Langkau ke kandungan utama

terakhir 2009...baca! jangan tak baca....

nak ketawa pun ada
tapi lebih kepada nak nangis sebenarnya..
nak tau kenapa?
post yang aku dah tulis dengan penuh perasaan hilang entah ke mana.....
so...inilah gantinya
aku cuma nak ucap terima kasih kepada penulisan2u khasnya encik muzri, Qimi08 (kak noor), fisha (minniecomel), kesengalan terserlah, zakiah aka atiqah saffiyah, terataibungaindah, missnera, nomie, misz nana, miz ruha, sally, cik applemint (yang dah lama menyepi), pemilik blog resepirahsiaku (hehe..sayang awak!), hayatito dan lain-lain.......
yang aku tak senaraikan, jangan kecik hati, ok! 
aku sayang kalian kerana kalian memberi jiwa kepada luahanku. 
sesungguhnya, menulis di luahan memberi kepuasan kepada diri ini dan aku harap apa yang kucoretkan dapat memberi sesuatu kepada anda, tak kiralah sama ada ia mengisi masa lapang anda, sama ada ia membuat anda ketawa, suka atau menangis  mahupun ia membuat anda marah atau terasa hati.
selamat tinggal 2009 dan selamat datang 2010.
cheerio.

Ulasan

  1. salam sofi...

    haha... sama la.. pernah dah taip berjela-jela bila nak post n3 jer,.. broadband wat hal.. terus hilang..


    btw..
    selamat tahun baru dan selamat kembali ke dunia pendidikan!! but blog jgn lupa update!! hehe

    (sya selalu menjadi silent reader shj sbb xreti nak komen karya org macam mana!!)

    BalasPadam
  2. salam sofi...

    haha... sama la.. pernah dah taip berjela-jela bila nak post n3 jer,.. broadband wat hal.. terus hilang..


    btw..
    selamat tahun baru dan selamat kembali ke dunia pendidikan!! but blog jgn lupa update!! hehe

    (sya selalu menjadi silent reader shj sbb xreti nak komen karya org macam mana!!)

    BalasPadam
  3. salam,
    ni kiraq dah komen le ni. ok jek! cheerio.

    BalasPadam
  4. saya biasa save dulu dalam thumbdrive, kemudian copy paste ke blog. kalau broadband wat hal, takdelah timbul problem hilang lenyap melainkan terdelete yang kat thumbdrive tu. hehehe

    BalasPadam
  5. salam.

    idea dtg dah lewat, so ingat tulis terus kat new post. then masa dah edit, cantik punya...tiba2 broadband buat hal...aduhhh..
    pasrah aje le, kan.

    hehe.

    BalasPadam
  6. salam sofi...

    selamat tahun baru.. azam tahun baru lagi byk post cerita.. huhuhu..

    happy new year.. ^_^;

    from dublin with luv,
    zakiah aka atiqah saffiyah.

    BalasPadam
  7. mama..may the upcoming decade will be the best years for all of us..

    semoga penulisan mama dapat berkembang lg..and mana tau dapat rezeki lebehhh..hehe

    BalasPadam
  8. salam zakiah aka atiqah saffiyah,

    haha, penangan tahun baru 2010...br tahu anda serupa. thanx sbb selalu komen dan dtg tanpa jemu ke luahan, wahai teman.

    salam hayatito,

    ya semoga 2010 lebih baik daripada 2009.
    chaiyok!!!


    cheerio.

    BalasPadam
  9. Hepi new year 2010..terus berkarya..walaupun sibuk..semoga berjaya hasilkn citer yg kaw2 punyer..

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…