Langkau ke kandungan utama

Kau bukan dia 10




“Kata tadi nak berenang. Tapi, kenapa kamu tak tukar baju lagi? Tak kan nak pakai baju kurung kut?”

Umairah tersengih. 

“Ala..kalau Maira pakai baju kurung pun tak salah, kan, umi? Kalau kat hotel lainlah. Ini kat rumah sendiri. Boleh aje, kan?” dia mengusik ibunya, Hajah Aminah. 

“Pulak? Biar menggelembung kamu kat dalam air tu karang?” Uminya membalas. Umairah ketawa besar mendengar gurauan itu. 

“Lama kamu tak balik. Umi ingat nak kidnap kamu kat ofis esok. Q cakap kat umi kalau nak tangkap kamu kena tiba kat sana sebelum pukul enam. Kamu bukan nak stay back, takut sangat dia yang hantar kamu balik, katanya.” Omel Hajah Aminah lagi.

Dahi Umairah berkerut. “Dia cakap macam gitu?”

Hajah Aminah mengangguk.

“Apa lagi yang dia kutuk Maira pada umi?” 

“Dia kata, kamu dah tak macam masa dia mula-mula sampai hari tu. Masa tu kamu tak senyum langsung. Nak gelak, usah haraplah. Bercakap bila perlu aje! Tapi sekarang, kamu dah okey. Mahu gelak dengan dia, mahu ketawa, mahu bergurau.” 

Umairah senyum. “Ala, abang Helmi tu...ada-ada aje!” 

“Ada lagi ni!”

“Hah?”

“Dia jugak cakap yang kamu ni makin garang! Suka marah-marah dia. Selalu sangat naik angin tak tentu fasal. Bercakap mengutuk dia ikut sedap mulut kamu aje.” Sambung Hajah Aminah beria-ia.

“Mana ada? Abang Helmi tu memang nak kena! Sesedap rasa dia kutuk Maira. Macam dia baik sangat. Dia yang kata kat Maira macam-macam, tak apa pulak?”

“Dia kutuk kamu?”

“Iyalah, umi! Dia kata Maira ni, patung bernyawalah. Bodoh, rindu pada orang yang dah mati! Tak sayang kat umi sebab tu sanggup duduk dengan mak mentua. Tak fikir masa depan. Asyik nak merengek ingat masa lepas. Hati batu...”

Siti Umairah tidak jadi meneruskan bila dilihat uminya sudah ketawa geli hati. 

“Umi pun sama macam abang Helmi jugak. Sepakatlah tu mengutuk orang!” rajuknya. 

Setelah ketawanya reda, Hajah Aminah segera memeluk tubuh anak perempuan tunggalnya itu. Tidak mahu si anak berjauh hati dengannya. Bimbang kalau lama rajuknya, Umairah akan menukar fikiran daripada ingin bermalam kepada ingin segera balik ke rumah mentua. Dia belum puas bermesra dengan anaknya itu lagi.

“Maira sayang umi. Sayang sangat-sangat!” Entah kenapa dia mengungkapkan ayat itu, Siti Umairah tidak tahu. Pipi umi dicium bertalu-talu. Tanda kasihnya. Kasih seorang anak kepada seorang ibu. Kasih yang seluas lautan, tidak bertepi. 

“Umi tahu!” balas Hajah Aminah mesra.

“Umi kecik hati dengan Maira ke, umi? Betul ke apa yang abang Helmi cakap tu? Maira tak bertanggung jawab pada mak bapak Maira sendiri tapi Maira lebihkan mak bapak mentua. Salah ke apa yang Maira buat ni, umi?” soalnya bertalu-talu.

Hajah Aminah mengeratkan pelukan. Wajah Umairah ditatap penuh kasih sayang. 

“Umi faham apa yang kamu cuba buat untuk Hj Abas dengan Hjh Nurain tu. Dan umi tak marah. Sekurang-kurangnya, kamu dapat membahagiakan dia orang bila arwah Amir dah tak ada ni. Tapi,”

"Tapi?” Umairah begitu beria-ia ingin tahu.

“Umi nak kamu fikir jugak masa depan kamu. Katalah, kalau ada yang berkenan dekat kamu, nak ajak kamu kahwin dengan dia, takkahlah kamu nak ajak dia duduk di rumah mentua kamu tu? Mahu merajuk si Q tu!” ujar si ibu bersungguh-sungguh.

“Kenapa pulak abang Helmi nak merajuk?” balas Umairah tidak memahami apa yang tersirat di sebalik kata-kata ibunya.

“Hai, dah kamu lebihkan mentua kamu dari dia? Mahu tak merajuk?”

Umairah mengeluh. “Umi, Maira dengan abang Helmi tu mana ada apa-apa!” tegasnya.

Giliran Hajah Aminah menghela dan melepaskan desah nafas yang berat. 

“Betul ke, Maira? Umi rasa, tidak. Dari dulu, umi tahu yang Q tu sayang kamu. Cuma, dia takut nak luahkan sebab dia takut kamu tolak dia. Dia tak yakin yang kamu nak terima dia. Sebab tu dia pergi.” 

“Abang Helmi bagi tau umi macam tu?”

“Dalam surat! Umi jumpa surat tu, dah direnyuk-renyukkannya kat bilik dia masa umi mengemas. Umi bagi pada ayah. Rupa-rupanya ayah dah lama tahu. Iyalah! Ayah kan lelaki. Tentulah ayah faham tindak tanduk Q pada kamu. Cuma ayah kesal, Q tu terlampau ego. Pergi macam tu aje.” Cerita Hajah Aminah buat pertama kali selepas sekian lama.

“Ayah cari dia?”

“Tak! Dia orang jumpa kat satu seminar. Masa tu dia dah bukak syarikat kat Penang. Syarikat dia ada masalah sikit. Ayah bantu dia selesaikan. Lepas dia jual syarikat dia tu, dia kerja dengan ayah. Masa tu dia dengar yang kamu dah ada boyfriend. Jadi dia buat syarat yang dia kerja di cawangan Pulau Pinang. Sebulan sebelum kamu kahwin dengan Amir, ayah jemput dia datang kenduri kamu. Berubah air muka dia, ayah kata. Dia bagi macam-macam alasan. Dia balik sini hanya bila Abang Akif kamu pergi jumpa dia. Entah apa yang Akif cakap pada dia, tak tahulah! Tapi lepas tu baru dia setuju nak balik ke sini.” 

Panjang lebar Umairah diberitahu tentang perkembangan hidup Helmi Qushairi oleh ibunya.

“Ala, umi. Perasaan tu semua, kisah dulu. Sekarang ni Abang Helmi dah ada girlfriend. Nama dia Karina. Cantik manis. Bergaya. Sopan santun. Bertudung...”

Hajah Aminah ketawa. “Macam jealous aje umi dengar?” perlinya.

Umairah terjerit kecil. “Umi! Tak kuasa. Apasal pulak Maira nak cemburu? Tak adalah!” balasnya.

“Iyalah tu! Macam umi tak tahu. Tak kenal anak umi sendiri?” soal si ibu. 

Siti Umairah berdebar-debar menanti ayat-ayat yang akan dituturkan oleh ibunya. Matanya sudah terkebil-kebil. 

“Maira, tanya hati kamu. Kamu sayang tak si Q tu? Jangan bohong! Jangan nafikan apa yang kamu rasa. Dah bertahun-tahun kamu pendam. Memang kamu kahwin dengan Amir. Memang Amir berjaya membahagiakan kamu. Tapi, cinta dengan sayang ni tak sama, Maira. Kita boleh sayang semua orang tapi cinta? Cinta seorang perempuan hanya untuk sorang lelaki. Umi tahu, cinta kamu hanya untuk Q. Mungkin sepuluh tahun dulu, cinta ni macam cinta monyet. Maklumlah, kamu baru 16 tahun masa tu. Tapi, cuba beritahu umi, ada ke tidak lagi perasaan tu dalam diri kamu?”

“Umi ni macam-macamlah!” dengus Umairah. “Cinta Maira satu aje, umi. Dah bagi pada abang Amir dah. Mana ada lagi nak dikongsi?” soalnya. 

Hajah Aminah merenung wajah puterinya dalam-dalam. Ada air mata yang bergenang. Maira, Maira. Tiap kali sentuh tentang Amir, mesti nak nangis, desis di hati.

“Maira, Umi nak Maira kahwin dengan Q.”

Umairah benar-benar terkejut. Angin tidak bertiup, bagaimana pokok boleh bergoyang? Apa hal pulak ni?

Seolah-olah soalan itu didengari oleh ibunya, Umairah mendengar sahutannya.

“Q mintak izin umi, ayah dengan abang long kamu untuk menikah dengan kamu.”

Bulat mata Umairah ketika dia menjerit, “Gila!!!”

Hajah Aminah buat tidak peduli. “Ya, dia kata dia gilakan kamu.” lawaknya.

“Umi, Maira...” 

Tak tahu apa yang harus diucapkan, akhirnya... 

“Maira ni janda. Dia tu anak teruna. Tak padan.” ujarnya.

Hajah Aminah tersenyum. 

“Dah anak teruna tu nak kan janda, nak buat macam mana? Bertuahlah badan!”

Merah padam wajah Umairah. “Hisy, ke situ pulak umi ni.” 

“Kahwinlah, Maira. Terima ajelah pinangan Q tu. Insya-Allah, dia akan cuba bahagiakan kamu. Umi ni bukan apa. Risau tengok keadaan kamu ni. Sampai bila nak bergantung hidup dengan mak bapak mentua kamu tu. Umi jugak yakin, dia orang pun setuju kalau Qlah orangnya yang nak gantikan tempat Amir. Dia memang layak!” Hajah Aminah berkongsi rasa.
.....

Di Tanah Perkuburan Islam, Batu Empat, Hulu Langat. 

Siti Umairah baru sahaja selesai menghadiahkan bacaan Surah Yaasin kepada Allahyarham suaminya. Kini jari jemari halusnya sedang mencabut rumput-rumput renik yang tumbuh di sekitar pusara. Kalau dulu, sepanjang setahun yang lalu, air mata pasti akan menitis. Kini, hari ini, tiada lagi. 

Sudah keringkah air mata ini? Sudah pergikah ia?

Umairah melepaskan sebuah keluhan. Jelas hatinya sedang resah. Jelas jiwanya sedang berkisah. Jelas perasaannya sedang bersawang, berselirat...

“Maafkan Maira, Abang Amir. Maafkan Maira. Maira tak tahu kenapa dia datang balik dalam hidup Maira ni. Maira tak tahu kenapa dia mesti ada di antara kita. Maira...” 

Rintihan hati terhenti mendengar langkah kaki yang kini berhenti betul-betul di sebelahnya. Tidak perlu dia mendongak. Tidak perlu dia melihat. Dia sudah terlalu kenal dengan pemilik tubuh itu. 

“Dah lewat ni. Jom abang hantar Maira balik.” Helmi bersuara dengan berhati-hati.

“Macam mana abang tahu Maira ada kat sini?” soal Umairah sebaik sahaja Helmi mula memandu meninggalkan kawasan tanah perkuburan itu. 

“Dah Maira tak ada kat rumah umi. Dah tu masih tak sampai-sampai lagi kat rumah Hj Abas. Bukan susah nak teka, betul tak?” 

Umairah mengeluh. 

“Tak habis-habis mengeluh. Macamlah berat sangat masalah dalam kepala tu.” Helmi mengejek.

“Memang berat! Sebab abang yang jadi masalah Maira, tahu tak?” Umairah mula marah. Benci melihat Helmi yang begitu bersahaja mengenakan dirinya. Geram kerana Helmi mudah benar meneka apa yang dirasainya. 

“Hmm...”

“Apa hmm?” Bulat mata Umairah memandang lelaki di sebelah. 

Helmi mendengus keras. Kereta Camry 2.4 liter berwarna hitam itu pantas diberhentikan di bahu jalan. Peduli apa dengan pemandu-pemandu yang marah dan membunyikan hon?

“Apa yang Maira geram sangat dengan abang ni? Cakap! Luahkan! Luahkan sekarang!” Jeritnya sambil menarik Umairah keluar. Kini mereka berdua berdiri di tepi jalan. 

“Maira bukan satu satunya perempuan dalam dunia ni, Abang Helmi. Tapi kenapa Maira jugak yang abang pilih?” Maira bertanya.

“Entah. Sebab abang bodoh, kut!” Helmi membentak. “Cinta memang tak boleh dipaksa, tapi tak tahu kenapa abang nak jugak diberi ruang dan peluang.”

Umairah tidak tahu mengapa kata-kata itu membuat nafasnya kesesakan. Tidak faham mengapa hatinya tidak tenteram. Dia ingin lari daripada lelaki ini, tapi kakinya terpaku lagi. Dia ingin pergi namun langkah tidak dapat dimulai. 

Helmi mengendurkan suara. 

"Masa silam adalah kisah yang lepas. Indah atau sedih, gembira atau duka adalah kenangan untuk disemadikan di sini.” Katanya sambil membawa tangan Umairah memegang dada sebagai memberitahu di situ terletaknya hati wanita itu. 

“Abang bukan mintak Maira lupakan kenangan tu. Bukan nak suruh Maira lupakan Amir. Itu hak Maira! Abang tak akan ambik hak Maira yang itu. Abang cuma nak jadi sebahagian daripada kisah masa depan Maira. Abang nak bagi rasa sayang yang ada dalam hati ni untuk Maira nikmatinya. Abang nak curahkan rasa cinta yang dah bersemadi dalam jiwa ni hanya untuk Maira merasainya.” 

Wajah Umairah yang kebingungan ditatap sambil dia membisikkan lagi, “Tak apa! Tak apa kalau sekarang ni, tak ada secubit pun rasa kasih, sayang atau cinta untuk abang. Tak apa! Abang sanggup tunggu!”

“Sampai bila nak tunggu? Sampai bila boleh sabar? Sebab Maira tak akan khianat pada dia. Dia...”

“Dia dah mati, Maira!” Kali ini suara Helmi kembali keras, kerana Umairah menguji kesabarannya.

Siti Umairah tidak tahan lagi mendengar kata-kata itu. Dia benci kepada lelaki ini yang asyik mengulangi hakikat yang diketahuinya.

“Shut up!” Jeritnya. “Just shut up, will you? Memang Abang Amir dah mati. Tapi dia, cinta dan kasih sayangnya tetap ada dalam hati Maira. I love him. I still love him and not even you can take his place. Jadi, janganlah ingat mentang-mentang Maira ni janda, abang boleh datang dan mengaku yang abang boleh ambik tempat dia! Sebab walau macam mana bersungguh-sungguhnya abang mencuba pun, abang tak akan dapat menandingi dia. Faham tak!” 

Umairah menangis teresak-esak. Hatinya sedih bila Helmi asyik mengingatkannya bahawa Amir sudah tiada. 

“Abang tau tak apa yang Maira rasa? Satu masa, dia berada di sisi, bergurau senda, bermesra dengan Maira. Bayangkan, lima jam lepas tu, orang datang beritahu Maira yang dia dah mati! Pergi dan tak balik-balik lagi!”

“Maira…”

“Masa tu Maira tak percaya. Maira gelak. Mustahil, Maira cakap kat orang tu. Tapi bila jenazah nak disemadikan, Maira marah pada dia. Kenapa dia tinggalkan Maira? Kenapa dia tak bawak Maira sekali? Kenapa...”

Helmi tidak sanggup mendengar lagi. Pengakuan itu merobek hatinya. 

“Abang Helmi, abang tau tak yang Maira tak pernah cakap Maira cintakan dia? Maira tak pernah bagitau dia yang Maira sayangkan dia. Malam tu, dia nak sangat dengar pengakuan Maira. Tapi abang tau tak apa yang Maira buat? Maira gelakkan dia. Dia sedih tapi sampai sudah, Maira biarkan dia tertanya-tanya. Sampai dia mati, dia tak pernah tahu apa yang ada kat dalam hati ni. Maira menyesal, abang tau tak. Maira menyesal sangat!”

“Syyy...”

“Maira sayang sangat pada dia. Maira sungguh-sungguh cintakan dia. Tapi, sayangnya, dia tak tahu! Dia tak tahu!”

Helmi Qushairi Ali menitiskan air mata lelakinya. Dia berusaha memujuk. Dalam nada perlahan, dia membisikkan, “Maafkan abang, sayang. Maafkan abang sebab terlalu memaksa. Maafkan abang sebab tak pernah cuba nak faham hati dan perasaan Maira. Jom abang hantar Maira balik. Percayalah, abang tak akan kacau hidup Maira lagi. Maira akan hidup aman lepas ni. Abang janji! Jom!”
............

Ulasan

  1. Salam...
    suke dgn cite ni,...best..
    x sabar nak tunggu episod terakhir..
    nak maira bahagia dgn helmi...

    BalasPadam
  2. 10 episode je ke cite ni? pendek nye...

    cs n terasing bape epsd?

    ckg sofi.. jgn lupe cs ea.heheheheh

    BalasPadam
  3. bagus gak Q jauhkan diri drp Maira..
    mana tau lps tu Maira sedar perasaan dia pd Q..

    BalasPadam
  4. daa bj abis eh,,,??

    x saba nk tau ending nyer...

    BalasPadam
  5. hohohho....
    nak maira ngn q...
    lupakan la sej lama....
    usah di kenang org yg dah mnggal...
    stiap org brhak bhagia....
    nak mrk brsama....
    nak hepy ending...
    blh x cikgu???
    best2x....

    BalasPadam
  6. ala kak..
    xmau la jadi macam tajuknya..
    sedih la.. ni sampai mengalir air mata ni! xbek ar akak ni... huhuhu... waaaaaaaaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  7. ahahahah,,,,

    xmo la Q blah mcm tu je

    pjuk la maira lagi

    +_*

    BalasPadam
  8. salam semua,

    faridah, mcm mn? Q dah nak majuk tu!

    rubisya, hehe..cs? minggu dpn, k

    misz nana, mmm, betul tu!

    miss ruha, jap2 hehe

    epy, nak hepi ending gak? tp Q dah nak pergi, camne?

    missnera, sofi ingat kan..eloklah depa pisah aje, k

    itu aku? baru ya kat blog sofi ni? selamat datang...
    tunggu, sofi sambung citer ni, k!

    cheerio.

    BalasPadam
  9. eeiii...tak baik tau peluk anak orang
    tp memang sedih la
    bila kita sayang & cintakan seseorang tapi tak sempat luahkan
    kecewa dan menyesal tu kita akan bawak sampai mati
    sedihnya

    BalasPadam
  10. kn dh ckp sedih..hukhukhuk

    BalasPadam
  11. salam....
    yunix, lama br nak balas, hehe...thanx k!
    missnera, mmg x mau
    biey, mmmm

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…