Langkau ke kandungan utama

kebahagiaan

salam.
hari ini hari jumaat. penghulu segala hari. hari yang indah. 
ewah...dah bermadah-madah le pulak. tapi itu lambang kegembiraan. tanda pemberitahuan tentang rasa hati yang bahagia.
rasa hati yang bahagia? aku bahagia? gembira? ni mesti ada apa-apa nih....
yeah...berbicara tentang saat-saat bahagia bagi seorang perempuan! apakah?
inilah antara yang dapat aku catatkan:
i. saat dia mula kenal erti cinta - hmmm masa tu...aduhai, cukup menggetarkan sukma. bayangan hero pujaan tidak pernah jauh dari mata. senyuman akan tersungging di bibir dengan mekar bak delima merekah. 
ii. bila cintanya dibalas - mmm, bayangkanlah! lelaki dambaan jiwa membisikkan kata cinta. bayangkanlah, lelaki yang menjadi rebutan, hanya menjadi milik dirinya sahaja. bayangkanlah, dirinya tidak lagi bertepuk sebelah tangan, malah tangan mereka kini seganding dan seiring.
iii. saat bergelar seorang isteri kepada lelaki yang mencintai dan dicintai.- masa ini tak usah cakaplah, jiwa dan raga 'aku' serahkan....
iv. saat bergelar seorang ibu - menitis air mata gembira kerana kini lengkaplah terasa dirinya sebagai seorang yang bergelar perempuan!
jadi, apa yang menggembirakan anda hari ini? tak ada? takkanlah kut? cuba pejam mata dan fikirkan...mesti ada sesuatu yang boleh membuat anda tersenyum, iya tak?
bagi aku? mmm, inilah yang nak aku kongsikan bersama-sama anda nih.... 
sebenarnya, tak tahulah pulak sama ada berita ini juga menggembirakan anda ataupun tidak. namun sejak semalam, ia amat mengujakan aku. buat tidurku kurang lena...
ok, usah berteka teki lagi. 
wahai sahabat-sahabat mayaku sekelian, 
ketahuilah bahawa , aku tidak dapat hendak meneruskan menghantar novel pertamaku iaitu, Tak Mampu Ku Hindari. (arghh..ayat beliawanis pulak dah!) ke LUAHAN.
ok, camni! pihak penulisan 2u akan menghantar TMKH kepada penerbit untuk dinilai, itulah bunyi ayat yang aku terima daripada penulisan 2u bertarikh 8.10.2009 jam 12.45 am. jadi serentak dengan itu, segala sambungan terpaksa dihentikan seketika. 
kenapa? ada yang mengeluh ke? marah? ala....janganlah! 
arahan ni aku kenalah patuh. berjaya atau tidak novelku ini untuk diterbitkan, itu Allah punya kuasa. yang penting, kita harus beri masa untuk TMKH dinilai. takkanlah pulak aku nak terus ke bab 37 and so on, and so on...takut nanti, katalah berjaya, idea aku keringlah pulak...untuk tulis sambungannya. atau takut pula cerita dah habis. sape pulak nak beli buku aku tu nanti.....eeeiii....perasan tan!
harap anda semua bersabarlah! insyaAllah, sambil itu aku akan terus menulis novel-novel yang lain yang aku harap dapat juga menarik minat anda untuk terus membaca hasil nukilanku. 
tolonglah simpan kemelut cinta antara maria, hisyam dan salina di satu sudut, dalam ruang hati anda itu. yang pasti, pengakhiran cerita tetap akan terlakar.......
istimewa buat violet (yg begitu setia merayu-rayu untuk sambungan), nurlida, cik applemint, kesengalan terserlah, atiqah saffiyah...dan ramai lagi yang tidak mampu aku tuliskan di sini, terima kasih banyak-banyak atas sokongan anda yang tidak pernah surut. doakan sama-sama agar TMKH mendapat reaksi positif penerbit. 
mmm, nampak sangat aku hendak TMKH diterbitkan, ya?
aku rasa, perasaan teruja ini dimiliki oleh semua penulis; tak kira dia penulis terkenal ataupun seorang penulis amatur macam aku. teringin idea sendiri dibukukan! ia bukan satu matlamat, tetapi satu destinasi. kalau anda mengerti......
cheerio. 

Ulasan

  1. alhamdulillah, dah nak dibukukan ye tp tu la, tak dapat ler tau sambungannya kan dalam masa terdekat. huhu...

    adrin pulak dah ada tawaran tuk buatkan cerita motivasi tuk kanak-kanak dan remaja tp belum berkesempatan dan belum beridea nak membuatnya.

    BalasPadam
  2. Salam tahniah sofi....
    Semoga TMKH ke versi cetak... Semoga Tahun 2010 memberi peluang kepada semua penulis enovel mencapai impian mereka untuk melihat cerita2 mereka keversi cetak.
    Terima kasih juga untuk penulisan2U yg ada link dgn pihak publisher kerana memberi peluang kepada penulis2 enovel untuk mencapaiimpian mereka. Sesungguhnya cerita yg menarik pasti mendapat tempat dihati peminat.

    Tahniah sekali lagi untuk sofi....

    BalasPadam
  3. Tahniah sofi....100 x tahniah...semoga impian menjadi realiti

    BalasPadam
  4. salam.
    adrin, terima kasih dan tahniah untuk adrin jugak. semoga kita sama2 dapat apa yg menjadi impian.

    Qimi08, thanx jugak. betul cakap awak tu, pen2u memang sangat2 memainkan peranan utk merealisasikan impian.

    and to whoever u r anonymous, sofi ucapkan juga berbanyak-banyak- banyak terima kasih.

    and jangan lupa, ada banyak yang dapat dibaca lagi di sini nanti. insyaAllah.

    cheerio.

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…