apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

14.12.09

ke mana menghilang.....

Assalamualaikum.
Kepada sahabat-sahabat, rakan dan teman-teman....
Pernahkah terlintas di fikiran anda bahawa suatu masa, orang yang paling anda sayang akan menjadi seorang yang paling anda benci?
Pernahkah terlintas di fikiran anda bahawa suatu hari cinta anda kepada si dia akan hilang?
Pernahkah terlintas di fikiran anda bahawa suatu waktu kasih sayang yang luhur kepada suami akan bertukar menjadi kosong dan hambar?
Pernahkah?
Pernahkah anda terfikir bahawa anda akan berpisah dengan suami? 
Pernahkah anda menyangka bahawa perkahwinan anda yang bahagia akan berakhir?
Pernahkah?
Aku tertanya-tanya soalan ini kepada diriku, kepada dia dan kepada Tuhan. 
Kawan-kawan,
Bukan aku! 
Alhamdulillah, perkahwinanku yang menjangkau usia 24 tahun ini masih bahagia. Alhamdulillah, perkahwinan yang kami bina bukan atas dasar cinta pada mulanya, masih mampu kami pertahankan. Alhamdulillah, kasih dan sayang yang sama-sama kami pupuk selepas berkahwin, masih segar hingga sekarang dan doa kami suami isteri, agar rumahtangga kami ini akan begini sehingga nafas kami yang terakhir. 
Bukan mudah hendak ketawa sentiasa selama 24 tahun. Tidak juga untuk tersenyum, mahu pun untuk bersenda gurau. Sesekali, pasti ada rajuknya. Sesekali, pasti ada kemarahan. Sesekali, pasti ada rasa sakit hati malah benci, geram, menyampah.... segalanya!
Senyuman, pelukan, ciuman, kucupan, dakapan, keintiman ....... itu wajib antara suami dengan isteri.
Marah, kelahi, nangis, masam muka, rajuk ..... itu juga pasti berlaku
Kata pujangga, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Kawan-kawan,
Aku tidak pernah menerima bunga daripada suami baik sewaktu menyambut hari lahir atau sewaktu menyambut anniversary.
Aku tidak pernah mendapat kad ucapan selamat di setiap hari lahirku, tidak juga aku memberikan dia.
Tidak ada panggilan ayang, hubby, anje, lover, sweetheart, whatever lah. Tak ada!
Yang ada?
Rasa hormat ini.
Rasa memerlukan ini.
Rasa  ini...
Tapi kelmarin?
Seorang yang aku amat rapat inginkan perpisahan daripada suaminya.
Kawan-kawan,
Janganlah!!!!!
Janganlah ingat air yang tenang itu tak ada buaya.  
Siapa menyangka...
Dia yang sudah berkahwin selama 12 tahun tidak mahu lagi kepada suaminya?
Aku? 
Tak pernah terlintas di fikiran. 
Macam mana nak percaya kalau selama ini mereka berdua ku lihat amat bahagia. Macam mana tak terkejut kalau selama ini ku lihat mereka bergurau senda, bermesra, berkasih sayang mengalahkan aku dengan suami.
Macam mana tidak kehairanan bila merekalah pasangan paling romantis yang aku kenal? 
Macam mana?
Sungguh...
Terlopong aku mendengar kata-kata marahnya kepada suami. Kemarahan yang terpendam selama ini. Kemarahan yang menunjukkan betapa dia memendam perasaan selama bertahun-tahun. Kemarahan yang tidak bersempadan. Kemarahan yang asalnya sekam telah berubah menjadi api yang marak menyala.
Sungguh, 
Terkedu aku mendengar luahan perasaannya. Dimuntahkan semua sehingga, aku rasa, tak ada apa yang berbekas lagi di hati. Diceritakan segala sehingga aku tertanya-tanya, betulkah? iyakah? logikkah? patutkah?
Betapa selama ini batinnya amat terseksa. Betapa selama ini dia makan hati dengan perbuatan-perbuatan suaminya. Betapa selama ini jiwanya amat tertekan. Betapa selama dua belas tahun dia pendamkan!
Menangis dia, menangis jugak aku! Menangis dia, menangis jugak suaminya. Berkali-kali suami memohon maaf. Meminta ampun, namun hati yang sudah terluka itu?
Aduhai....
Kerasnya bagai kelikir. Tidak mahu dia menoleh ke belakang lagi. Dia sudah nekad! Jangan dipujuk lagi, dia tidak mahu.
Pagi ini, ketika aku sedang menaip di sini, aku sedang menunggu panggilan daripada suami. Pesanku kepada suami sebelum dia pergi tadi, ialah, aku hanya ingin mendengar dan tahu, di mana suamiku berada. Kalau dia berada di Pejabat Agama, bererti, lerailah ikatan pasangan suami isteri itu. Pujukan kami terhadap mereka semalam, sia-sia. Nasihat kami kepada mereka semalam, tidak berbekas!!!
Ketawalah syaitan. Ketawalah sepuas-puasnya. Kerana, sebuah ikatan perkahwinan yang sah, sudah berjaya dirobohkan!
Kenapa, ya? 
Semalam, aku tanya dia. 
Jauh di sudut hati itu, tidakkah ada tertinggal walau sebesar zarah rasa sayang kepada suaminya?
Apakah hanya ada benci? Meluat? Menyampah?
Tidakkah kasihan melihat anak-anak yang masih kecil?
Tidakkah ada ruang kemaafan langsung?
Dia diam. Dia bungkam. Dia membisu seribu bahasa.
Pagi ini, ada sedikit kesalan di hatiku. Kufikir, kalaulah aku tidak campur tangan dalam urusan rumah tangga dia, mungkin mereka berdua boleh berbaik semula. Pujuk suamiku, hubungan aku terlalu rapat dengannya untuk aku membiarkan sahaja. Ya, mungkin ini takdir. Satu pengajaran untuk aku, suami jugak untuk semua pasangan suami isteri di luar sana. 
Berkomunikasilah! Bercakaplah! Luahkanlah jika ada yang terbuku dalam hati itu kepada pasangan masing-masing sebelum luka menjadi kudis. Sebelum bara menjadi api. 
Sebelum terlambat!!!!!

5 ulasan:

  1. Salam..

    Dulu sy pun mcm tu.. selalu memndam aper yg terbuku di hati.. segale ketidakpuasan di hati di biarkan bersarang di hati tetapi perkahwinan mengajar sy menjadi seorang yg berterus terang.. memang seksa bile banyak yg kiter pendam dlm hati.. tp nasib baik dpt sorng suami yg mengajar sy erti indahnyer berterus terang dlm ape jua keadaan.. Permulaannyer tu susah tp bile dah lame kite akan biase.. Moga2 perkahwina teman tu masih boleh diselamatkan..

    BalasPadam
  2. salam ena.

    sofi tengah sedih ni. dia benar2 nak berpisah. begitu tega dia ke pejabat kadi, ingin benar mendengar suaminya melafazkan talak.
    entahlah....

    BalasPadam
  3. salam sofi.. betullah bagai dikata, jodoh ajal maut di tangan Tuhan..bila habis jodoh maka terbarailah ikatan. Kalau sudah tersurat di loh mahfuz..apa yang diperlukan cuma penyebabnya sahaja.

    BalasPadam
  4. komunikasi memang penting tapi bagaimana berkomunikasi supaya ia menjadi satu komunikasi yang berkesan itu lebih penting.

    12 tahun bukan satu jangkamasa yang pendek. saya percaya kawan sofi dah tak boleh tahan sangat dah dengan apa yang terjadi sebab tu dia nekad. wallahua'lam.

    saya memang seorang yang berterus terang dan kadang2 orang tak suka dengan saya disebabkan sifat ini. Yang penting niat saya baik. Taknak cakap belakang-belakang dan taknak simpan-simpan.

    BalasPadam
  5. salam.

    nik, takdir Allah menghendakinya begitu. terimalah!

    yunix, lebih baik berterus terang dan menyakitkan hati pd masa itu jugak berbanding mengumpat atau memendam rasa.

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.