Langkau ke kandungan utama

hilangkan sedih, ya...

aku nak ubah angin sikit malam ni. dah asyik buat kawan-kawan sume nangis. so, aku ingat nak bagi korang sume gembira sikit. di bawah ni...ada beberapa citer lawak. aku edit dari beberapa ruangan di internet ini. kepada tuan punya cerita, terima kasih kerana anda berjaya menghiburkan kami. baca, k!. Jangan tension. TMKH tetap akan bersambung. Releks....

1. Berita baik


"Tahun ini ada berita baik, ayah!" ujar seorang anak yang baru saja menerima hasil keputusan SPM kepada ayahnya.



"Berita baik apa?" tanya ayahnya.

"Yang pasti ayah tak perlu pening kepala nak fikir belanja saya untuk masuk ke universiti." jawab si anak.

"Iya? Tentu kamu lulus dengan cemerlang dan dah dapat biasiswa, kan?" tanya ayahnya dengan wajah yang bercahaya.

"No...no...no, bukan ayah! Sebenarnya...saya ... tidak lulus!!" jawab anaknya dengan selamba.

...............................................

2. Hadiah harijadi ke 17


Seorang anak bertanya kepada ibunya.

Anak : Mama, bila harijadi saya ke-17 nanti, boleh buat parti di rumah?



Mama : Boleh...boleh.. Nanti mama aturkan.



Anak : Ma, ..boleh saya ajak kawan-kawan saya?



Mama : Boleh, ..jemput aje.



Anak : Ma.., saya nak pakai baju baru warna pink. Boleh mama belikan, tak?



Mama : Boleh...boleh, nanti mama belikan.


Maka tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Hari itu hari jadi si anak. Ramai kawan sudah datang ke majlis yang diadakan. Si anak sudahpun bergaya dengan baju barunya tetapi dia masih merengek kepada ibunya lagi.


Anak : Ma..boleh saya pakai lipstick tak?



Mama : Tak boleh!



Anak : Ala........mama, harijadi ke-17 ini bukan selalu. Sekali aje seumur hidup saya ni. Takkan pakai lipstick pun tak boleh...



Mama : Tak boleh! Kamu boleh buat parti, kamu boleh jemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu dak boleh pakai lipstick



Anak : Alaaaa ....boleh la mama........., please.....



Mama : Azwan!!!!! kali ini mama tak mahu kompromi ngan kamu! TAK BOLEH! Kamukan LELAKI?

........................




3. Diskaun hukuman
Di sebuah mahkamah perbicaraan sedang berlangsung terhadap seorang pencuri barang di pasaraya.
"Dengan ini kami memutuskan terdakwa dijatuhkan hukuman penjara 4 bulan." kata Tuan Hakim.

"Apakah kamu, yang didakwa, peguambela dan pihak pendakwa menerima hukuman ini?" soal Hakim lagi.

"Saya bantah tuan hakim." kata seorang lelaki yang sedang duduk di kerusi awam. "Sepatutnya hukuman yang dikenakan ke atas tertuduh diberi diskaun."

Lelaki yang bersuara itu adalah pengurus di pasaraya, tempat terdakwa mencuri.

"Kenapa anda pula yang keberatan?" soal hakim keliru.

"Kerana barang yang dia ambil adalah barang yang kami beri diskaun sehingga 45%, tuan hakim."

"??@#$!!&##!!"


..................................

Cukuplah tiga lawak itu. harap anda yang sering berkunjung ke sini tersenyum sekurang-kurangnya.

cheerio.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…