apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

20.8.09

bulan madu?

Aku kat sekolah. Baru abis kelas utk ari ni. Lepak ngan laptop. Kawan-kawan aku pelik sebab kata depa, at my age, jarang yang nak mengadap komputer. Bagiku, apa le yang hendak dihairankan. Masing-masing punya hobi. Ada yang suka masak, suka makan, suka wat kerja rumah, suka ngumpat dan aku? Aku suka blogging, suka surf, suka tulis novel ke, cerpen ke...


Masing-masing boleh buat apa-apa aje, tak gitu?


Aku kat dalam kelas. Malas nak ke bilik guru. Lagipun guru yang patut masuk tak masuk lagi. So, di samping layan murid-murid, aku layan jugak blog aku.


Bila aku tengok balik, aku kesian kat budak-budak ni. Dia orang ni tak pandai guna masa. Aku baru abis ngajo depa. Kerja sekolah ada aku bagi tadi tapi, mentang-mentang dah lepas periksa percubaan, depa boleh sembang-sembang aje. Malah , ada yang tido. Cuma sekerat dua yang buat apa yang aku suruh.


Begitulah selalunya bila lepas peperiksaan percubaan. Aku rasa ini masalah glokal (pinjam perkataan najib). Murid-murid sekolah selalu lupa yang dalam tempoh sebulan lagi ada yang lebih penting menunggu. PMR! Asyik nak enjoy aje....


Meminjam kata-kata suami, budak zaman sekarang tak kenal erti susah. Nak apa aje, mesti dapat sebab mak dan ayah akan cuba beri apa yg mereka mahu. Bila serba serbi mudah, itu yang jadi macam-macam tu. Malas sekolah, malas belajar, malas buat homework, serba serbi malas! Yang dia orang ni tahu, nak relax, nak enjoy, nak rehat. Kuang, kuang, kuang!


Apa harus dibuat supaya ada keinsafan dalam diri?


Apa harus dilakukan supaya murid-murid ini mengerti bahawa perjalanan mereka masih jauh lagi?


Bila aku kata, belum masa untuk berehat, mereka tempelak aku balik. Kata mereka, lambat lagi periksa sebenar. Aku kata, sebulan tak lama.... depa kata, betul! Tapi depa cuma 'honey moon'!


Mujur mereka gunakan frasa itu. Peluang aku untuk mengenakan mereka semula nih!


Kataku; Hmm, baguslah kalau awak cakap gitu. Bulan madu ni indahnya masa tu aje...... dah lama, hanya jadi kenangan. Kalau kenangan manis, memanglah bagus! Bagaimana kalau jadi kenangan pahit?"


Murid-muridku tergelak-gelak... Boleh dapat kenangan pahit ke, cikgu?


Iya tak ya jugak! Ada ke?


Alamak, kantoi cikgu ari ni!


cheerio.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.