apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

12.10.09

korea VS melayu?

salam.
semalam hari ahad. kira-kira jam sembilan malam, aku bercadang untuk merehatkan minda setelah seharian buat itu dan ini. bukanlah penat manapun, cuma kebetulan memang aku dah lama tidak menonton drama / cerita di televisyen. lepas satu, satu, siaran astro itu aku kalih. tidak ada yang menarik minatku sehingga aku tiba di saluran 303.
mungkin ramai yang sudah mengulum senyum. siaran 303, huh? ya, drama-drama korea adalah drama-drama terbaik yang pernah dan sering aku tonton. memang bukan semuanya ok, tetapi, bagiku, apapun pandangan orang lain, aku tetap antara peminat fanatik drama-drama dari negara asia timur ini. 
bagaimana dengan drama melayu? oh....ada juga yang menarik minatku tetapi......boleh dihitung dengan jari agaknya. 
sombongnya cik kiah, ya? eh maaflah kalau ada yang tersinggung. bukan aku tak suka drama melayu ni, salah tu! aku suka...cuma, kadang-kadang aku berbulu tengok pelakon-pelakon yang 'terlebih sudah' dalam memainkan peranan dan watak mereka. Belum masuk bab pakaian yang dipakai oleh pelakon perempuan melayu yang beragama islam itu, yang rata-rata boleh diklasifikasikan sebagai 'berkemban!' lagi satu...bila bercakap pula..asyik menggunakan bahasa inggeris. kalau betul sebutannya (memang sesetengahnya bagus dan lancar) tak apalah, malangnya kadang kala nahu dan vokabulari yang digunakan itu tidak betul. sesekali terdetik juga dalam hati apakah aku sedang menonton drama inggeris? yang paling aku tak tahan, bila ada cerita-cerita yang menggunakan bahasa kesat, memaki hamun ikut sesedap mulut. sesedap dan sesuka hati penulis skrip. 
tapi, kalau cerita lakonan eja, memang aku suka. kebanyakan cerita yang dia lakonkan menarik. dan biasanya jarang menengking tak tentu fasal. sesuailah dengan perawakan wajahnya yang lembut itu. hero? rosyam noor antara yang aku minat, tapi cukup-cukuplah jadi hero bila usia dah meningkat, kan? bagilah peluang pada yang muda sikit, hehehe...
antara drama kesukaanku, sekeras kerikil. kelas gitu! tahniahlah rosyam. rosyam lagi!
antara drama yang menjadi sebutan ramai ialah nur kasih. di sekolah, kawan-kawan guru ramai yang suka giler citer ni. jadi, bila dah meniti di bibir semua orang, aku pun terkinja-kinja jugak nak tengok. so aku pun tontonlah! dalam hati, berkenanlah juga! tambahan pulak heronya tu, mmm, handsome, iya tak?
jadi, bila ke sekolah, dalam hati aku hendak isytiharlah pada kawan-kawan yang aku suka jalan cerita itu. tiba-tiba... ramai antara mereka pun bukalah pekung di dada pelakon... kata mereka, mereka boikot cerita tu dah sebab.....(tak baik diulang)
apa pendapat aku? entah? gosip-gosip ni aku tak ambil pot. tak baca pun! orang beritahu, aku dengar. bagi aku, pelakon pun manusia juga, macam aku, macam orang lain. cuma karier mengglamourkan mereka, itu sahaja. tapi terdetik juga rasa heran dalam hati. apakah bila mereka ini berlakon, menghafal skrip yang baik, menuturkan kata-kata berhikmah, tidak sedikitpun terkesan di dalam hati nurani mereka apa juga yang diaksikan itu?
sebab itu aku lebih selesa menonton drama korea. antara drama kesukaanku ialah all about eve. kisah persaingan antara dua wanita dalam merebut kedudukan dan cinta. actually..bukan perebutan pun sebab si heroin sering mengalah dan si villain pula selalu tidak puas dengan apa yang dia ada. yang aku suka sangat ialah watak heronya, si Jang Dong Gun tu, yang tegas dan berketrampilan. waduh...waduh....
lepas tu jangan lupa, jewel in the palace. memang terkesan sampai sekarang kisah perempuan ni..si Chang Jin yang bersemangat kental demi perjuangannya untuk terus kekal di dalam istana.
meneliti blog-blog penulis-penulis muda online pun, aku tersenyum lucu. ramai sungguh yang meletakkan gambar hero dan heroin korea lalu menjadikan mereka hero dan heroin dalam cerita-cerita mereka. contohnya; she's my maid? entah bila cinta bersemi? lihatlah, betapa korea dan dramanya memberi impak dalam kehidupan kita di malaysia.  
berbalik kepada drama korea malam semalam. tajuknya, terms of endearments. kisah keluarga yang menarik. tumpuan cerita kepada seorang kakak, gun-pah yang sudah berkahwin dengan seorang peguam, dan kepada adiknya, masih belasan tahun yang masih tercari-cari arah dalam hidup ini.
si kakak ni tidak punya keyakinan pada dirinya sendiri. seorang suri rumah yang devoted kepada suami dan anak. sangat menyayangi suaminya namun dalam masa sama mencurigai. paling malang, sememangnya si suami itu curang tetapi pandai mengambil hati si isteri. ada dilema, ada ketidakpuasan hati tetapi semua diluahkan tanpa perlu menengking dan mengherdik (atau memang bahasa korea ni tak tahu buat begitu, kut?)
si adik pula, bersusah payah berkorban untuk kekasih hati yang tidak tahu menghargai dirinya. bayangkanlah, dia sanggup meminjam daripada along untuk membayar hutang judi si dia. masih mahu menangis teresak-esak melafazkan kalimah perpisahan walau sudah nyata di hadapan mata kekasihnya curang. 
geram aku melihat kebodohan si adik ini. mulutku tak berhenti-henti marahkan dia semalam. rasa tidak sabar untuk menonton sambungannya yang entah bila. (aku ni ada satu kelemahan! tak tahu dan tak teringat nak tengok sambungan cerita) tahu-tahu, dah habis dah...
sebuah drama, korea ataupun melayu yang baik selalunya mampu memberi kesan kepada penonton. aku rasa, jika seorang itu boleh ketawa, atau menangis semasa menonton sesuatu cerita maka berjayalah pelakon dan pengarah serta semua yang terbabit dalam industri itu. tapi, tidak sebaliknya!
ambil contoh, mengapa SRK terkenal di seluruh dunia? jawapannya mudah iaitu cerita lakonannya mengesankan! aku masih ingat antara dialog yang diucapkannya dalam kabhi kushi kabhi gham: ketika itu dia sangat sedih kerana amitabh marah pada dia... katanya, "kadang-kadang orang asing bisa menjadi keluarga sendiri, tapi kadang-kadang juga ahli keluarga dianggap orang asing di rumah sendiri."
Jiwang karat ke aku ni? entah..tapi antara hobi aku ialah mendengar. mendengar dengan teliti apa juga yang diperdengarkan kepadaku. lagu, perbualan, dialog, drama, ya, aku suka mendengar dan kemudian meluahkannya semula untuk dikongi bersama. 
sebenarnya, cerita; baik yang ditulis mahupun yang digarap sebagai drama atau filem pasti berdasarkan kisah dalam kehidupan kita. misalnya kisah suami si kakak yang curang tadi sungguh banyak boleh kita lihat dan baca. dan kisah si adik juga! tentu berasal dari apa yang pernah dilihat, didengar atau dialami!
kepada yang menulis drama melayu, buatlah drama yang baik dan bermutu. percayalah, bukan kisah perebutan kuasa dalam syarikat, bukan rumah banglo bertingkat-tingkat, bukan juga istilah dato', datin, puan sri, tan sri yang menambat jiwa untuk menonton tetapi isi cerita itu. drama ditonton semua golongan. tua, muda, remaja dan anak-anak kecil jugak...janganlah adegan di atas ranjang ditonjolkan sangat! kurangkan jugak kisah wanita penggoda yang 'miang' (maaf, bahasa kesat sikit!). serta hendak berbunuh-bunuhan kerana harta dan perempuan. 
ewah,ewah.... tulis tak berlapik langsung! maaf, aku bukan nak tunjuk pandai. sekadar memberi pendapat. terserah anda untuk mentafsir. jangan nanti, asyik tunjuk cerita hantu...anak muda kita yang jadi hantu! jangan nanti, asyik tunjuk kisah mat rempit...makin ramai anak melayu yang merempit! jangan nanti, asyik tunjuk kisah anak-anak orang kaya yang malas dan suka berpeleseran...makin ramai di kalangan anak gadis yang ingin menjadi girlfriend mereka...sudah-sudahnya, akhlak runtuh pula.
dah banyak aku coretkan di sini. bagi yang marah-marah dan menganggap aku belot (kerana keterlanjuran ini) aku syorkan, duduk dan tonton drama korea. anda akan faham mengapa kaum hawa di malaysia begitu meminatinya!
cheerio.

9 ulasan:

  1. cte laskar pelangi best..

    theme dia:
    -budak2 kecik umo 8-12 thn.
    -cikgu 3 org.
    -sekolah dia buruk sgt2.
    -tp ank2 murid semangat sgt nak belajar.
    -sebab dgn ilmu ja hidup blh berubah.


    simple msg mcm ni pn org m'sia x blh buat.crita perangsang mcm homeless to harvard? org m'sia lg la x terpikir nk buat.

    BalasPadam
  2. laskar pelangi tu cerita apa? malaysia ke indon?

    BalasPadam
  3. Laskar Pelangi ialah sebuah karya Andrea Hirata. penulis Indonesia.Buku beliau diterbitkan oleh PTS Litera.

    BalasPadam
  4. thanx harry.
    jadi lihatlah, kalau kita mahu, memang kita boleh hasilkan drama/cerita yang baik dan menarik, betul kan?

    BalasPadam
  5. salam kak..hurm memang pon skrg dah jd fenomena korea..
    sy x taksub sgt malahan x tgk pon cter korea..
    just sks muka diorang jer,he3..
    jemputlah ke blog sy ye..

    BalasPadam
  6. qyqa,
    emm..minat muka je?
    takpelah..
    mn tau esok2 terbertembung ngan jejaka korea...
    huhuhu..

    BalasPadam
  7. hi akak,
    seronok juga ea dpt bace pendapat n luahan cte akak..
    well...xde ape nk komen tntng pendapat akak ni..
    tp cte melayu mmg mcm tu la..
    haha..i pn mmg dh terminat cte korea..dh la cte die bez..jln pn smooth je..plus hero2 pn blhn tahan..hehe...

    pape pn terus menulis.
    Hv a nice day =)

    BalasPadam
  8. salam ieda.

    ni mesti dah relax cket, kan.
    terus singgah baca kat cni, ya.

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.