Langkau ke kandungan utama

kita terlalu ego

itu pendapatku bila membaca n3 terbaru NB tadi.
kita......,
aku maksudkan manusia.


manusia ni ada macam-macam, dah gitu Allah jadikan. bagaimanapun,
manusia yang menulis sepelik itu untuk mengaibkan orang, masya-Allah!!!
terima kasih, NB. n3 awak beri saya idea ini untuk diluahkan.


balik kepada manusia tadi,
siapakah dia sehingga sebegitu teruk diaibkan insan yang satu lagi?
siapakah dia sehingga sanggup mengeluarkan bait-bait ayat yang begitu menghina?
siapakah dia sehingga bongkak menutur kata?
siapa?


itulah manusia yang ada juga insan jadikan dia sebagai idola mereka.
ada yang mengkaguminya kerana dia berani, kata mereka.
di sekolahku, ada yang terikut-ikut lenggok diri dan tingkahnya.
hebat kah dia?


entah dia lupa, entah dia ingat,
Allah dah pesan, 'sembunyikan aib orang hatta musuhmu sekalipun, nanti akan ku sembunyikan aibmu, di dunia ini mahupun di akhirat nanti!'
atau mungkin juga manusia ini tidak pernah tahu???


entah dia lupa, entah dia ingat,
Allah berfirman yang bermaksud, ' antara orang yang paling aku benci ialah orang yang sombong di muka bumi ini.'
atau mungkin dia tak kisah pun?


aku di sini hanya sekadar mengingatkan, kerana Allah dan Nabi dah pesan dalam surah Al - Asr:
Berpesan-pesanlah atas perkara yang baik, ingat mengingatlah sesama insan.


di sini kita luahkan rasa, pendapat, perasaan tapi jangan sampai nanti orang menilai kita hampeh!!!
Yang lebih penting, jangan sampai ALLAH menilai kita. Takutilah DIA!!!


cheerio

Ulasan

  1. salam sofi, memang hairan sungguh orang2 yang tergamak memaki hamun di khalayak ramai, kata suami..orang melayu suka memendam, terlalu menjaga hati orang..tapi disitulah cantiknya budi bahasa orang melayukan..

    BalasPadam
  2. NB, orang kita sekarang pun dah x ada mendam2 dah. luah segala. dedah bagai. itu yang jadi cam tu. lupa pd kata2: yang indah itu budi, yang cantik itu bahasa. kan dia orang tu semua 'open minded' kononnyalah!

    teringat seorang teman berkata pagi tadi ketika di sekolah; anak2 sekarang jadi jahat dan degil akibat sikap ibu yang tidak mahu dan sukar memaafkan.

    entahlah, tapi.... bukankah kemaafan itu yang terindah?

    cheerio

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…