Langkau ke kandungan utama

Kau bukan dia 8

“Maira?”
Terhenti langkah yang diatur. Umairah segera berpaling ke belakang. Haji Abas sedang merenung dirinya. Wajahnya yang jernih sedang mengukir senyuman. Pastinya, lelaki berumur awal enam puluhan itu baru kembali dari surau.
“Ayah?” Siti Umairah menyahut. Hati berdegup-degap apabila menyedari pada masa yang sama, Helmi turut turun daripada kereta. Semakin terkedu apabila lelaki itu segera menyalami tangan ayah mentuanya. 
“Saya mintak maaf, pakcik!” Belum sempat Haji Abas bertanya, Helmi terus sahaja memberitahu, "Disebabkan saya, Maira balik lewat malam ini. Banyak yang saya mintak dia taipkan untuk saya hari ini.” 
Penjelasan diberi tanpa diminta.           
Haji Abas tertanya-tanya siapakah lelaki tampan ini? Kalau dilihat daripada tutur katanya, lelaki ini seorang yang cukup berkeyakinan. Kalau dilihat daripada gayanya, lelaki ini seorang yang berjawatan. 
Siti Umairah kalut bila ayah mentua hanya membisu. Helmi segera diperkenalkan. 
“Ayah, ini encik Helmi, bos Maira.” 
“Oh, iya ke? Terima kasih, Encik Helmi.” 
“Terima kasih? Kenapa, pakcik?” tanya Helmi sambil menguntum senyum. 

“Sebab encik sudi hantar Maira balik. Malam-malam macam gini, susah nak dapat bas. Fikirkan dia naik teksi tu yang merisaukan pakcik.” 
Umairah terkedu. Rasa sebak bila mendengar pengakuan tulus itu. Rasa terharu yang teramat. Tetiba, hati rasa sayu. Teringat arwah suami yang telah tiada. 
Helmi pula mengkagumi lelaki tua itu. Kasih sayang sepenuhnya sudah diberi kepada Umairah, menggantikan anak sendiri yang sudah tiada. Kerisauan, kebimbangan, adalah tanda betapa Umairah dikasihi. Jelas di matanya, Umairah sudah dianggap bagaikan anak sendiri. Patutlah Umairah rela tinggal dengan bekas ibubapa mentuanya ini, desis di hati.     
“Dah makan ke belum ni?” Haji Abas bertanya. 
Helmi tersengih. 
Melihat sengihan Helmi, anak muda itu terus sahaja dipelawa oleh Haji Abas masuk ke dalam rumah. Umairah cuba menghantar isyarat supaya Helmi menolak namun lelaki itu berpura-pura tidak melihatnya. Bersama-sama sebuah jelingan tajam ke arah lelaki itu, dia segera berlalu mendahului mereka. Laju sahaja langkahnya memasuki dapur di mana Hajah Nurain sedang sibuk menghangatkan lauk untuk dimakan.
"Menyampah betul! Pantang dipelawa, terus aje tersengih. Terus aje mengangguk! Dasar kedekut! Nak makan free..!”
Omelan Umairah kedengaran di telinga ibu mentuanya. “Siapa nak makan free, Maira?” 
“Ala, dia tu lah! Pantang ayah ajak aje, ter....” 
“Dah siap ke, Nur? Kita ada tamu ni.” 
“Tamu?” Hajah Nurain segera menatap wajah menantunya. 
Siti Umairah menghela nafas sebelum memberitahu, “Maira balik dengan ketua Maira, mak. Dia hantar sampai depan rumah. Bertembung ngan ayah tadi. Tak sangka pulak bila ayah ajak makan, terus aje dia nak! Tak malu betul dia tu!” 
“Hisy, kamu ni! Apa salahnya kalau dia sudi? Oh, itu yang mulut tu dok terkumat-kamit tu? Mak ingatkan dok berzikir, rupa-rupanya mengumpat bos kamu. Hehe..” 
Merah padam wajah Umairah diperli oleh ibu mentua. 
“Dah, mari tolong mak! Tukar pinggan elok sikit. Jom!” 
Umairah ketawa juga akhirnya. Kelakar melihat telatah Hajah Nurain yang tetiba sahaja mahu menggunakan set pinggan mangkuk yang baru. Namun dia tidak pula berkata apa-apa. Dia sudah sebati dengan sikap ibu mentuanya ini. Kalau boleh, semuanya hendak dilihat sempurna di mata. 
Sepuluh minit kemudian, semuanya sudah tersedia. Sudah terhidang. Helmi kini sedang berdiri di tepi meja. 
“Apa kabar, makcik?” tegurnya. “Hmm, nampak sedap ni. Kecur liur saya dibuatnya.” 
Adui!! Pandainya nak ambil hati. Kata hati Umairah. Menyampah! 
“Kalau tau Maira nak bawak balik ketua dia tadi, boleh makcik masak sedap sikit!” 
Isy, dia pulak yang salah? Ada-ada aje mak ni. bentak di hati. 
“Saya kenalah hantar dia balik, makcik. Dah malam sangat! Nak dibiarkan naik bas, risau pulak! Nanti tak boleh pulak saya nak lena. Maira ni ha, bukannya tau nak telefon saya kalau dia dah selamat sampai kat rumah.” bebel Helmi.
Bulat mata Umairah menatap wajah selamba Helmi Qushairi. Hati meradang. Dia mendengus marah. 
‘Cakap macam gitu pada mak ngan ayah? Tak sekolah ke apa? Saje aje nak bagi diorang salah sangka! Eeeii, geram! Geram!’ 
“Maira? Nak ke mana tu?” 
Tanpa sedar, rupa-rupanya Umairah sudah berdiri.   
“Aaaa,  Maira nak masuk bilik, mak. Maira tak nak makanlah. Dah kenyang.” 
Dahi Helmi sudah berkerut-kerut. 
“Kenyang? Maira mana ada makan apa-apa? Ada tidak pun, bubur yang abang belikan tadi tu aje!” 
Suasana hening di ruang makan itu menyedarkan Helmi akan sesuatu. Aduh! Dia sudah tersilap cakap? Itulah! Terlajak kapal ke, kereta ke, motor ke, bolehlah undur! Ini bila dah tersasul menyebut perkataan ‘abang’? Apahal? Patutlah Siti Umairah menjegilkan sepasang mata terhadapnya. Si ibu mentua kelihatan amat terkejut. Hanya si ayah sahaja yang selamba bagaikan tidak mendengar apa-apa. 
Sambil menelan liur, Helmi cuba membetulkan keadaan, “Makcik, pakcik. Sebenarnya, saya dengan Umairah ni dah lama kenal. Sejak dia lahir lagi, saya dah selalu dukung dia.” 
Umairah mengetap bibir. 
‘Pulak dah! Bila masa aku di dukungnya? Ehhh, ada ke ha? Betul ke? Eeii, kalau betul? Malunya!’ 
Haji Abas dan Puan Nurain memandang wajah Helmi penuh tanda tanya.
Sambil tergelak kecil, Helmi menyambung, “Saya ni, anak kepada pemandu Tuan Haji Ramli. Emak saya pulak tukang masak ibu Umairah ni. Dari kecik, Tuan Haji tak pernah membeza-bezakan saya dengan anak-anaknya. Malah bila ke sekolah pun, saya disuruh naik kereta sama-sama dengan Akif, abang Umairah ni. Umur kami sebaya. Kami kawan baik.” Merenung wajah wanita di hadapannya, dia menyambung, “Budak ni dulu masa dia kecik, pantang nampak muka saya. Ke mana saya pergi, dia mesti ikut.”
Umairah mencebik. Ibu dan ayah mentua ketawa. 
“Sepuluh tahun lepas, saya tinggalkan Umairah dan keluarga dia. Masa tu emak dengan abah saya baru meninggal. Saya rasa diri saya jadi beban pada semua orang waktu tu. Lama saya pergi. Tuan Haji jumpa saya dua tahun lepas, ajak balik. Ajak saya kerja dengan dia. Saya terima dengan syarat, saya tak masuk ofis kat KL. Itu yang dia hantar saya ke Pulau Pinang.” 
“Alhamdulillah! Hati pakcik dah seronok dah. Sekurang-kurangnya, dah ada yang tolong tengok-tengokkan Maira kat ofis tu.” 
“Ala ayah ni, Maira bukan budak kecik. Lagi pun, itu kan syarikat Tuan Hj Ramli, ayah Maira? Apa pulak yang nak dirisaukan?” Umairah bertanya dengan sepasang mata yang mengecil, tanda dia tidak suka dirinya menjadi topik perbualan. 
“Sebab Maira tu bukan budak kecillah, ayah risau.” balas Haji Abas tenang.         
“Ayah, ayah asyik bercakap, nasi dalam pinggan tu pun dah nak habis. Ayah nak tambah ke tak nak ni?” Umairah sengaja mengalihkan perhatian ayahnya.           
“Ha,ah! Seronok berbual, sampai lupa nak tambah nasi. Eh, tambah lagi nasi, encik. Kenapa berhenti?”     
“Cukuplah, makcik. Banyak lagi ni!” Helmi menjawab pertanyaan Hajah Nurain. Ketika itu sepasang matanya terpandang gambar perkahwinan Umairah dengan Amir yang melekat di dinding. Kali pertama dia merenung gambar lelaki yang berjaya memiliki sekeping hati Siti Umairah. Hati tetiba merasa sebak bila melihat wajah jelita di sebelah Amir. Wajah yang kelihatan sungguh bahagia. Sungguh ceria. Sungguh gembira. 
Rasa sebu menghimpit dada. Kebahagiaan yang terpancar di wajah Umairah membangkitkan rasa cemburu yang teramat dalam dirinya kepada lelaki dalam gambar itu. Hatinya bagai ditusuk sembilu! Pedih, marah dan geram bercampur baur. Marah kepada dirinya yang pengecut kerana pergi meninggalkan Umairah di saat cintanya berputik. Marah kepada diri sendiri kerana takut berterus terang. Marah kerana melepaskan Umairah kepada yang lain....
....................................................................................................................................................................
Siti Umairah tidak dapat hendak melelapkan mata. Kata-kata ibu dan ayah mentuanya masih terngiang-ngiang di telinga. 
Waktu itu sudah terlalu lewat. Dia terjaga dari tidur dan berasa dahaga. Dia ingin ke dapur untuk minum. Rupa-rupanya, ayah dan ibu belum tidur lagi. Kedua-duanya masih berada di ruang tamu. Di situlah Umairah mendengar...           
“Saya sedih, bang.” 
Haji Abas menatap wajah sayu isterinya. Perlahan-lahan tubuh tua itu ditarik mendekat. “Kenapa?” tanya dia. 
“Maira...” 
Tersentap jantung mendengar namanya disebut. 
“Sampai hati Maira tu! Amir baru mati! Dia dah bawa balik lelaki lain ke rumah kita ni. Sampai hati dia! Kubur suaminya masih merah lagi, dia dah menggatal dengan jantan lain.” 
Tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaan Umairah ketika mendengar tuduhan ibu mentuanya itu. Air mata menuruni pipi bagaikan hujan. Mulut dikatup supaya sedu sedan tidak didengari.           
“Ish awak ni! Cakap tu biar berlapik sikit, Nur! Dengar dek Maira, kecik hati dia.” Haji Abas menegur. 
“Biar dia dengar! Biar dia tahu betapa kecewanya saya ni!” Balas Hajah Nurain. 
“Kenapa awak cakap macam tu, Nur? Bukan awak tak dengar cakap si Helmi tu tadi. Dia hantar Maira balik sebab dia tak mahu Maira naik bas atau teksi. Dia nak jaga keselamatan menantu kita tu. Bukan Maira yang suruh dia hantar Maira balik.” Suara ayah mertua membela dirinya kedengaran. 
“Memanglah! Tapi kalau tengokkan gaya si Helmi tu, nampak sangat dia sayangkan Maira. Itu yang saya tak suka!” 
“Kan dia dah bagi tahu dia tu siapa? Diorang dah lama kenal, Nur. Dah macam adik beradik." 
Hajah Nurain menjegilkan mata. “Abang suka ke Maira kahwin dengan budak tu? Bang, Maira tu menantu kita. Bini Amir. Saya...” tangisnya. 
Haji Abas membisu, membiarkan isteri meluahkan rasa dengan menangis. Dia amat memahami perasaan isterinya kerana dia juga takut kehilangan Umairah. Bimbang Umairah akan pergi meninggalkan mereka berdua sekiranya dia dan Helmi dijodohkan. Sunyilah hidup mereka nanti! Bagaimanapun... 
“Nur, Maira pernah jadi menantu kita. Sekarang ni, dia anak perempuan kita, ingat tu! Anak perempuan...satu masa bila kahwin dia tetap pergi duduk dengan suami dia. Satu masa, kita tetap akan ditinggalkannya. Anggap, Allah pinjamkan dia sekejap pada kita untuk mengubat luka dan sedih kita bila Amir meninggal dunia. Tapi, sampai bila kita nak tengok Maira asyik bersedih, meratapi kematian suami dia? Sampai bila kita nak biarkan dia sorang-sorang? Abang rasa, dah tiba masanya untuk Siti Umairah hidup semula. Bergembira dan jatuh cinta. Kahwin dan berkeluarga.” 
“Tapi?”
“Kita doakan aje! Doakan kebahagiaan Maira. Ingat, Nur. Maira dah banyak berkorban untuk kita. Biarlah, kali ini, kita pulak melepaskan dia. Itu hak dia untuk mencari bahagia.” 
Umairah menangis teresak-esak bila mendengar kata-kata ayah mentuanya. Sesungguhnya, dia tidak menyangka sampai begitu sekali Haji Abas mengambil berat tentang dirinya. Sesungguhnya, malam ini, dia menyedari bahawa dirinya amat beruntung. Ya, dia sudah kehilangan Amir. Memang benar, suaminya sudah pergi meninggalkan dirinya. Tetapi, di sekelilingnya, masih ada yang menyayangi setulus hati. Contoh terbaik ialah ibu dan ayah mentuanya ini. Belum lagi menyebut tentang umi dan ayahnya sendiri. 
Dan....Helmi! Ya, Helmi! Lelaki itu juga inginkan cintanya. Lelaki itu juga menyintainya. Tapi, sejak bila?  

Ulasan

  1. wah sofi... bikin mata sy berkca-kaca gitu!! huhuhu.. nice one!! next... :D

    BalasPadam
  2. hohoho...
    x sngka mak n ayah mertua maira bgitu sygkan dia...
    trharunya sy...
    ada jg org mcm 2...
    helmi tawan la maira ngn cnta awk 2...
    jgn lpskn dia lg...
    hehehehhehe....

    BalasPadam
  3. haahh.. i am speechless..maira2..helmi, jangan putus asa..teruskan usaha!..

    BalasPadam
  4. assalamualaikum.

    missnera, awat tu? sedih ka?
    epi, kebaikan ada di mana2.
    nomie, mmm, helmi x kenal erti putus asa.
    maira tanya bila cinta helmi berputik untuk dia? dia pulak? apakah amir cinta pertamanya? tungguu....

    cheerio.

    BalasPadam
  5. wa..
    sofi cam complicated je..

    BalasPadam
  6. Maira, kasi la peluang kat Helmi.. =)

    BalasPadam
  7. salam,
    nik...x de complicated, biasa aje

    misz nana...insyaAllah

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…