Langkau ke kandungan utama

khas untuk yati berahim

ari ni, aku masukkan blog norhayati berahim dlm blog list aku. nak tau nape?

aku dah sgt lama x bc novel melayu. SAGA yg terakhir.

ini kenangan yg x mungkin aku lupa......

ms jg periksa perc SPM tahun 2004, sorang pelajar aku ni tunduk menekur. tgk dlm meja. aku ingat dia tiru. aku dah naik darah le! itu aku py sjk yg dia tgh jwb. physics. angin satu badan aku!

gelabah dia bila aku sergah (utk pengetahuan sume murid aku ni budak perempuan india). aku rampas dgn garangnya buku yg dia tgh bc tu. nak tau buku ape?

Ha, CINTA PERTAMA!!!!!

apa kelas bc novel melayu, aku perli dia.(lupalah pulak nm dia)

best cikgu! ini kl ke 3 sy baca buku ni.

eeiii, geli geleman aku.(ms itu le)

aku hanya bc novel inggeris (mata x juga jd biru, hehehe...).

dipendekkan citer, aku rampas buku tu. naluri yg sgt2 minat membaca aku ikutkan. lg pun, budak ni budak perempuan india. tentu isi buku ni sgt menarik, kl x tak kan le asyik bebeno dia bc buku tu.

aku ni pulak, kl baca buku, mesti nak terus khatam. dan.....

buku itu aku abis bc dlm tempoh 3 jam aje. (hah... ambik aku????

apa komen aku?

itu le novel melayu kegemaran aku dr ari tu sampe skrg.

x sampe 1 bulan, almari buku aku penuh dgn buku yati.

buku, 'pesanan terakhir seorang lelaki' aku bc, dan bc, ulg, dan ulang lg, byk2 kali. mungkin 10, mungkin 15, x ingat dah.

ari ni, aku hy baca novel melayu aje. (author inggeris kesayangan aku dah mati, buku dia semua aku dah beli dan ulang bc)

apa yg jd hasrat aku skrg?

agar yati berahim buat cerita (mcm kawan aku lak aku pangge dia ni) baru. heronya....aku nak org melayu dgn watak mcm nik (x abih-abih) dan heroinnya mcm sape ya? mcm iman le!!

boleh, kan?

yati, ko baca x blog aku nih????

Ulasan

  1. haha..
    mama..suka2 je panggil dia yati..
    xpe2..nnti akak panggil dia masuk blog mama.. hehe..

    karya norhayati berahim always the best..hehe..

    mama jangan marah..=))

    BalasPadam
  2. yat, mama dmm nih....
    x larat!
    br bc komen ko,
    chao!

    BalasPadam
  3. Salam
    Sofi saya ni.terharu baca catatan sofi..thanks a million..

    BalasPadam
  4. Salam cikgu Sofi...
    salam ziarah. Saya baru jumpa blog cikgu kerana Kak NORHAYATI BERAHIM yang intro. Menarik sangat entry cikgu sebab kebetulannya sama dengan saya....cikgu suka baca SAGA dan jatuh cinta dengan novel NB kerana CINTA PERTAMA.Hehehe.....itukan terapi minda yang paling mujarab.

    BalasPadam
  5. x sangka yati baca blog sy.hehehe...
    thanks 2u2.

    2 leeza, samalah kita, ya? kn penangan novel yati.
    tp mmg best kan,..

    thanks sbb sudi ziarah kat cni.

    BalasPadam
  6. mama..tahniah2..
    anda akan dpt ramai kawan lg lepas ni..
    hehe..

    mama..baca la blog ni..
    td akak bc nangis teresak-esak....
    hehe..

    http://marsuhaila.blogspot.com/

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…