Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2009

dorongan buat anda

salam. sejak hari raya, blog aku ini agak ramai pengunjung. bagi seorang yang agak baru di dunia blogging ni, menerima pelawat melebihi 50 orang sehari, amat mengujakan. seronok melihat senarai tetamu yang datang dari pelbagai daerah dan negara. baru aku sedar bahawa melayu ada di mana-mana, di bumi Allah ini! sejak kecil, aku suka berangan-angan. dalam kepala ini, ada berbagai-bagai cerita yang pernah aku gambarkan. agaknya, kalau dari dulu (waktu muda) aku menulis, mungkin dah banyak novel yang terhasil. tapi, iyalah...nak buat camne, tak ada rezeki ke arah itu. hmm... entah mengapa, dari kecik, aku amat sukakan dua nama ini iaitu Hisyam dan Maria. yang herannya, tak pulak cari suami yang namanya itu. malah lebih menghairankan, tak pulak bubuh nama anak-anak dengan nama-nama itu. hehehe.... tapi memang dua nama itu sinonim dengan aku. malah kalau aku baca novel yang nama heronya Hisyam..wo...bukan main sayang aku ngan novel tu. mesti beli punya!! apa yang hendak aku tulis kat sini ialah…

Teh susu....dan kicap!

Aku baru saja balik dari jalan-jalan. Hehehe...bukan di jalan raya, tapi jalan-jalan di blog. Aku tertarik dengan satu kisah (di dalamnya ada dua cerita) di satu tempat yg aku singgah. Menarik isinya. Kisah tentang warna kulit! Cerita satu: Tentang seorang pereka fesyen. Namanya Tommy. Dia ni reka baju mahal-mahal dan khas untuk golongan orang kulit putih yang kaya-kaya aje. Dia pernah berkata (aku alihbahasakan, ya!) ; "Kalau aku tahu yang baju aku turut dibeli oleh orang-orang Yahudi, Hispanic, Asia mahupun African-American, tentu aku tak akan buat baju yang cantik-cantik! Aku tak mahu orang-orang dari kumpulan ini beli baju rekaan aku tu, sebab baju-baju itu hanya khas untuk masyarakat kulit putih yang berada!" Wow, what a statement, yeah? Ewah, cakap orang putih pulak! Inilah contoh manusia tak bertamaddun. Dia dah kira ke berapa banyak keuntungan yang dia dapat? Ek eleh, entah-entah, yang beli tu hanya golongan yang dia anggap tak mampu ini. Jenama dia tu bukan terkenal man…

kad raya untuk sahabat setia.

Salam. Aku ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua sahabat handai yang sudi berkunjung ke blog 'LUAHAN' ini. Bagiku, sesiapa sahaja yang singgah di sini ialah sahabatku. Semoga di hari baik bulan baik ini, kita bersama-sama dilimpahi rahmatNya. Semoga kita berbahagia sentiasa. Amin......... cheerio.

Dari lubuk hati paling dalam....

Tadi aku masuk ke satu halaman. Penulis blog ni bercerita tentang seorang guru dan muridnya. Tentang ketidakprihatinan guru itu yang memukul murid tanpa usul periksa. Akhirnya, si guru menyesali pebuatannya setelah mengetahui kedaifan hidup anak muridnya itu. Memang kita sebagai manusia suka bertindak melulu. Suka buat kesimpulan sendiri. Seperti guru itu. Anak muridnya yang seorang ini, lelaki, selalu benar datang lambat ke sekolah. Dia bertanya kepada muridnya, "Mengapa lambat?" Tiada jawapan. Pantas sahaja dia menyergah, "Kalau esok kamu lambat lagi, saya rotan!"  Esoknya, murid itu datang lewat lalu dia dirotan. Malangnya, esok lagi, murid itu tetap begitu. Jadi, dia dirotan lagi. Agak lama, baru timbul kesedaran di dalam hati guru itu untuk menyiasat. Apa yang dia selongkar? Menitis air mata aku membaca ketika itu.  Rupa-rupanya, setiap tengah hari, murid lelaki ini menanti kepulangan abangnya yang bersekolah pagi. Abangnya itu berlari dari sekolah untuk pulang k…

selamat hari raya, ya!

Waktu sekarang - jam 3.30 minit pagi. Dah terlalu lewat untuk tidur, takut nanti tak terjaga untuk sahur. Jadi aku ambil peluang ini untuk menulis di sini.  Puasa dah sampai ke hujungnya. Tak lama lagi hari raya. Raya bagi orang macam aku dah tak ada apa yang seronoknya. Semangat raya pun dah menurun. Yang buat aku gembira ialah melihat telatah anak-anak dan kawan-kawan mereka.  Sememangnya, hari raya ni untuk budak-budak dan golongan muda. Masa hari raya inilah silaturrahim dieratkan; yang jauh didekatkan. Yang dekat dimesrakan (ada ke istilah ini?). Yang hilang tanpa khabar berita selama ini akan pulang. Yang bermasam muka akan bertegur sapa semula. Inilah hikmah hari raya. Dulu, waktu muda, tiap kali nak berhari raya, pasti akan ke rumah mentua dahulu. Tak  ada kompromi. Raya kedua, baru balik ke rumah emak ayah aku. Dah jadi wajib macam gitu.  Aku begitu kagum dengan pasangan muda sekarang. Dari awal, mereka dah tetapkan nak ke mana dan boleh pulak bergilir. Tahun ni ke rumah keluarga…

maafkan aku.....

salam.


tak tahu nak luahkan bagaimana kecewanya aku semalam, khamis, 10 sept, 2009. entah di mana silap yang dah dibuat, aku tak boleh sign in. apa pun aku tak boleh buat dengan blog aku ni.


lepas sahur tadi, baru ok. malangnya.....beberapa pos mengalami masalah. tak boleh dibuka. repair punya repair, jadi jugaklah tapi...


kepada kawan-kawan yang aku terdelete komen korang ataupun 'sharelah' , aku nak mintak maaf  banyak-banyak. hilang dah semuanya.sesuatu yang sungguh-sungguh tidak aku sengajakan. harap korang tak kecil hati, ek!


harap-harap lepas ni, semua ok dah. aduyai.....sedih oooo....


cheerio.

Tijah? Oh Tijah!

Salam. 



Aku ingin berkongsi satu artikel dengan korang semua. Masa membacanya, aku ketawa mengekeh. Tak baik, kan? Tapi nak buat camne! Bagi aku, artikel tu lucu sangat. Di bawah, aku dah copy-paste kannya dalam post ini. Sudi-sudikanlah membaca. Mana tahu, dapat juga diubat hati korang yang sedang rawan. Ek eleh!

WELL WRITTEN LETTER:  BAHASA MALAYSIA INTO ENGLISH                                               ENJOY!!!!!!!

Tijah budak kampung, tapi bekerja di Kuala Lumpur. Biasalah bila sudah duduk "town", mula lupa asal usul. Pakaian seksi maut, bercinta pula dgn lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang boyfriendnya yg bermata biru. Punyalah eksyen si Tijah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris tadi dgn wanita lain yg lebih cantik dan bergaya daripadanya. Tijah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Tijah mengambil sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskan perhubungannya dgn lelaki mat saleh tadi yg baru sebulan dikenalinya.
Begini bunyi su…

kesakitan? ujian?

salam,
Hari ni, hari terakhir korang semua vote untuk TMKH. Kepada yang sudi memberi pendapat, terima kasih banyak-banyak. Aku harap bila aku masukkan post TMKH 30 nanti, korang semua berpuas hati lah hendaknya. Bila? Bila nak masuk post tu? Esok, kut? Tapi.... tak tahu juga. Buat internet aku ni meragam, mungkin lewat le pulak!
Hari ni, aku nak kongsi dengan korang semua tentang kesakitan.
Semuanya bermula bila aku mendapat berita tentang sorang anak murid di sekolah aku (aku tak ajar dia) yang dimasukkan ke ICU. Budak ni sebaya anak keduaku, murid tingkatan 5. Dia mengidap SLE. Korang tau tak SLE tu apa?
SLE ni, tahap bahaya dia kurang sikit daripada leukimia. Siapa yang dapat penyakit ni biasanya kat muka dia ada tompok yang menyerupai rama-rama. Seperti leukimia, SLE berpunca daripada sel dan darah. Aku tak mahu cerita panjang-panjang sebab kurang kemahiran.
Hujung 2007, anak keduaku selalu mengadu dia pening. Aku tidak begitu peduli kerana sikap dia ni lawak sikit. Pagi pening, pet…

Marah?

Hari ini, aku masuk iklan, susun dan letak dan belek berjam-jam. Tapi lepas tu, bila tengok luahan ni, rasa puas pulak. Puas sekejap la kut, lepas tu tak tau le pulak. Aku ni kan cepat jemu?


Bulan puasa ni sebenarnya menguji kesabaran aku sebagai seorang isteri, ibu dan cikgu. Ya le, kalau dah namanya puasa; tentu lapar. Bila lapar, tentu cepat melenting, kan? Aku yakin, sikap cepat marah ini bukan aku sorang aje yang dapat malah, tentu ramai jugak yang kena.


Memang mudah untuk orang mengingatkan kita...'Ala, sabo le!'


Tapi, untuk mempraktikkan, itu yang susah. Kadang-kadang aku pun heran, kenapa boleh garang semacam di bulan mubarak ini sedangkan syaitan dan iblis yang dok menjolok-jolok selalu tu, dah kena ikat. Dari mana ia timbul? Susah nak cakap, kan?


Jadi, untuk mengurangkan dosa, (kalau Allah izinkan), maka lebih baiklah aku diamkan diri. Bercakap bila perlu. Kan Nabi pernah bersabda, Lebih baik diam daripada berkata yang tidak berfaedah. Pun pepatah Inggeris kata 'sile…

Hanya Kamu.

Najwa memimpin tangan ibunya, berjalan beriringan menuju ke kereta. Dia merasa puas setelah keluar dari klinik Dr Linda tadi. Kata doktor, mak Nab hanya demam. Tidak ada tanda-tanda penyakit menular yang lain.
“Kita singgah makan dulu, mak. Lepas tu Ina hantar mak balik, k!” katanya sambil membukakan pintu kereta.
“Ina nak gi mana pulak lepas hantar mak nanti? Isy, anak dara ni tak lekat di rumah langsung!” Mak Nab kurang berpuas hati.
Najwa ketawa. “Nak gi relaks kat shopping complex. Nak cari buaya friend. Kan mak asyik tanya Ina bila nak kahwin?”
Untuk gurauannya itu, suatu cubitan hinggap di paha. “Asyik nak main-main!”
Ketika sedang memandu, telefon bimbit Najwa berbunyi. Tangan kiri sibuk meneroka ke dalam beg tangan, mencari alat itu. Keadaan itu menyebabkan Najwa kehilangan kawalan sebentar. Mak Nab mengucap panjang sambil menarik beg dan cuba menyelongkar isinya.
“Bawak kereta ni elok-elok. Biar mak carikan........”
Belum habis ayat, terasa kereta terdorong dengan kuat ke ha…