apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

8.9.09

kesakitan? ujian?

salam,

Hari ni, hari terakhir korang semua vote untuk TMKH. Kepada yang sudi memberi pendapat, terima kasih banyak-banyak. Aku harap bila aku masukkan post TMKH 30 nanti, korang semua berpuas hati lah hendaknya. Bila? Bila nak masuk post tu? Esok, kut? Tapi.... tak tahu juga. Buat internet aku ni meragam, mungkin lewat le pulak!

Hari ni, aku nak kongsi dengan korang semua tentang kesakitan.

Semuanya bermula bila aku mendapat berita tentang sorang anak murid di sekolah aku (aku tak ajar dia) yang dimasukkan ke ICU. Budak ni sebaya anak keduaku, murid tingkatan 5. Dia mengidap SLE. Korang tau tak SLE tu apa?

SLE ni, tahap bahaya dia kurang sikit daripada leukimia. Siapa yang dapat penyakit ni biasanya kat muka dia ada tompok yang menyerupai rama-rama. Seperti leukimia, SLE berpunca daripada sel dan darah. Aku tak mahu cerita panjang-panjang sebab kurang kemahiran.

Hujung 2007, anak keduaku selalu mengadu dia pening. Aku tidak begitu peduli kerana sikap dia ni lawak sikit. Pagi pening, petang elok aje dia main basketball. Malam,dia pening balik.

Setelah berlanjutan selama dua minggu, baru aku nampak perubahan kepada diri ekin. (nama anak aku ni, nurul ashikin). Dia kurang selera makan, badan makin kurus dan sangat cepat letih. Pada ari dapat result PMR, keadaan dia memang teruk. Demam tak kebah sehingga makan pun terpaksa bersuap. Dan akhirnya, awal tahun 2008, dia tersadai di wad leukimia, di hospital Ipoh selama 2 minggu.

Apa dia kesakitan? Kesakitan seorang ibu ialah bila melihat anaknya sakit. Bila doktor kata 'anak cikgu ada tanda-tanda leukimia!'. Masa tu, tak tau nak cakap. Kata orang, menangis air mata darah pun tak guna. Penyesalan kerana bersikap 'lalai' dan 'tak apa' datang menyerang. Sepanjang perjalanan dari Teluk Intan ke Ipoh, aku asyik menangis dalam ambulans. Ya, kalau boleh tukar tempat, aku lebih rela kalau aku yang sakit. Bukan anak-anak!

Sesungguhnya, Allah pelbagaikan jenis kesakitan yang diberi kepada kita. Kadang-kadang kita sakit kerana mak bapak kita asyik gaduh. Sudahnya, kita dapat sakit hati dan jiwa, geram pada mereka. Kadang-kadang kita sakit kerana kita kurang banyak perkara berbanding kawan kita, berbanding orang lain. Sampai sakit mental memikirkan sebabnya.  Kadang-kadang kita sakit sebab mendapat sakit. Sakit jantung, sakit dada, sakit segala!

Ya, kesakitan ialah suatu ujian. Ujian hebat kepada diri. Ujian hebat kepada akidah. Kesakitan menyebabkan kita sering mempersoalkan; mengapa kita? Kenapa bukan orang lain? Hingga kita lupa bahawa kesakitan dan ujian itu Allah bagi kepada insan yang disayangiNya. Untuk menambah pahala (jika kita redha) atau sebaliknya....wallahua'lam.

Oh ya, anak aku? Dia sakit tapi bukan leukimia. Penyakit istimewanya bernama AIHA (auto immune hemolitik anaemia). Penyakit apa ni? Anak cucu cicit kepada leukimia di mana antibodi dalam tubuh seseorang menjadi terlalu kuat lalu ia menyerang sel darah merah(dalam kes anak aku ni le!). Sesetengan orang lain, antibodi ini boleh juga menyerang sel kulit menyebabkan kegatalan yang tidak terkawal!

So sejak itu, anak aku terpaksa mengambil sejenis ubat namanya prednisilon. Dari 12 biji (dulu, sekarang dia ambil 1/2 biji selang sehari). Entah bila pengambilan ubat ni akan diberhentikan oleh doktor, aku tak tau tapi yang penting, dia semakin sihat sekarang. Syukur, alhamdulillah.

Aku harap, Aisyah akan segera sembuh. Aku harap emak dan ayah dia bersabar banyak-banyak menghadapi kesakitan ini. Tuhan menguji. Terimalah!

Kepada korang di luar sana, hadapilah segala kesakitan dengan sabar. Ada sebab ia berlaku. Ada rahsia yang tersembunyi.

Bagi aku, selepas peristiwa itu, aku semakin sayang pada keluargaku ini. Hehehe, bukanle tak sayang selama ini cuma....kita selalu take things for granted sehingga bila kita nyaris kehilangannya, kita sedar akan betapa pentingnya dia dalam hidup kita.

cheerio.

7 ulasan:

  1. brape lme nk smbuh 2?

    BalasPadam
  2. salam.
    x sembuh sepenuhnya, anonymous.
    kini anak sofi tu disyaki ada sle pulak. minggu lepas dah check darah dan air kencing. hujung bulan ni jumpa pakar. tp, kl org tgk dia, mcm x sakit. nampak sihat sangat.
    dan semoga dia akan terus sihat, hendaknya.
    amin.

    BalasPadam
  3. salam..simpati dengar anak tak sihat..Pelikkan?? Sekarang mcm2 penyakit..mcm2 nama..dia menyerang tak kira usia..Tu lah, berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul kn sofi...jika sofi berminat...jenguk le web lizz yer..sekadar membantu yg terdaya..bukan mengambil kesempatan..

    BalasPadam
  4. salam lizz

    baru bukak balik dan terbaca komen lizz ni. maaflah, ya. sofi betul2 x perasan. kl tidak, dah lama dah sofi balas.
    mmg skrg, penyakit ni ada mcm2. yg risaunya, golongan muda ni yg diserang. itu yg sedih bila anak yg sakit. tp apa pun, kena redha le!

    BalasPadam
  5. ica, sofi suka kalau kita dpt share ttg apa yg dialami. jgn susah hati. dan yg penting, harus dilawan rasa sakit itu!

    BalasPadam
  6. Saya pun pengidap AIHA, jika berminat berkongsi cerita hubungi saya 0192451854- Nazri. mana lah tahu kita terjumpa ubat penyembuh, bolehlah share2.......

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.