apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

19.1.10

42. Sehari di hospital




Assalamualaikum.

Sekarang pukul 5.30 pagi. hari selasa. Tadi, aku terjaga jam 4 pagi. Semuanya akibat memakan dam meminum ubat demam selsema yang aku hidapi. Sepanjang hari ahad dan isnin, tak dapat nak pegang komputer sebab terlampau sakit. Sekarang dah ok sikit..Almaklumlah doktor bagi mc 2 hari, hehehe. Tapi kalau tak dapat mc, haru juga sbb suara dah jadi itik serati..Kuek, kuek, kuek...haha.
Semalam waktu ke klinik, baru aku sedar bahawa sebenarnya, ramai orang yang sakit. Iyalah, kan. Bila kita sakit, kita ni nak marah-marah aje. Serba tak kena. Tapi di klinik, tengok mereka yang sama-sama tak sihat, insaflah jugak! Bukan kita aje yang tak sihat. Bukan kita aje yang sakit. Malah ada yang lebih teruk lagi! 
Begitulah kita....


Kadang-kadang kita lupa. Apa aje yang menimpa kita, baik senang, susah, gembira, ketawa, marah, benci, ujian tu!!! 
Dah banyak orang, tentu banyak ragam, kan? Mata aku ni pulak, pantang aje nampak sesuatu yg boleh dijadikan bahan..hehe. 
1. Tentang satu pasangan ni. Baru kahwin kut..Rasa-rasanyalah...sebab si isteri sedang mengandung. Kalau dah lama kahwin, mesti ada anak-anak lain diheret sama-sama. Ini tidak, mereka berdua aje. Tapi yang aku nak kongsi kat sini tentang sikap suami itu. Ada ke patut dia jalan nun jauh di depan, tinggalkan si isteri terkedek-kedek berjalan sorang-sorang kat belakang. Adui, terkial-kial si isteri ni hendak melintas jalan, Yang si suami pulak marah-marah dari seberang sini. Mak aiii, geramnya aku. Masa bercintan cintun, lautan api sanggup direnangi? Ini? Melintas jalan pun isteri tertinggal kat belakang. Apahal? 
Kata suami aku yang turut melihat, kasih sayang tak perlu nak tunjuk. Yang ni aku bantah. Kasih sayang perlu ditunjuk cuma janganlah berlebih-lebihan. Sederhana aje, isteri tak kisah pun. Tapi memang klise lelaki Malaysia amnya, lelaki Melayu khasnya, bersikap tidak mengendahkan pasangan seperti suami tadi. Betul, kan? 
Teringat aku kepada kata-kata seorang pensyarah waktu aku belajar kat utm dulu. Dia kata, "Nak bezakan antara pasangan suami isteri dengan pasangan kekasih mudah aje... tengok masa nak lintas jalan. Kalau peluk beria-ia tu maknannya belum kahwinlah tu! Tapi kalau jalan jauh-jauh hampir sebatu, itulah pasangan suami isteri." Hmm, sekarang baru aku mengakuinya. Memang pun!
2. Berbual-bual dengan seorang ibu tua, Dah 72 tahun umurnya tapi masih kuat orangnya. Mungkin kerana dia masih kuat, dia dihantar oleh anaknya ke hospital sebelum si anak terus pergi ke tempat kerja. Aku ni memang sensitif, kut. Melihatnya sendirian gitu, aku jadi sedih. Dalam usia selewat itu, semuanya diuruskan sendiri. Mendaftar, berjumpa doktor, mengambil ubat malah nanti, baliknya pun naik bas sahaja sebab si anak dah masuk kerja. Aku terfikir-fikir jugak. Tidakkah boleh anak itu pergi ke ofis, mintak izin keluar semula untuk mengambil ibu dan menghantarnya pulang? Ala...kalau boleh curi tulang pada waktu minum pagi atau makan tengah hari, kenapa tak boleh curi masa sikit untuk seorang ibu? Tak kesian ke dalam hati mengenangkan ibu yang terpaksa naik turun bas dan berjalan kaki balik nanti? MasyaAllah!
3. Seorang ibu dan seorang anak, berbangsa India. Si anak dalam lingkungan umur 13 tahun. Agak degil budaknya. Bila misi nak ambil tekanan darah, mati-mati dia tidak mahu menanggalkan jaket yang dipakai. Misi dah tarik muka masam. Tapi yang aku nak cerita ni tentang si emak. Bila si anak buat perangai, dia pun tunjuk taring. Terus sahaja dilepuk anaknya itu. Aduhai! Anak tu kan dah besar? Tentulah malu dibuat begitu. Kut ia pun nak mengajar anak, bukan di khalayak ramai, kan? Balik rumah nantilah!
Ok, cukup sampai di sini, ya. Kepada peminat "Terasing" aku nak mintak maaf banyak-banyak. Belum dapat mood nak menyambungnya, hehe. Tunggu, k.
cheerio.   

3 ulasan:

  1. mmg tapikal malaysian jenis payah nk tunjukkan kasih sayang berbanding mat2 n minah2 saleh...
    suka tgk mat saleh yg still loving couple wpun usia dah lanjut..

    BalasPadam
  2. get well soon Kak Sofi..Nomie pun dalam stage nak demam, tak demam..sabar jelah ye.

    BalasPadam
  3. salam.

    betul tu, me insan biasa. kl pasangan mat saleh, dah umur 70 tahun masih berpegang tangan lagi, kan? org melayu kn ubah persepsi. bukan kita nak mengada-ngada tp ingin dimanja, setuju?

    nomie, sakit sungguh tekak sofi, hehe. lagi telan ubat batuk, lagi terbatuk-batuk. kenapa ya?
    tapi iyalah, sabor aje. dugaan!

    cheerio.

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.