apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

22.8.09

puasa dan cuti sekolah

hari pertama puasa


azam baru - nak buat post hari-hari. Kan post ni macam diari juga? so, aku ingat, mulai subuh hening ini, tiap kali lepas sahur, aku nak jot something here. just for me. and, maybe, for those who like to share my feelings.


sebenarnya, bukan senang nak luah perasaan ni. tengah tulis aje, jem! stuck! terpaksa bermenung panjang, terpaksa berfikir lama, apa ayat seterusnya....


oh ya, ramadhan datang lagi. selamat berpuasa kepada semua. bagi ibu-ibu macam aku, masa paling sukar ialah di waktu sahur. Nape? susah nak fikir menu untuk dua orang anak lelakiku yang awal remaja tu! dua-dua tak akan ulang makan lauk semalam. yang sorang tu pulak, hanya makan ayam, daging atau telur. tapi walau sesedap mana pun mereka makan waktu berbuka, di waktu sahur, jangan haraplah! nak telan nasi macam...entah ape-ape!


so, selalunya, tiap kali sahur pasti ada makanan laju...burger, nugget mahupun sausage! memang tak elok untuk kesihatan, tapi kalau dah itu yang mereka lalu nak makan, nak buat camne?


kadang-kadang aku buat sarapanlah; misalnya buat nasi goreng atau sandwich telur.


di sini, aku mengharapkan agar sesiapa yang ada pengalaman macam aku tampil dan beri idea macam mana nak tarik pelanggan aku yang dua orang ni untuk bangun bersahur, makan dengan berselera. bukan ape, ini untuk kebaikan mereka juga. kalau waktu sahur mereka makan sikit sangat, alamat monyoklah muka sepanjang hari. letih!


ari ni, dah mula cuti sekolah. sampai 31 ogos, 2009. macam manapun, dalam minggu depan, kelas bimbingan tetap berjalan. itulah! orang selalu ingat cikgu ni cuti banyak. balik sekerat hari. tapi, sebenarnya, hidup kami ni special sikit. dulu kami cuti ari sabtu, orang pejabat kerja. sekarang orang pejabat kerja sampai jumaat. kami? minggu lepas, sampai ari ahad! ada perkhemahan rimup, sambut merdeka!


minggu depan, berbaris cikgu berebut nak buat kelas. bukan apa, ada yang dah kena sound dengan pengetua (keputusan periksa percubaan pmr baru ni tak berapa nak elok). kesian jugak kat budak-budak sekolah nih. cuti pun macam tak cuti. dah jadual penuh aje sepanjang minggu depan...hehehe...


itulah...sebelum tulis kata tak ada idea. bila dah datang idea, tak boleh nak berhenti pula! apa-apa pun,


cheerio.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.