apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

29.8.09

SATU PENGHARGAAN

Aku hanya seorang penulis di tahap amatur, kut. Mungkin juga bawah dari itu.


Apa yang aku coretkan dalam blog aku ni, ada yang dah lama tercatat dan disimpan. Macam novel aku tu, Tak mampu ku hindari. Aku tulis pada tahun 2005. Untuk pengetahuan semua, manuskripnya pernah ku hantar ke alaf21. Dekat 3 bulan aku tunggu khabar berita. Sikap tak sabar aku memberi padah. Novelku itu dikembalikan semula kepadaku. Oh ya, nama TMKH yang asal ialah Bertakhta di hati sebab masa tu aku sukakan lirik lagu bertajuk sama nyanyian Faradhiya.


Bila ada blog, aku fikir apalah salahnya aku kongsi isi ceritaku itu dengan sesiapapun di alam maya ini. Boleh jugak aku tahu apa pandangan orang ramai bila mereka baca dan komen. Lepas tu aku terjumpa pulak laman “penulisan 2u”. Semakin berkobar perasaan untuk berkongsi cerita di ruangan itu. Mujur TMKH sudi disiarkan. Suka hati aku bila baca komen yang diberi. Walau tak ramai yang mungkin menyukai ceritaku yang meleleh, tapi, selagi ada yang sudi baca, aku bersyukur.


Tapi semalam, suatu catatan di ‘memorylane’ membuat aku rasa terharu. Teramat-amat terharu. Terima kasih cik APPLE. Terima kasih kerana mengulas ceritaku. Sesuatu yang aku tak menyangka sama sekali. Sesuatu yang telah berjaya membuat aku tersenyum panjang. Sesuatu yang memberi inspirasi untukku terus menulis!


Beginikah agaknya perasaan para penulis terkenal seperti Norhayati Berahim, Aisya Sofea, Anis Ayuni dan yang lain-lain itu apabila karya mereka dihargai? Ya, itulah yang aku rasa. Aku tak menganggap apa yang kucoretkan sebagai suatu karya, hanya tulisan. Tapi mungkinkah perasaan itu sama? Gembira, seronok, rasa ingin menulis lagi dan lagi dan lagi!


Alahai.....sofi oi, baru sorang memberi tindakbalas, ko dah kemaruk macam gini? Soal hati.


Hehehe......


Suatu perjalanan bermula dengan langkah pertama. Iya, kan?


Jadi, kepada mereka yang selama ini sudi singgah di Luahan, terima kasih banyak-banyak aku ucapkan. Kepada yang sudi coretkan sesuatu untukku tatap, sekali lagi, terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.


cheerio.

3 ulasan:

  1. novel sofi best sgt2.. mmg layak di terbitkan..

    BalasPadam
  2. novel sofi best sgt2.. mmg layak diterbitkan..

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.