apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

6.9.09

Marah?

Hari ini, aku masuk iklan, susun dan letak dan belek berjam-jam. Tapi lepas tu, bila tengok luahan ni, rasa puas pulak. Puas sekejap la kut, lepas tu tak tau le pulak. Aku ni kan cepat jemu?


Bulan puasa ni sebenarnya menguji kesabaran aku sebagai seorang isteri, ibu dan cikgu. Ya le, kalau dah namanya puasa; tentu lapar. Bila lapar, tentu cepat melenting, kan? Aku yakin, sikap cepat marah ini bukan aku sorang aje yang dapat malah, tentu ramai jugak yang kena.


Memang mudah untuk orang mengingatkan kita...'Ala, sabo le!'


Tapi, untuk mempraktikkan, itu yang susah. Kadang-kadang aku pun heran, kenapa boleh garang semacam di bulan mubarak ini sedangkan syaitan dan iblis yang dok menjolok-jolok selalu tu, dah kena ikat. Dari mana ia timbul? Susah nak cakap, kan?


Jadi, untuk mengurangkan dosa, (kalau Allah izinkan), maka lebih baiklah aku diamkan diri. Bercakap bila perlu. Kan Nabi pernah bersabda, Lebih baik diam daripada berkata yang tidak berfaedah. Pun pepatah Inggeris kata 'silence is golden'.


Itu baru hendak mengawal marah. Banyak lagi yang perlu dijaga sebenarnya untuk mendapat pahala puasa yang banyak. Harap-harap, dalam tempoh yang berbaki kurang lebih 14 hari lagi, semua yang baik-baik sahaja yang akan aku praktikkan. InsyaAllah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.