apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

1.9.09

Mulakan dari bawah....

Untuk menghantar pos ke blog secara rutin, bukan kerja mudah sebenarnya. Walau bertekad untuk menulis at least sekali sehari, this is a tough job. To sit and think of what to write, it does take time. Tapi, yang seronoknya, bila dah mula menulis, idea akan keluar mencurah-curah.

Ari ni, aku terfikir tentang angan-angan menjadi kaya di dunia ini. Iyalah, sape tak nak jadi kaya, kan? Kereta mewah menjalar di jalan raya, rumah banglo dua, tiga tingkat dengan maid 2, 3 orang dan kalau pergi bercuti, dalam Malaysia ni kira tak mainlah. Mesti nak gi overseas aje!

Seorang kawan pernah cakap, kalo nak kaya, mesti umur b4 40. Kalau tidak, memang impian tinggal impian le jawabnya. Jadi nampak gaya, aku yang dah >> ni, tak merasalah ye? Tapi, kalau kita tengok sejarah Kolonel Sanders, dia kaya pada umur 65 tahun bila resepi KFCnya mula difrancais waktu tu. Dengan sendirinya, teori kawan aku tadi terpaksa ditolak!

Ada macam-macam cara boleh dibuat untuk jadi kaya. Ada yang buat cosway, amway, vemma (sekadar beberapa nama MLM). Ada yang kaya sebab mewarisi harta mak bapak dia. Ada juga yang kaya di zaman ini dengan cara berniaga di internet. Istilah kaya bagi aku di sini bermaksud punya duit, ada rumah untuk berteduh dan ada kenderaan untuk bergerak.

Tapi, nak jadi kaya, kena tekunlah! Jangan melompat dari satu bidang ke satu bidang. Buat satu satu secara persistant (betul ke idak ejaan ni, sori le!). Kena ingat yang kejayaan tak datang bergolek. Jangan cepat putus asa bila gagal yang satu lalu, bila diri di offer dengan yang lain, terus terkam! Takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran!

Bagi golongan muda yang berdarah muda? Nasihatku cuma satu. Sebelum anda menceburi sesuatu bidang perniagaan, bawak-bawaklah berbincang ngan mak ayah. Ambik kertas, tulis pros and cons nya! Jangan merajuk bila ibubapa kata, USAH! Tanya dulu kenapa menegah. Tentu alasan mereka kukuh!

Yang belajar tinggi nun di U. Memang anda budak pandai. Boleh berfikir dengan bijak. Tapi tolonglah, emak bapak walau tak belajar tinggi mana, mereka masih emak dan ayah yang melahirkan anda. Kalau kami tak mampu memberi anda apa yang anda mahu, janganlah benci pada kami. Memang kami tak mampu! Bukan ada seorang ibu atau ayah pun dalam dunia ini yang mahu anaknya hidup susah. Tak ada! 

Mungkin, ada antara anda yang belajar di universiti sentiasa tak cukup duit, iya tak? Biasiswa manalah cukup? Hendak pulak yang datang daripada keluarga yang tak punya duit yang banyak (sekadar cukup-cukup aje). Tentu selalu kena ikat perut, kan? 

Sebenarnya, kalau anda mahu, untuk lepas makan pakai anda, anda boleh bekerja. Kalau pelajar Melayu kita di UK @ US @ di mana-mana tidak malu bekerja cuci pinggan di restoran, anda malu ke? Rezeki tu halal. Apa nak dimalukan? 

Kepada yang terasa, maaflah. Bukan niatku. Melukakan! Apatah lagi menyindir! Cuma, rezeki ada di mana-mana. Pelbagai cara! Jangan tengok yang besar-besar aje. Mulakan secara perlahan-lahan! Kalau anda lupa, Tuhan ciptakan kita manusiapun secara berperingkat-peringkat. Mungkin semasa di alam roh, kita tak nampak. Tapi, yang nyata? Mula dari lahir, tersenyum, meniarap, merangkak dan lagi dan lagi!

cheerio.  

    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.