apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

18.8.09

luahan seorang guru

Ari ni kat sekolah, ada ramai murid yang tidak hadir di kelas-kelas yang aku masuk. Kelas-kelas tu pulak adalah dua kelas terbaik di sekolah. 3RK! terbaik dalam t3 dan 5S1 terbaik dalam tingkatan lima. Bila aku tanya pada mereka yang hadir, jawapannya mudah. H1N1, cikgu.


Sebenarnya, inilah masalah hujung tahun di sekolah. Murid-murid yang pandai ini lebih selesa belajar sendirian di rumah daripada datang ke sekolah. Apatah lagi guru-guru sudahpun menghabiskan sukatan pelajaran. Masa yang ada lebih banyak digunakan untuk mengulangkaji. Mungkin bagi murid-murid yang terer ni, proses mengulangkaji yang dibuat tidak memanfaatkan mereka.


Gejala H1N1 juga menakutkan murid-murid. Khabar angin ada bermacam-macam. Kematian, cara jangkitan, penularan, semua memberi kesan negatif kepada mereka yang masih muda. Jadi, lebih baik duduk di rumah demi mengelakkan jangkitan.


Cuma, sebenarnya, guru kelas macam aku risau sikitlah! Macam mana nak mengingatkan murid tentang pentingnya kehadiran mereka ke sekolah untuk dicatat dalam sijil berhenti nanti. Tak kan boleh nak bagi A kalau 40 daripada 200 hari tidak datang walaupun ada mc dan surat daripada ibubapa. 1/5 tu atau 20%! Bukan sikit!


Nasihat demi nasihat dah diberi tapi memang susah nak diselesaikan. Atau mungkinkah aku sebagai guru kena cari taktik baru untuk menarik minat murid hadir ke kelasku?

2 ulasan:

  1. sofi..salam masih ingat lagi saya bertengkar dgn guru kelas sekolah rendah..saya tak pernah ponteng, ada dia letak..1 hari kita tak datang sekolah, semata2 dia nak bagi hadiah ke murid lain..
    tak dapat hadiah tidak mengapa..tapi jgn tulis kita ponteng, bergaduh besar dgn cikgu tu...
    rasanya semasa bersekolah..cikgu tak mengajar pun kita tetap datang..ponteng tidak ada dalam kamus...

    BalasPadam
  2. yati, kesian awak, kan? begitulah! cikgu ni pun manusia, jd ada macam2 perangai. dan murid2 pun gitu jugak. tapi, kata yati tu mmg betul. istilah ponteng mmg x ada dlm kamus kita zaman kita bersekolah dulu.

    murid sekarang ni lain sikit. bagi mereka, cikgu tuisyen jauh lebih hebat daripada kami yg kat sekolah ni(tak semua cakap camtu. nnt marah pulak anak murid yg sayangkan saya, iya tak? hehehe..) tapi kenyataan itu mmg ada! sbb tu ponteng kelas dan sekolah dah jadi perkara biasa.

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.