apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

7.10.09

bila masa terluang

salam.
minggu ini kehidupan sebagai seorang guru sedikit melegakan. mesti ada yang heran? dah jadi malas ke cikgu sofi ni? oh tidak! bukan camtu! 
sebenarnya, sepanjang minggu lepas (sebaik sekolah bermula lepas cuti raya ari tu), aku dah terlalu penat. apatah lagi masa itulah pulak diri ini nak kena observe! whoa! seksa! maklumler...dah tua tapi masih ada yang nak tengok kita mengajar....
tapi Alhamdulillah, sekarang semua dah beres. 
mulai ari ni, peperiksaan pmr bermula. kepada anak muridku di 3rk1 dan 3s tu, buat exam betul-betul! yang terbaik itu...berikanlah! aku tak kena jaga periksa jadi nampaknya memang banyak le masa yang terluang. itu yang boleh selalu masuk post tu! hehehe!
tapi tetap juga berdebar terutama bila waktu maths nanti. bimbang anak murid tak boleh jawab. tapi iyalah, macam yang aku selalu cakap pada diaorang, kalau rasa diri tu dah cukup berusaha, maka inilah masa untuk bertawakkal kepada Allah. serahkan semua pada Dia kerana Dia yang mengatur segala kejadian hidup kita ini.
tadi, aku jalan-jalan lagi. singgah blog aznil. ala...pak nil tu! terkesan juga membaca kisah adik yang dipaparkan, adik yang sakit kanser itu. macam aku selalu tulis kat sini, kita selalu ingat diri kita ni paling susah, tapi rupa-rupanya, ada yang lebih malang daripada kita. jadi, belajarlah menginsafi diri, ok!
ada pula satu artikel dalam resepirahsiaku.blogspot.com. tentang bagaimana hendak mendapat anak yang soleh. hmmm, rupa-rupanya, bukan boleh pakai redah aje, ek! hehehe!
tapi, aku paling menyampah kalau singgah blog orang politik. tak ada lain kerja mereka. kalau dibaca, woi, kalah mulut perempuan, iyalah kan, orang kata perempuan kerjanya tak lain ialah mengumpat, mengata dan mengadu domba. tapi, kalau kita singgah kejap kat blog-blog ini, yang kanan kutuk kiri, yang kiri kata kanan. masing-masing angkat bakul naik lif memuji diri sendiri....
hei..berpada-padalah! yang diumpat keji itu bukan orang lain pun, sama bangsa kita jugak. Tak ingat ke Allah pernah pesan pada kita supaya menyembunyikan aib orang, nescaya aib kita Allah sorokkan! Lupa? entahlah! kang, cakap banyak kang, kena ban pulak blog aku ni! jadi, tepuk dada tanyalah akal fikiran yang dah dikurniakan Tuhan!
sebenarnya perkara paling ingin aku utarakan di sini ialah tentang penerimaan anda semua terhadap hasil-hasil nukilanku. sejak dua menjak ni, ramai yang datang berkunjung ke 'luahan'. dah mencapai lebih seratus kunjungan sehari. eh...bukan nak kasi tahu yang aku dah femes??? siapalah aku, kan? cuma aku nak bagitau yang aku amat terharu. teramatlah terharunya! membaca 'shoutbox' dan juga komen yang anda tulis adalah sesuatu yang amat mengujakan aku. seronok tahap......
seronok!
aku berkarya kerana aku suka menulis. dulu aku fikir, seorang yang dari aliran sains tidak mungkin punya kebolehan ini maklumlah, aliran sains banyak menggunakan otak kiri, otak yang dikaitkan dengan segala fakta. aku lupa bahawa sebenarnya, dalam masa yang sama, otak kanan juga memainkan peranannya. otak kanan menjadikan penulisan bercorak fakta itu menjadi lebih kreatif. tak boleh lebih-lebih nak cerita tentang ini. yang penting, aku nak galakkan anda yang minat menulis tu, tulis aje! redah aje!!!
kat sini aku nak lampirkan satu cerita. lawak juga tapi ia boleh juga dikategorikan sebagai cerita motivasi. baca dan fahamilah mesejnya:
ada tiga orang sahabat baik. mereka tinggal di sebuah kondominium mewah di kedudukan paling tinggi, iaitu di salah sebuah penthouse tingkat 40. satu malam, mereka baru sahaja balik dari menghadiri suatu majlis. sampai di lif, terpapar 'LIF ROSAK. SILA GUNAKAN TANGGA!' 
masing-masing saling merenung antara satu sama lain. tidak mahu membuang masa, mereka sebulat suara bersetuju untuk memanjat tangga itu. mula-mula, mereka pun berjenaka. maka ketawalah masing-masing tapi tidak lama. 
"cop! janganlah buat lawak! sakit perut aku nih! nanti tak sampai ke atas pulak." seorang berkata. jadi mereka pun bersetuju untuk bercerita tentang perkara yang menyedihkan dalam hidup masing-masing. ketika itu, mereka sudah separuh perjalanan dah.
kata si A, "aku ni bukan nak cakaplah! hidup aku dulu susah betul. nak makan nasi sekali sehari pun payah....." memang sedih cerita sidia ni menyebabkan kawan-kawannya menangis. kaki terus juga melangkah.
si B pula bercerita. "aku anak yatim piatu. masa kecik dulu aku tinggal kat rumah anak yatim....bla, bla, bla" menangis lagi! 
bila sampai di depan pintu rumah, tiba giliran si C pula. "perlu ke aku bercerita jugak?" melihat anggukan kawan-kawannya, dia meneruskan, "cerita inilah yang paling sedih!" kawan-kawannya yang dua orang tu dah tak sabar-sabar hendak tahu. C akhirnya berkata, "pada satu malam, tiga orang sahabat baru balik dari menghadiri satu parti. mereka dapati lif rosak. jadi, terpaksalah naik tangga sebanyak 40 tingkat. sekarang, yang sedihnya, mereka dah berada di depan pintu rumah. malangnya....kunci rumah mereka telah tertinggal di dalam kereta! Siapakah agaknya di antara mereka bertiga yang perlu turun dan mengambilnya?" 
pada mulanya, A dan B tidak menyedari apa yang cuba disampaikan oleh C, tapi tidak lama lepas tu......
lintang pukang C lari dikejar oleh kawan-kawannya yang sudah naik angin!
itulah sahaja. pengajaran dari cerita ini ialah.......apa kata, anda yang beritahu pada sofi?
cheerio. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.