apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

25.8.09

tukar paparan

setelah hampir dua bulan dengan layout bunga cobalt tu, semalam aku pejam mata, nekad tukar kepada yang baru. baru menyedari bahawa aku ni cepat jemu. tengok hitam memenuhi blog, hisy, tak tahan rasanya. gelap semacam.....


dengan bantuan pakwe aku (cik abang le) puas rasa hati. tengok tulisan boleh dibaca dan ada gabungan warna, lega rasanya.


begitu juga dengan hidup kita ni. penuh warna warni. tentu tak seronok kalau asyik-asyik hitam, atau putih atau, hijau aje, kan? warna warni kehidupan!


ada masa kita ketawa tapi orang tua-tua dah pesan, jangan ketawa banyak sangat, takut menangis nanti.


jangan terlalu banyak menangis, nanti orang tengok hilang seri, iyalah kalau dah asyik monyok aje, siapa yang suka?


gembira, suka, ketawa, ria, menangis, sedih, kecewa adalah rencah kehidupan.


kita di sini ketawa, mereka di negara yang sedang berperang (tak habis-habis) menangis.


kita di rumah berkumpul ramai-ramai, nun di sana kehilangan anak, kehilangan suami, kehilangan ayah, kehilangan.....


jadi, dalam bulan puasa al mubarak ini, biarlah hidup kita diwarna warnikan dengan kegembiraan dan kebahagiaan. lupakan segala yang menyakitkan. tak ada suatu yang sempurna. tidak dia, tidak juga kita. bagaimanapun, kita saling melengkapi. ingat tu!


kepada yang kehilangan, bersabarlah! Allah menguji insan yang disayanginya!


cheerio.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.