Langkau ke kandungan utama

luahan ii

tadi, aku baru post tajuk blog ini.


luahan?
ya, luahan.
lagu nyanyian spring.


jiwang karat aku ni, kan?


aku suka liriknya.


luka hati seorang insan yang ditinggalkan.
luka hati seorang insan yang kehilangan
luka hati seorang insan...


begitulah selalunya kita


bila bersama,
ada sahaja yang tak kena, ada sahaja cacat cela, ada sahaja yang ingin dimarahi, pendek kata, tiada yang indah di mata, tiada yang ngam(hehehe) di hati???


setelah dia tiada,
terdengar-dengar suara mersiknya, rayuannya, cumbuannya, tangis dan gelak tawanya
terpandang-pandang senyumannya, lirikan mata, juih bibirnya, lenggok gaya, bahasa tubuhnya...


pantas,


ingin aku mengingatkan diriku juga kamu yang turut membaca omelanku;


hargailah apa yang kita ada sebelum ALLAH mengambilnya dari kita kerana milik kita bukan milik kita sepenuhnya. ia dipinjamkan buat sementara.


selalunya,
waktu bercinta, segalanya manis belaka. nasib baik, berlangsunglah perkahwinan. cinta cuba sedaya upaya dipupuk. tapi bila sudah ada anak, lima? suami ke mana? isteri? hmmm.....


sudah tidak kacakkah suamimu?
sudah tidak menawankah isterimu?


maaf cakap, mata suami mula meliar.
tapi di era globalisasi ini, rupa-rupanya, mata si isteri juga sama. aduyai.....


pertengkaran terjadi, anak-anak menjadi saksi.
bertikam lidah, pakar bahasa pun kalah.
pukul memukul, dera mendera,
akhirnya ke mahkamah syariah.


siapakah yang berbahagia selepas ini?
suami?
isteri?
ayah?
ibu?
anak-anak?


bukan, bukan, bukan!!!!!


dia...syaitan!


masing-masing terpaksa memulakan hidup baru, dengan orang baru, cerita beru.


mulalah sesi perbanndingan:-


keluhan....
hai, kalau ......... dia tak kan buat macam gitu!
hai, kalau ......... dia tak akan tengking aku macam gini.
hai, kalaulah mama.....
hai, kalaulah papa.....
kalaulah, kalaulah, kalaulah!!!!


penyesalan?


belajarlah menyayangi, untuk disayangi
belajarlah mengasihi, untuk dikasihi
belajarlah menghormati, untuk dihormati
belajarlah mencintai, untuk dicintai


jangan nanti
kita kecewa ditinggalkan seperti apa yang terjadi dalam lagu ini


jangan nanti
kita tercari-cari orang yang dah merajuk hati yang pergi tak mahu lagi kembali


jangan nanti
kita tidak sempat memberitahu dia tiga perkataan keramat ini


AKU CINTA PADAMU


cheerio.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…