Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2009

Kalau ku turutkan hati......

--> 1 
Aida Nasuha melangkah perlahan-lahan sebaik keluar daripada lif untuk menuju ke pejabat peguam Allahyarham Ikhwan. Keadaan ketika itu agak sunyi kerana hari sudah menjelang petang. Hati tidak langsung mahu masuk ke dalam bilik itu. Dia tahu, dugaan yang lebih hebat berada di dalam sana. Yang pasti, segalanya akan lebih menyakitkan berbanding apa yang sudah dia alami selama ini! 
Semakin dekat dirinya dengan pintu bilik encik Izham, semakin kuat debaran jantungnya. Semakin susah hatinya. Semakin takut! Sekelumit rasa gerun singgah dalam diri. Ya, dia takut untuk berhadapan dengan...lelaki itu! Lelaki yang pasti amat membenci dirinya kini! 
Sepasang mata Aidil Zafran tidak berkalih dari muka pintu. Dia tahu, sebentar lagi sekujur tubuh itu akan tiba. Dia pasti, wanita itu akan hadir juga. Tentu sahaja wanita tamak itu tidak mahu melepaskan peluang untuk mendengar bacaan wasiat arwah Ikhwan. Tentu juga, dia mengharapkan ada yang lumayan menanti dirinya! Arghh, dasar perempuan…

renungkanlah!

salam.
sekali lagi, aku masukkan post. bukan sebab aku rajin sangat, tapi kerana aku rasa nak kongsi sesuatu dengan anda semua.
kali ini aku nak bermotivasi pulak. nak kongsi isi sebuah buku bertajuk MOTIVASI MEMBURU KEJAYAAN hasil tulisan DATO' MAZNAH HAMID.
siapa maznah hamid ni?
dia terkenal sebagai the 'iron lady'
mengapakah itu gelaran yang diberikan kepadanya?
mungkin kerana dia seorang yang bersemangat kental juga kerana dia wanita pertama yang melibatkan diri dalam bidang kawalan keselamatan sebagai orang yang bertanggungjawab mengurus SECURICOR.
katanya, untuk muncul sebagai individu yang berjaya, sihat, hidup senang, bahagia serta disanjung tinggi oleh masyarakat kita perlu belajar 'menguruS diri dan hidup kita' serta mempunyai 'kepercayaan dan keyakinan yang kuat terhadap potensi dan kebolehan diri kita sendiri'.
aku amat tertarik dengan ayat berikut: 'walau dari mana datangnya kita, dari hulu mana, anak siapa diri kita ini, tidak kira bagaimana lata…

sabarlah menanti.........

salam.
jumpa lagi kita, ya? alhamdulillah! rasa lama benar tak ke sini. kenapa? ada masalah ke? hai, kalau tak ada musibah, bukan hidup namanya.
kalau tak hantar post maknanya apa? senang aje jawapannya tu! internet kong! hmm, betullah tu! 
rasa macam nak nangis. rasa macam nak marah tapi tak tau nak marah siapa. rasa macam nak menjerit. oh, ya! macam-macam rasa!
tapi, kesabaran mengatasi rasa marah itu dan sabarku menang. akhirnya, segalanya kembali pulih. dapatlah aku menulis semula! lega.................
hari ini aku nak menulis tentang satu perkataan iaitu 'sabar'
dari dulu, aku sering dengar orang berkata, "sabar itu separuh daripada iman!" sampai kini pun, ia bagaikan suatu ayat yang sinonim dalam hidup kita semua. 
bila orang marah kita, ibu dan ayah akan cakap, 'sabar, biarkan si fulan tu. nanti senyaplah dia!'.
bila orang usik-usik kita, kawan kita nasihat, 'ala, sabar ajelah!, si fulan tu memang macam tu!'
bila kena reject, kita pujuk hati kita, '…

korea VS melayu?

salam. semalam hari ahad. kira-kira jam sembilan malam, aku bercadang untuk merehatkan minda setelah seharian buat itu dan ini. bukanlah penat manapun, cuma kebetulan memang aku dah lama tidak menonton drama / cerita di televisyen. lepas satu, satu, siaran astro itu aku kalih. tidak ada yang menarik minatku sehingga aku tiba di saluran 303. mungkin ramai yang sudah mengulum senyum. siaran 303, huh? ya, drama-drama korea adalah drama-drama terbaik yang pernah dan sering aku tonton. memang bukan semuanya ok, tetapi, bagiku, apapun pandangan orang lain, aku tetap antara peminat fanatik drama-drama dari negara asia timur ini.  bagaimana dengan drama melayu? oh....ada juga yang menarik minatku tetapi......boleh dihitung dengan jari agaknya.  sombongnya cik kiah, ya? eh maaflah kalau ada yang tersinggung. bukan aku tak suka drama melayu ni, salah tu! aku suka...cuma, kadang-kadang aku berbulu tengok pelakon-pelakon yang 'terlebih sudah' dalam memainkan peranan dan watak mereka. Belum ma…

kebahagiaan

salam. hari ini hari jumaat. penghulu segala hari. hari yang indah.  ewah...dah bermadah-madah le pulak. tapi itu lambang kegembiraan. tanda pemberitahuan tentang rasa hati yang bahagia. rasa hati yang bahagia? aku bahagia? gembira? ni mesti ada apa-apa nih.... yeah...berbicara tentang saat-saat bahagia bagi seorang perempuan! apakah? inilah antara yang dapat aku catatkan: i. saat dia mula kenal erti cinta - hmmm masa tu...aduhai, cukup menggetarkan sukma. bayangan hero pujaan tidak pernah jauh dari mata. senyuman akan tersungging di bibir dengan mekar bak delima merekah.  ii. bila cintanya dibalas - mmm, bayangkanlah! lelaki dambaan jiwa membisikkan kata cinta. bayangkanlah, lelaki yang menjadi rebutan, hanya menjadi milik dirinya sahaja. bayangkanlah, dirinya tidak lagi bertepuk sebelah tangan, malah tangan mereka kini seganding dan seiring. iii. saat bergelar seorang isteri kepada lelaki yang mencintai dan dicintai.- masa ini tak usah cakaplah, jiwa dan raga 'aku' serahkan.... iv. s…

bila masa terluang

salam. minggu ini kehidupan sebagai seorang guru sedikit melegakan. mesti ada yang heran? dah jadi malas ke cikgu sofi ni? oh tidak! bukan camtu!  sebenarnya, sepanjang minggu lepas (sebaik sekolah bermula lepas cuti raya ari tu), aku dah terlalu penat. apatah lagi masa itulah pulak diri ini nak kena observe! whoa! seksa! maklumler...dah tua tapi masih ada yang nak tengok kita mengajar.... tapi Alhamdulillah, sekarang semua dah beres.  mulai ari ni, peperiksaan pmr bermula. kepada anak muridku di 3rk1 dan 3s tu, buat exam betul-betul! yang terbaik itu...berikanlah! aku tak kena jaga periksa jadi nampaknya memang banyak le masa yang terluang. itu yang boleh selalu masuk post tu! hehehe! tapi tetap juga berdebar terutama bila waktu maths nanti. bimbang anak murid tak boleh jawab. tapi iyalah, macam yang aku selalu cakap pada diaorang, kalau rasa diri tu dah cukup berusaha, maka inilah masa untuk bertawakkal kepada Allah. serahkan semua pada Dia kerana Dia yang mengatur segala kejadian hidup …

hilangkan sedih, ya...

aku nak ubah angin sikit malam ni. dah asyik buat kawan-kawan sume nangis. so, aku ingat nak bagi korang sume gembira sikit. di bawah ni...ada beberapa citer lawak. aku edit dari beberapa ruangan di internet ini. kepada tuan punya cerita, terima kasih kerana anda berjaya menghiburkan kami. baca, k!. Jangan tension. TMKH tetap akan bersambung. Releks....
1. Berita baik

"Tahun ini ada berita baik, ayah!" ujar seorang anak yang baru saja menerima hasil keputusan SPM kepada ayahnya.


"Berita baik apa?" tanya ayahnya.
"Yang pasti ayah tak perlu pening kepala nak fikir belanja saya untuk masuk ke universiti." jawab si anak.
"Iya? Tentu kamu lulus dengan cemerlang dan dah dapat biasiswa, kan?" tanya ayahnya dengan wajah yang bercahaya.
"No...no...no, bukan ayah! Sebenarnya...saya ... tidak lulus!!" jawab anaknya dengan selamba.
...............................................
2. Hadiah harijadi ke 17

Seorang anak bertanya kepada ibunya.
Anak : Mama, bila…