Follow Us @soratemplates

17.10.09

sabarlah menanti.........

salam.

jumpa lagi kita, ya? alhamdulillah! rasa lama benar tak ke sini. kenapa? ada masalah ke? hai, kalau tak ada musibah, bukan hidup namanya.

kalau tak hantar post maknanya apa? senang aje jawapannya tu! internet kong! hmm, betullah tu! 

rasa macam nak nangis. rasa macam nak marah tapi tak tau nak marah siapa. rasa macam nak menjerit. oh, ya! macam-macam rasa!

tapi, kesabaran mengatasi rasa marah itu dan sabarku menang. akhirnya, segalanya kembali pulih. dapatlah aku menulis semula! lega.................

hari ini aku nak menulis tentang satu perkataan iaitu 'sabar'

dari dulu, aku sering dengar orang berkata, "sabar itu separuh daripada iman!" sampai kini pun, ia bagaikan suatu ayat yang sinonim dalam hidup kita semua. 

bila orang marah kita, ibu dan ayah akan cakap, 'sabar, biarkan si fulan tu. nanti senyaplah dia!'.

bila orang usik-usik kita, kawan kita nasihat, 'ala, sabar ajelah!, si fulan tu memang macam tu!'

bila kena reject, kita pujuk hati kita, 'tak apalah. dah memang bukan jodoh aku ngan si fulan tu, nak buat camne? terpaksalah sabar dan tabah menerima penolakannya walaupun rasa malu... lagi pun, dah takdir!'

kesimpulannya, orang yang sabar adalah orang yang boleh dikategorikan dalam kumpulan yang baik, disukai sesama manusia dan disayang Yang Maha Esa. 

sesungguhnya, kesabaran sangat penting sifatnya. sabar bukan bererti tunduk mengalah tetapi diam berhemah. sabar bukan bererti takut tetapi sekadar merelakan dengan niat untuk tidak bermusuh. sabar bukan bermakna kita ni pengecut tetapi mencuri peluang untuk menjadi berani kerana menegakkan kebenaran. 

tapi...sebagai manusia, kesabaran kita terbatas juga. kalau asyik-asyik terkena, dengan orang yang sama, bolehkah bertahan? kalau asyik-asyik kesalahan kita dicari dan dihebohkan, selama mana mampu ditanggung? 

bimbang, satu hari... gunung berapi akan meletus! boleh dibayangkan tak, panas lavanya? boleh didengari tak, bingit deburannya? boleh dirasakan tak, bahang letusannya? 

hmm, tentu ramai yang mengangguk-angguk di luar sana. tentu ramai yang kata, no..diri mesti dibela. jangan biarkan orang pijak kepala kita. tak boleh! fitnah mesti diperbetulkan. perkara yang tidak benar tentang kita, perlu diperbaiki, biar semua orang tahu kebenaran. sabar pun ada hadnya!

entahlah, tepuk dada, tanya selera, kata orang-orang tua (tapi, kebelakangan ini dah banyak ditukar oleh genre muda; ada yg kata, tepuk dada tanya hati le,.ada pula yg kata, tepuk dada..tanya sakit tak? isk...macam-macam, ya!)

pendapat aku? dah tua ni..aku dah cool...hehehe. kalau masa muda-muda dahulu? entahlah! mahu bertegang leher jugak, kut! tapi, aku rasa, kan, selagi seseorang boleh dan mampu bersabar, pertahankanlah! kalau tidak...susah lo! 

bayangkan, jika seorang wanita berkahwin dengan seorang lelaki kaki judi. duitnya sentiasa hilang disapu oleh suaminya. jelas kalau dia tidak sabar, alamatnya bertambahlah bilangan ibu tunggal dalam malaysia ini. 

hah, tu ramai yang kata aku ni dah mengarut! ada ke nak bertahan dapat suami sebegitu?

kita selalu melihat sesuatu dari satu dimensi sahaja. apa yang kita nampak pada mata kasar, itulah yang kita pertikaikan. tapi, pernahkah terfikir tentang anak-anak? masa depan dan kehidupan sosial mereka? tentang ganjaran menjadi isteri yang baik kepada seorang suami yang lalai dalam menjalankan tanggungjawab di dunia dan akhirat? pergh...aku bukan ustazah, fikirkanlah sendiri!

cukuplah...aku nak gi tengok bola nih. manchester united nak lawan jap lagi. hehehe...

oh ya, bercakap tentang kesabaran dan nilai-nilainya.....

aku tak tahu bila tmkh akan diterbitkan atau apakah novel kesayanganku itu akan diterbitkan ataupun tudak. sememangnya, aku tahu ramai yang ingin tahu apakah yang akan terjadi selanjutnya tapi....itulah, sabar ye! kita tunggu sama-sama apa kata pen2u. 

harap-harap, lepas ini, tumpuan kita sama-sama berikan kepada novel ke dua iaitu cintaku satu juga cerpen-cerpen yang aku olah. 

cheerio.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.