Langkau ke kandungan utama

tinta...

salam.
sekolah sesi 2010 akan bermula minggu depan tapi kami cikgu-cikgu sume dah ke sekolah mulai pagi tadi. 
mesyuarat le apa lagi??? 
esok, lusa pun kena pergi jugak. mesyuarat lagi. nasib baik jumaat cuti, kalau tak...mesti ada lagi mesyuarat, haha.
biasalah cam ni, kan. sekarang ni, semangat usah citer la..berkobar-kobar! walaupun masa tengok jadual tadi, hati bercakap-cakap gak... alamak, kena ngajo kelas nih? aduhhhhh! 
tapi, dah namanya cikgu!tetap memujuk hati. 
tak pe! tak pe! boleh punya! chaiyok sofi!! 
aku macam biasa tentu aje ajo maths ngan physics. dah tak boleh nak kata apa dah! itulah sabjek aku sejak dulu hingga kini. tugas-tugas lumrah seperti ketua panitia, guru kelas bla-bla-bla... pun dapat gak. hai, pihak pengurusan sekolah ni pun satu! x nampak ke cikgu ni dah veteran bebenor? bagi le rehat setahun ke? hehe! tak mahu depa. nanti pk sekolah aku tu akan jawab macam gini... 
'itulah maknanya kami amat percayakan cikgu!' 
mmmmmmm.....
aku bukan apa! risau pulak! takut tak ada masa nak blogging? 
huhu...sedih!!! 
macam mana nak buat ek? bukan sikit citer nak disambung, nak didraf, nak dikarang! 3 tu!
waduh! ada ke masa ya? 
tapi, 
demi cinta yang menyala, kurela menggenggam bara api, demi kasih pada sufiah, umairah mahupun ana, aku akan cuba mencari ruang waktu untuk menulis. 
kerana berkarya sudah menjadi sebahagian daripada rencah hidup ini. 
oh ya, ada juga yang bertanya tentang tmkh. Hmm, novel pertama aku ini masih sedang bersama penerbit. aku masih menunggu apakah ia akan dibukukan atau tidak. bila nanti aku mendapat jawapan penerbit tentangnya, akan aku beritahu hasil itu kepada anda sahabat dan teman-teman aku yang setia! jadi, buat masa ini apa yang boleh aku syorkan ialah...
ulang baca Tak Mampu Ku hindari, hehe. 
aku sendiri keresahan menanti jawapan mereka. 
ok, itu aje...
cheerio. 

Ulasan

  1. selamat mengajar cikgu..

    teringat masa sekolah dulu.. rindu plak...

    senang2 singgah la blog saya yer.. makaseh...
    http://suzannalady.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. salam, teman.

    sekolah mmg byk meninggalkan kenangan utk kita, kan. sofi pun camtu, gak. dr jd murid sampai jd cikgu, ada2 aje yg indah, dan rencam lainnya.

    insyaallah, sofi nak gak lawat laman blog lady sue. akan link ngan lady sue, k.

    cheerio.

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…