apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

26.8.09

Merealisasikan Impian

Aku merujuk kepada suatu tajuk di ruang keluarga Utusan Malaysia bertarikh 24 Ogos, 2009.
Menarik paparan tajuk, menarik lagi isinya. Penganjuran Peraduan Gerbang Cinta Mega Utusan Malaysia (Gerbang Cinta) bersama 10 penaja sebagai rakan pintar. Mudah cakap, rancangan ini nak bagi free pasangan muda terpilih untuk majlis kahwin mereka. Free bermaksud free semualah. catering, andam, baju pengantin eh, mas kahwin pun free ke? Takkan kut?
Rata-rata, ramai yang memuji langkah yang diambil. Kata mereka, di zaman gawat ni, ramai yang menunda majlis perkahwinan mereka kerana bajet kahwin yang mahal. Kalau setakat RM10,000 tu, usah cakap le. Mesti tak semeriah mana!
Maaflah! Bagi aku, aku tak berapa nak menyokong idea majlis perkahwinan secara percuma ni. Alasan aku? Mudah aje! Balik ke Hukum Syara'. Mengapa kita kahwin? Apa tujuan sebuah perkahwinan? Nak nama? Nak glamour? Nak hutang? Apa? 
Mesti ramai yang marah nih! Aku tak boleh nak kata apa kalau ada yang marah. Jeles? No, no, no! Dah dekat 25 tahun aku kahwin, nak jeles apanyer? 
Ok, cuba kita renungkan semula. Mengapa sesuatu pasangan itu disuruh berkahwin? Termasuklah mereka yang sedang asyik masyuk bercinta tu...
1. Untuk menghalalkan yang haram. Supaya nak pegang ke, nak....dah boleh dah!
2. Kenduri tu untuk apa? Bagi tahu orang si perempuan ni hak si lelaki begitu juga sebaliknya so orang lain jangan nak kacau daun. Hehehe....
3.Untuk melahirkan lebih banyak umat Muhammad s.a.w. 
dan lain-lain lagi.
Di zaman ini, aku rasalah, kan. Orang terlalu pentingkan penampilan masa majlis perkahwinan tu. Baju pengantin, mak ai, lip-lap, lip lap...tu dia harga; main ribu tak pun puluh ribu. Pelamin nak yang dalam taman. Bukan sikit belanja...dah tu nak buat kalau boleh 40 hari ,40 malam lagi!
Memanglah, untuk majlis sekali seumur hidup ni, kita nak yang terbaik untuk kita. Tapi terbaikkah untuk kita jika semua free? Bila esok anak cucu tanya???
Nenek, nenek kahwin dulu baju pengantin nenek cantik. Tentu mahal kan, nek? Apa kita jawab? Tak lah! Free aje!
Yang takutnya nanti suami kita menokok, A' ah,...atuk dapat nenek ni, free aje! Tak ke orang tua tu nak kena 'tangan' nanti?
Lagipun, barang free ni orang tak hargai. Tak percaya?
Buku teks kat sekolah, budak sekolah dapat percuma tiap tahun. Kalau tak dipaksa suruh balut, Ya Rabbi, koyak rabaklah buku tu. Dah bukan hak dia. Hak sekolah, hujung tahun nak pulang, peduli apa? 
Anak orang kaya pergi sekolah(jangan marah ye orang kaya! sekadar contoh!), cikgu ni macam hampeh pada depa. Sebab apa? No class. Tak pandai ngajo. Nun, cikgu tuisyen yang berbayar itu juga yang disanjung. Tak percaya? Tengok masa keputusan SPM dan PMR keluar. Berapa orang berterima kasih pada cikgu? Boleh dibilang dengan jari, kan? Dah melalut pulak aku ni!
Tapi itulah. Pada pendapat aku, kan, biar kita keluarkan belanja sedikit asalkan kita senang dengan hasilnya. Biar majlis kahwin kita tak semeriah mana, asalkan hidup bahagia ke akhir hayat bersama orang tercinta. Jangan diikut rentak artis yang berbagai-bagai; hidup diaorang tu lain. Kalau tak menonjolkan diri, bukan artis le namanya. Kalau kahwin pun nak ditaja macam mereka, aku takut, nanti terikut-ikut pula dengan kadar perceraiannya! (Maaf ye, artis!)
Kadang-kadang aku terfikir sendiri. Inikah sebabnya ramai gadis dan teruna yang belum berkahwin walau umur dah melebihi 25 tahun? Malah ada yang dah masuk 40, belum juga bertemu jodoh? 
Islam itu mudah, kenapa kita yang menyusahkannya?
Islam tak suruh kita bermewah-mewah, malah lebih kepada kesederhanaan!
Fikirkanlah!
cheerio.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.