apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

31.8.09

ERTI KEMERDEKAAN

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Laungan Tunku Abd Rahman 52 tahun dahulu diulang main sama ada di radio atau televisyen.

Ya, sudah 52 tahun Malaysia merdeka. Bebas daripada penjajahan British, itu intipatinya. Soalnya, benar-benar merdekakah kita?

Ramai yang menggelengkan kepala. Belum! Kata mereka. Kemudian segala hujah akan dikeluarkan.

Merdekakah kita bila kita masih mengikut orang putih dari segi berpakaian? Bergaul? Berpolitik?

Merdekakah kita bila ada di kalangan kita masih lagi dibelenggu kemiskinan?

Merdekakah kita bila negara kita masih dibelenggu masalah pengangguran?

Mak, jauhnya fikir. 

Sebenarnya, aku menulis ni untuk mengajak semua orang untuk memerdekakan diri kita masing-masing. Tak usah merenung jauh-jauh. Cukup dulu jika kita memulakan kemerdekaan dengan diri kita. 

1. Merdekakan diri kita daripada sikap malas. 
Buang tanggapan orang bahawa M untuk Melayu Malas. Kan Dr M cakap macam tu dulu? M yang satu ini memang perlu kita merdekakan kerana ia satu sikap yang tidak baik.

2. merdekakan diri kita dari sikap malu. 
memang malu sebahagian daripada iman. tapi biarlah malu itu bertempat. kalau nak rasa malu, pakai pakaian yang bertali halus aka kemban. so di sini, maksud malu untuk dimerdekakan ialah malu untuk mencuba. malu untuk berterus terang. malu untuk berkongsi idea. 

3. berkaitan malu juga jadi takut. 
merdekakan diri kita dari rasa takut. takut hantu, takut orang marah, takut bos pecat, takut itu, takut ini. ingatlah TAKUT hanya kepada yang satu. 

4. merdekakan diri kita dari sikap suka mengata.
tambah-tambah di bulan puasa ni. hilang pahala! penat sepanjang hari. mengata orang memang sedap. ada sahaja yang boleh dijadikan bahan. tapi ingatlah. kita ni perfect ke? Oh tidak! jadi, merdekalah! sebab kalau kita dok asyik mengata orang, entah-entah orang pun dok kata kita jugak, kan?

5. merdekakan diri kita dari sifat sombong. 
sombong kepada mak bapak, terutamanya. bila mak suruh sikit, 'ala nantilah!' itu kira sombong tu! sebab apa. jawapan tu buat mak kecil hati. anak mana boleh buat mak kecil hati, kan? dosa! bagi yang berada di perantauan, dah book tiket balik kampung? kalau belum, apa cara sekalipun, anda mesti balik kampung. mana tahu, ini kali terakhir beraya dengan mak bapak. tahun depan? belum tentu! minta ampun banyak-banyak! sebab, selepas Allah dan Rasul, kita diminta mentaati ayah dan ibu selagi perintah mereka tidak bercanggah ngan hukum syarak!


cukuplah kut! yang lain-lain tuh, fikirkanlah sendiri. 


cheerio.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.