apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

28.9.09

dorongan buat anda

salam.
sejak hari raya, blog aku ini agak ramai pengunjung. bagi seorang yang agak baru di dunia blogging ni, menerima pelawat melebihi 50 orang sehari, amat mengujakan. seronok melihat senarai tetamu yang datang dari pelbagai daerah dan negara. baru aku sedar bahawa melayu ada di mana-mana, di bumi Allah ini!
sejak kecil, aku suka berangan-angan. dalam kepala ini, ada berbagai-bagai cerita yang pernah aku gambarkan. agaknya, kalau dari dulu (waktu muda) aku menulis, mungkin dah banyak novel yang terhasil. tapi, iyalah...nak buat camne, tak ada rezeki ke arah itu. hmm...
entah mengapa, dari kecik, aku amat sukakan dua nama ini iaitu Hisyam dan Maria. yang herannya, tak pulak cari suami yang namanya itu. malah lebih menghairankan, tak pulak bubuh nama anak-anak dengan nama-nama itu. hehehe.... tapi memang dua nama itu sinonim dengan aku. malah kalau aku baca novel yang nama heronya Hisyam..wo...bukan main sayang aku ngan novel tu. mesti beli punya!!
apa yang hendak aku tulis kat sini ialah bagi anda yang suka blogging nih, dan ada banyak penulis novel online handalan kat seluruh malaysia sekarang... teruskan berkarya. terus menulis dan menulis. ilham yang ada itu, curahkanlah! kongsilah cerita anda dengan orang lain. mesti ada yang minat ngan cerita yang anda tulis. mesti ada yang suka dengan gaya penulisan anda. kalau nasib anda baik, novel anda akan diterbitkan. maka itu adalah bonus. sekalung tahniah aku ucapkan. bagi yang macam aku, tidak perlu gusar. biarpun penerbit tak pilih manuskrip aku untuk di terbitkan (begitu juga anda) kita kongsilah novel kita di ruangan maya ini. sebenarnya anda akan merasa sangat puas bila ada yang memberi komen pada setiap tulisan anda itu. percayalah...wa cakap lu!!!  hahaha...
TMKH akan berakhir tak lama lagi. sedih nak berpisah dengan watak-watak itu. ia dah sebati dalam jiwa. tapi aku nak terus menulis lagi. insyaAllah, dalam seminggu dua lagi, novel keduaku akan menyusul. akan cengengkah lagi ceritanya? hmm....biasalah! ada suka, duka, ketawa dan menangis. adat dunia, kan!
aku stop dulu. harap mendapat maklum balas anda. 
cheerio.

3 ulasan:

  1. hari-hari usha blog nih. hehehe....

    BalasPadam
  2. mm.. sy setuju kak..
    alang-alang ada idea, dianugerahkan ilham..
    sy pun ada jgk menulis
    tp masalahnya lambat update
    bukan niat sy nak lewat2kan post new n3
    tapi ada kekangan2.. masa terutamanya.
    jauh kat sudut hati sy harap pembaca yang berjalan ke blog sy x kecewa dan putus harap

    BalasPadam
  3. salam, adrin

    tk sbb selalu singgah

    kembara alam, teruskan menulis dan carilah masa utk masukkan post. akan dpt kepuasan bila ramai baca. lebih istimewa kl ada yg komen.
    tahniah.

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.