diberitahu bahawa dia disahkan mengandung anak ketiga, cahaya mata yang memang dinanti-nantikan kerana mereka inginkan ahli keluarga yang ramai. 
Masuk empat bulan kehamilan, kegembiraan itu bagaimanapun pudar. Zainab disahkan mengidap kanser. Doktor kata, Zainab masih boleh dirawat, Masih ada harapan..... 
Apabila doktor ditanya tentang anak dalam kandungannya...Zainab disuruh memilih. Nyawa dia atau nyawa anaknya. 
Zainab memilih yang kedua.
Sepanjang kehamilan, rawatan penyakitnya terpaksa ditangguhkan. Faham-faham ajelah, kemoterapi itu sinar apa, ya? Gamma! Kuasa penembusannya terlalu tinggi. Bahan digunakan pula ialah bahan radioaktif..Bahaya!!! 
Zainab selamat melahirkan anak lelakinya selepas cukup sembilan bulan sepuluh hari. Anak yang cukup sifat, normal dan pastinya comel. Malangnya sejak melahirkan, dia perlu menjalani rawatan...namun itulah kanser! Kini, Zainab sedang nazak!
Aku cukup terharu dengan pengorbanan seorang Zainab. Demi anak dalam kandungannya, dia sanggup menafikan rasa sakit yang dia tanggung. Sanggup menderita! Sanggup menempuh ujian yang Allah beri kepadanya dengan tabah, ikhlas, tanpa keluhan! 
Teman, di pagi Jumaat ini, marilah sama-sama kita berdoa agar Allah beri peluang untuk Zainab terus hidup dan bebas daripada kanser. Supaya dia dan suaminya sama-sama dapat membesarkan anak-anak mereka. Supaya anak-anak yang kecil tidak menjadi yatim pada usia serapuh itu. Mudah-mudahan...Amin.
Bercerita tentang pengorbanan, aku teringat seorang rakan guru waktu aku mengajar di utara tanah air dahulu. Rakan ini mengidap leukimia (Kanser darah). Mendapat tahu tentang penyakitnya selepas melahirkan anak ketiga. 
Setelah hampir 10 tahun mengidapi penyakit itu, setelah puas berubat ke sana ke mari, hospital, bomoh, dukun, as syifa segala....dia meminta suaminya kahwin lain. Suaminya lelaki yang baik, telah menolak permintaannya namun Mala tetap memaksa. Akhirnya, dengan restu Mala, perkahwinan pun berlangsung. 
Sejak itu, Mala sering marah-marah. Anak yang selama ini dimanjainya, ada kala dipukul, dirotan. Madu yang tinggal serumah merasa kasihan. Anak-anak itu dipujuk, dibelai. Semakin hari, Mala semakin tersisih kerana sikapnya yang perengus dan suka mengamuk. Namun apakah sebenarnya?
Teman-teman, 
Mala melakukannya bukan kerana itu sifatnya tetapi kerana dia tahu, ajalnya sudah terlalu hampir. Tiga bulan selepas itu, dia menghembuskan nafas terakhirnya. Semua yang dilakukan hanyalah supaya anaka-anak dan suami tidak merasa kehilangan bila dia sudah tiada nanti. Bukankah ini juga satu pengorbanan?
Mala....semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu. Amin.
Perkongsian ini aku dedikasikan kepada semua pengidap kanser di mana juga kamu berada.      

6 ulasan:

  1. sedihnya..moga2 semua ada kekuatan utk melawan penyakit ni...
    dan mereka semua mmg hebat..

    BalasPadam
  2. salam
    betul tu. depa mmg hebat

    BalasPadam
  3. Ya Allah, sedihnya hati saya kak sofi bila baca entri ni.

    BalasPadam
  4. salam nomie,
    kak sofi pun sedih masa menulisnya. nangis gak. ialah ttg penyakit, ttg perempuan dan pengorbanan.

    BalasPadam
  5. kak..
    kita yang diberikan kesihatan ini kekadang tidak pernah bersyukur, di uji skit mengaduhnya yang lebih!

    moga insan2 yang diberi dugaan maha hebat dari ILLAHI punya ketabahan berganda! amin..

    BalasPadam
  6. salam nera,
    betul tu, ujian untuk kita sedikit berbanding mereka yang mengidap kanser atau penyakit aids dll. semoga kita sentiasa bersyukur

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.