Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2010

Kerana kau

1
“Tak balik lagi, Cikgu Idayu?” Puan Penolong Kanan Petang, Puan Hamidah yang sedang meninjau-ninjau ke dalam bilik guru bertanya.Tanpa menunggu jawapan, wanita itu terus sahaja berlalu menuju ke bahagian belakang bilik.
“Nahaslah! Mesti ada yang tak masuk kelas tu! Padan muka diorang! Berborak sampai lupa pada jadual masing-masing!” Cikgu Nora, guru yang terkenal dengan sikap cakap lepas itu berbisik kepada Idayu. Ketika itu tangannya sibuk mencuit paha cikgu muda yang sedang asyik menyemak buku latihan matematik anak muridnya. 
Idayu memanggung kepala. Waktu itu dia turut melihat Cikgu Alif sedang tergesa-gesa ingin meninggalkan kumpulan guru-guru lelaki yang tadi begitu rancak berbual-bual. Guru-guru yang lain pula mula bersurai, mula tahu mencari arah meja mereka masing-masing untuk membuat semula kerja yang tertangguh tadi.
“Huh! Hebat betul penangan Puan Hamidah tu, kak Nora! Dia datang aje, semua cikgu lelaki habis bercempera. Bagus betul!” Idayu memuji kehebatan wanita berusia 43…

47. Dia redha.....

salam.... aku memang suka sangat baca ruangan dcck, di celah-celah kehidupan, yang disiarkan setiap hari minggu di akhbar mingguan malaysia. hanya sekarang ini, masa kurang terluang. sibuk apa ntah hehe.
http://blog.dcckmona.com/kehidupan/596/7-tahun-sudah-aku-hidup-bermadu.html
article yg aku linkkan dekat atas tu aku syorkan kawan-kawan yg dah berumahtangga baca. yg belum kahwin? bacalah jugak! memang sangat bagus isi kandungannya. bg yg malas baca? hah, meh sini aku cerita. ia ttg siti aishah, itulah nama wanita yang bercerita itu. ttg luahan hati, suka, duka, rajuk, rencah-rencah kehidupan bermadu.


46. pengorbanan

salam... suami menyambut panggilan telefon dari seorang rakan baiknya beberapa hari lalu. selalunya, bila dia dengan kawan ini di talian, gurau senda mengisi ruang. aku pasti turut menumpang sengih. namun berbeza pula waktu itu membuat aku tidak sabar-sabar ingin tahu apa bicara mereka. "Di (bukan nama sebenar) di hospital, menziarah seorang kenalan tadi." mukaddimah suamiku. "Owh..." "Perempuan tu sedang nazak, sakit kanser."


Munir Munirah

1 Bulat mata Aida memandang wajah rakan baiknya. Terkejut besar mendengar pengakuan berani mati Munirah sebentar tadi. Masakan tidak, apa yang baru sahaja dilafazkan itu adalah sesuatu yang benar-benar di luar dugaan. Yang tidak disangka-sangka. Tidak pernah terfikir sama sekali. “Kau biar betul, Muni! Hisy, tak percaya aku!” Dahi Munirah dirasa dengan belakang telapak tangannya. “Tak demam pun!” keluh Aida lagi. Munirah tersenyum pahit. Wajah Cikgu Aida dipandang dalam-dalam. Sahabat baik sejak zaman persekolahan itu nampaknya masih tidak dapat menerima berita yang baru saja dikhabarkan. “Cikgu Munirah, kau dah gila ke?”
Munirah menghembus nafasnya perlahan-lahan. “Eda, kau ingat aku suka dengan apa yang aku rasa sekarang? Kau ingat aku seronok?” “Pulak? Tadi kau jugak yang cakap, mamat tu dah ngaku ‘I lap you’. Kenapa kau tak syok pulak?” Aida memulangkan paku buah keras. Geram benar lagaknya terhadap kawannya yang seorang ini. Munirah mengeluh. “Kau boleh tak turunkan volume suara kau, E…