Langkau ke kandungan utama

renungkanlah!

salam.

sekali lagi, aku masukkan post. bukan sebab aku rajin sangat, tapi kerana aku rasa nak kongsi sesuatu dengan anda semua.

kali ini aku nak bermotivasi pulak. nak kongsi isi sebuah buku bertajuk MOTIVASI MEMBURU KEJAYAAN hasil tulisan DATO' MAZNAH HAMID.

siapa maznah hamid ni?

dia terkenal sebagai the 'iron lady'

mengapakah itu gelaran yang diberikan kepadanya?

mungkin kerana dia seorang yang bersemangat kental juga kerana dia wanita pertama yang melibatkan diri dalam bidang kawalan keselamatan sebagai orang yang bertanggungjawab mengurus SECURICOR.

katanya, untuk muncul sebagai individu yang berjaya, sihat, hidup senang, bahagia serta disanjung tinggi oleh masyarakat kita perlu belajar 'menguruS diri dan hidup kita' serta mempunyai 'kepercayaan dan keyakinan yang kuat terhadap potensi dan kebolehan diri kita sendiri'.

aku amat tertarik dengan ayat berikut: 'walau dari mana datangnya kita, dari hulu mana, anak siapa diri kita ini, tidak kira bagaimana latar belakang kita sebelum ini, yang paling penting ialah APA YANG KITA BOLEH JADIKAN DIRI KITA INI PADA AKHIRNYA!'

bahawa sesungguhnya, orang biasa atau orang kebanyakan atau sesiapa saja boleh menjadikan diri mereka sebagai seorang yang berjaya dan ternama sekiranya mereka berusaha mengenali diri sendiri, di tahap mana mereka berada ketika ini, mengetahui kekuatan dan kelemahan lalu mengubah diri, sikap dan pemikiran. KESEDARAN DIRI UNTUK BERUBAH ADLAH KUNCI KEPADA SEGALA KEJAYAAN HIDUP.

ya, semuanya bermula daripada sikap (attitude dalam bahasa inggeris). bukan senang! ini kerana sikap kita sekarang sudah sebati dengan diri kita.

misalnya, kalau kita berumur lima belas tahun dan kita ni agak malas orangnya, mandi pun bersuruh....aduh bukan mudah hendak menukarnya! sudah menjadi satu habit...nak menukar habit ini perlukan kekuatan mental dan fizikal.

inilah sikap! untuk berubah (malas kepada rajin) memang perlu kepada usaha. usahalah bangun awal, lepas tu terus pergi mandi, pakai baju yang bersih kemudiannya...uruskan diri dan uruskan masa. mulakan dari muda (kecil).

perkara yang remeh temeh inilah yang perlu kita buat perubahan dahulu sebelum kita melangkah lebih jauh! jadikan kata-kata nasihat berikut sebagai panduan:

"Hari ini lebih baik daripada semalam dan yang pasti esok mesti lebih baik daripada hari ini!"

amatlah malang bagi seseorang apabila keadaan menjadi sebaliknya!

kita juga perlu ingat yang ini:

"UNTUK DIRI KITA DIHORMATI, KITA PERLU MENGHORMATI DIRI KITA DAHULU!

UNTUK DIRI KITA DISAYANGI, KITA PERLU MENYAYANGI DIRI KITA DAHULU!

UNTUK DIRI KITA DIHARGAI, KITA PERLU MENGHARGAI DIRI KITA DAHULU!"

terserah anda untuk mentafsir.

cheerio.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…