Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2010

Abang mekanikku

1 “Woi! Camne ni? Hari dah gelap. Jalan ni pulak dah lengang. Aku takutlah, Aira.” Noli merengek. “Kau ni betul ke dah call mekanik tu? Nape dia tak sampai-sampai lagi ni? Eeiii, kalau aku tahu nak jadi gini, sumpah! Aku tak naik kereta kau ni. Nama aje kereta BMW. Baru lak tu! Tapi tak leh pakai! Rosak! Ada ke patut.....”

“Eh, makcik! Kau boleh tolong aku tak?”

“Tolong?”

“Ha, ah! Tolong diam! Tak habis-habis membebel dari tadi! Pot pet, pot pet! Kau ingat, kau sorang aje yang susah hati? Yang takut? Nape? Aku ni budak jantan ke? Hero?Tak takut mati?”

Aira Syuhada binti Tan Sri Fahmi sudah naik angin. Terkulat-kulat wajah Norlia, sahabat baik yang dipanggil Noli itu dimarahinya. Terus diam, tidak berani membalas. Noli tahu, kalau wajah Aira sudah merona merah, alamatnya ribut taufan akan melanda. Silap haribulan, mahu dia ditinggalkan Aira keseorangan di tepi jalan yang lengang ini nanti.

“Yang uncle Tony ni pun satu. Dah dekat sejam dah, bayang mekanik dia tu pun tak sampai-sampai lagi. Ta…

43 akhirnya, TMKH akan....

assalamualaikum. isnin 25.1.2010, hari yang membawa berita gembira buat seorang sofi.  alhamdulillah, akhirnya berita itu aku  terima juga setelah hampir 2 3 bulan menunggu. hehe, aku yakin semua sahabat pun tahu apa yang aku maksudkan.  iya, akhirnya, penantian kita bersama sudah berakhir.  sahabatku semua, insyaAllah, tak mampu ku hindari akan diterbitkan. maksudnya, tmkh akan dihasilkan dalam versi cetak. penerbit?  oh itu? aku rahsiakan dulu, k! cukuplah sekadar berkongsi bahawa tmkh akan dikeluarkan dalam tahun ini jugak.  jadi, aku harap terjawablah sudah segala soalan dan pertanyaan tentang mengapa aku tidak menyambung tmkh yang terhenti di bab 36. sekarang ni...aku menunggu untuk mengedit ceritaku itu. tentu sahaja ada bahagian-bahagian yang perlu aku buang atau ada juga yang perlu kepada penambahbaikan. mungkin nanti, aku akan sedikit sibuk dan waktu itu akan kuranglah posting ke blog (mungkin aje, hehe!) cukup sampai di sini untuk kali ini..... cheerio. p.s: terima kasih atas sokonga…

42. Sehari di hospital

Assalamualaikum.
Sekarang pukul 5.30 pagi. hari selasa. Tadi, aku terjaga jam 4 pagi. Semuanya akibat memakan dam meminum ubat demam selsema yang aku hidapi. Sepanjang hari ahad dan isnin, tak dapat nak pegang komputer sebab terlampau sakit. Sekarang dah ok sikit..Almaklumlah doktor bagi mc 2 hari, hehehe. Tapi kalau tak dapat mc, haru juga sbb suara dah jadi itik serati..Kuek, kuek, kuek...haha. Semalam waktu ke klinik, baru aku sedar bahawa sebenarnya, ramai orang yang sakit. Iyalah, kan. Bila kita sakit, kita ni nak marah-marah aje. Serba tak kena. Tapi di klinik, tengok mereka yang sama-sama tak sihat, insaflah jugak! Bukan kita aje yang tak sihat. Bukan kita aje yang sakit. Malah ada yang lebih teruk lagi!  Begitulah kita....


Kau bukan dia 8

“Maira?”
Terhenti langkah yang diatur. Umairah segera berpaling ke belakang. Haji Abas sedang merenung dirinya. Wajahnya yang jernih sedang mengukir senyuman. Pastinya, lelaki berumur awal enam puluhan itu baru kembali dari surau.
“Ayah?” Siti Umairah menyahut. Hati berdegup-degap apabila menyedari pada masa yang sama, Helmi turut turun daripada kereta. Semakin terkedu apabila lelaki itu segera menyalami tangan ayah mentuanya. 
“Saya mintak maaf, pakcik!” Belum sempat Haji Abas bertanya, Helmi terus sahaja memberitahu, "Disebabkan saya, Maira balik lewat malam ini. Banyak yang saya mintak dia taipkan untuk saya hari ini.” 
Penjelasan diberi tanpa diminta.           
Haji Abas tertanya-tanya siapakah lelaki tampan ini? Kalau dilihat daripada tutur katanya, lelaki ini seorang yang cukup berkeyakinan. Kalau dilihat daripada gayanya, lelaki ini seorang yang berjawatan. 
Siti Umairah kalut bila ayah mentua hanya membisu. Helmi segera diperkenalkan. 
“Ayah, ini encik Helmi, bos Maira.” 
“Oh, i…

41 - air mata dan tangisan

Menjalani hidup ini bukan mudah. Onak duri yang dipijak, kalau tidak selalupun, sesekali tertusuk, aduh makkkk, amat menyakitkan! Kadang-kadang, kita tertawa besar hari ini. Namun tahu-tahu? Esoknya, air mata berderaian tanpa henti. Sesekali, hati kita membentak melihat kemungkaran yang dilakukan oleh orang lain. Tiba-tiba? Ahli keluarga kita sendiri melakukannya! Membuat kita termangu! Terpana!
Hari ini, aku ingin berkongsi dua buah cerita dengan anda semua.
Cerita pertama: Kisah seorang isteri. Aku namakan dia Z. Z menghormati suaminya. Mematuhi, menyayangi, seperti sewajarnya seorang isteri melakukan. Sikap Z tidak pernah berubah walaupun dia terpaksa berkorban wang ringgit, segala, apabila si suami tidak lagi bekerja. Bagi dirinya, meski suami tidak memberikan dirinya kemewahan seperti lelaki-lelaki lain terhadap anak isteri mereka namun ketulusan suami membantu dirinya membuat kerja-kerja rumah (sewaktu Z pergi keluar bekerja) amat dihargai.
Tapi janganlah anda fikir Z terlalu baik. …

Kau bukan dia 7

Sejak hari itu, masing-masing cuba mengelakkan diri daripada bertembung. Setiap arahan diberikan oleh Helmi secara bertulis. Setiap dokumen yang telah siap ditaip, Umairah akan meletakkan di atas meja sewaktu Helmi keluar daripada bilik itu. Tiada komunikasi mulut. Tiada pandangan mata bertembung. Diam dan bisu di antara mereka.


Tengah hari itu, Lela datang untuk mengajak Umairah keluar makan bersama-sama dengannya seperti selalu. Pada masa yang sama, Helmi muncul dan menghulurkan kepada Umairah sebuah sampul surat yang tebal. Sudah tentu di dalamnya penuh berisi dengan dokumen-dokumen dan arahan, apa yang perlu Maira lakukan.  


“Saya nak dokumen ini siap sebelum pukul lima!” arah Helmi tegas sebelum berlalu pergi tanpa mempedulikan raut wajah Umairah yang keruh. 


“Garangnya dia! Kenapa?” Lela menyoal penuh hairan. sebaik bayang Helmi hilang.


“Dia memang macam tu dari semenjak aku mula kerja dengan dia. Garang! Cakap lepas! Bossy! Apa yang hendak kau hairankan?” Balas Umairah sambil tanga…

tengok ni...

salam.
mood menukar penampilan blog sudah tiba. maka inilah jadinya. hampir sehari suntuk cuba mencari blok yang sesuai dengan jiwa. kemudian proses download and all. hehe...peninggggg dong!!!
maaf kalau anda yang berkunjung pun sakit juga kepala tu. bukan aku sengajakan. kesian korang, kan? nak buat camne? tuan punya blog sudah tidak sabar-sabar nak berubah...
apa-apapun, terima kasih kerana sudi singgah.
kalianlah pencetus idea kreatifku.
cheerio.