Langkau ke kandungan utama

Teh susu....dan kicap!


Aku baru saja balik dari jalan-jalan. Hehehe...bukan di jalan raya, tapi jalan-jalan di blog. Aku tertarik dengan satu kisah (di dalamnya ada dua cerita) di satu tempat yg aku singgah. Menarik isinya. Kisah tentang warna kulit!
Cerita satu:
Tentang seorang pereka fesyen. Namanya Tommy. Dia ni reka baju mahal-mahal dan khas untuk golongan orang kulit putih yang kaya-kaya aje. Dia pernah berkata (aku alihbahasakan, ya!) ;
"Kalau aku tahu yang baju aku turut dibeli oleh orang-orang Yahudi, Hispanic, Asia mahupun African-American, tentu aku tak akan buat baju yang cantik-cantik! Aku tak mahu orang-orang dari kumpulan ini beli baju rekaan aku tu, sebab baju-baju itu hanya khas untuk masyarakat kulit putih yang berada!"
Wow, what a statement, yeah? Ewah, cakap orang putih pulak! Inilah contoh manusia tak bertamaddun. Dia dah kira ke berapa banyak keuntungan yang dia dapat? Ek eleh, entah-entah, yang beli tu hanya golongan yang dia anggap tak mampu ini. Jenama dia tu bukan terkenal mana pun. Tak pernah aku dengar pulak celebrity hollywood pakai jenama dia. Kalau Gucci, St Laurent ke Chanel ke...adalah! 
Sebab itu, dia dihalau dari Rancangan Oprah. Kalau aku jadi Oprah pun, tentu aku buat macam tu. Ada ke dengan bangganya dia cakap 'yes' bila Oprah tanya adakah dia pernah buat kenyataan macam gitu? Mangkuk betullah! Agaknya dia lupa siapa Oprah, kut?
Cerita dua:
Dalam satu penerbangan (London - Johannesburg) British Airways, seorang perempuan kulit putih duduk di sebelah seorang lelaki kulit hitam. Depa ni duduk di kelas ekonomi. 
Tiba-tiba perempuan tu panggil seorang pramugari dengan marah, "Saya tak nak duduk di sebelah dia ni. Kenapa, dah tak ada tempat lain ke untuk letak orang-orang dari kumpulan hamba ni?"
Bukan pramugari itu sahaja yang tersentak, malah seluruh isi kelas ekonomi tersebut. Maka dengan lembut pramugari itu berjanji untuk menyelesaikan masalah itu. Tak lama kemudian, dia datang semula. Dia berkata, "Puan, seperti yang saya jangka, memang tak ada tempat kosong di kelas ekonomi ini.  Saya dah cakap dengan kapten. Dia beritahu ada satu tempat duduk yang kosong di kelas bisnes. Sebenarnya, puan, kita tak membenarkan penumpang bertukar tempat duduk terutama dari kelas ekonomi ke kelas bisnes tapi memandangkan bahawa memang tak patut dibiarkan seseorang duduk bersebelahan dengan seorang yang amat menjengkelkan, maka..." Dia merenung lelaki kulit hitam yang asyik diam dari tadi dan menyambung, "Encik, sila ambil bagasi encik dan ikut saya. Tempat duduk encik, di sana! (kelas bisnes tadi!)"
Habis pramugari tu cakap, dia dapat tepukan gemuruh dari semua orang. 
Hah, ambik engkau! Siapa yang untung? Mamat tu jugak!
...............................
Sesungguhnya, warna kulit yang berbeza-beza Allah jadikan. Masa aku kecik-kecik dulu allahyarhamah nenek aku story kat aku; Katanya, anak cucu adam ni banyak. Yang handsome dan cantik pergi ke Eropah, Arab dan negara Hindustan. (entah ya, entah tidak?) Tapi logiknya ada. Kan dia orang tu memang golongan yang cantik-cantik dan menarik? Sementara yang ku...reng... pergi ke Afrika. Pun aku tak tau sejauh mana kebenarannya. 
Tapi, hitam ke, putih ke, kuning langsat ke...... 
Siapa kita untuk menghina? Siapa kita untuk menentukan darjat dan keturunan? Apa hak kita? Apa lebihnya kita? Apa kurangnya mereka?
........................
Balik ke Malaysia, lihatlah! Ada lagi banyak warna kulit yang ada. Kalau dulu sikit aje (3) sekarang ni dengan ramainya warga negara asing yang dibenarkan masuk dah caca marba dah! Kalau kita nak buat hal tentang warna kulit ni, aduh, tak aman negara kita yang tercinta ni! (Patriotik la pulak!)
Jadi, aku nak ingatkan semua orang termasuk diri aku ni, jangan jadikan kulit sebagai satu isu. Kulit hanya luaran diri kita. Memang, memang bertuah orang yang kulitnya mulus putih bersih! Bertuah sangat! Tapi, orang yang kurang putih...ada kelebihannya! Percaya atau tidak, golongan ini kurang terdedah kepada bahaya mengidap kanser kulit. Kan, kan?
Dan yang paling penting, kulit bukan ukuran untuk masuk ke syurga. Allah berfirman, mafhumnya: "Yang paling tinggi di sisiKu ialah orang-orang mukmin yang bertakwa."
cheerio.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…